Pengangkutan Awam Di Malaysia Sangat Teruk

Metrobus Nationwide Malaysia

Pengangkutan awam di Malaysia sangat teruk khususnya  di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor. Itu yang dapat aku simpulkan setelah hampir setiap hari aku berulang-alik menggunakan pengangkutan awam. Bukan dalam tempoh masa yang singkat aku gunakan, tapi sudah tiga tahun aku setia menggunakan pengangkutan awam ni.

Gara-gara pengangkutan awam jugalah pagi ni aku lambat sampai ke tempat kerja. Bayangkan dari pukul 6.00 pagi sampai pukul 7.00 pagi satu kelibat bas pun tak lalu lagi. Diburukkan lagi dengan keadaan waktu puncak semua orang ke tempat kerja, manalah sempat aku nak sampai tempat kerja sebelum pukul 8.00 pagi.

Siapa cakap pengangkutan awam di Malaysia ni dah kira terbaik? Korang bandingkan dengan Negara mana? Ni aku fokuskan untuk pengangkutan awam bas di Malaysia ni. Belum lagi cerita pasal KTM Komuter dan LRT RapidKL lagi. Dari segi ketepatan masa perjalanan bas memang sangat mendukacitakan aku. Kalau nak sampai cepat ke sesuatu destinasi tu dengan menaiki bas jangan mimpi la. Ni aku bercakap pasal bas di bandar-bandar dan bukannya bas ekspress yang seringkali ‘menempah maut’ di lebuh raya.

Aku tahu dekat Kuala Lumpur ni korang banyak nampak bas cantik-cantik macam bas RapidKL tu. Korang pernah tak nampak dan rasa sendiri menaiki Metrobus tu? Nama nak gempak, canggih, tapi kondisi bas sangat macam gampang. Kalau aku tahu pandu bas dah lama aku pandu bas tu dekat tepi sungai dan humban je bas-bas yang layak dibuat tukun tu dalam sungai. Serius dengan pintu nak terkopak, system gantungan atau suspensi bas yang dah berbunyi dari kejauhan dan lagi best setiap pagi aku menghidu bau diesel yang sangat kuat dalam bas masa nak pergi kerja. Terbaik. Tiap pagi aku tahan muntah bila duduk dalam bas.

Siapa pernah tengok SJ Bus dekat Kuala Lumpur ni? Malas aku nak ulas keadaan SJ Bus ni pulak. Kalau korang tak pernah tengok, cuba duduk depan hentian bas KLCC. Bunyi ekzos tak payah cakap la kuat dia macam mana. Yang mampu aku cakap mana perginya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)? Macam mana bas-bas yang uzur ni boleh lepas jalan dekat jalan raya?

Sekarang ni aku sudah putus asa dengan mutu pengangkutan awam terutamanya bas di Malaysia ni. Kalau nak ulas satu-satu, memang banyak sangat kelemahannya. Patut disediakan laluan khas untuk bas, dan bas yang dah uzur tu sepatutnya jangan la digunakan lagi. Aku rasa memang dah tak lama dah hayat aku nak gunakan pengangkutan awam ke tempat kerja ni. Cukup dah tiga tahun aku hadap pengangkutan awam yang tah apa-apa  ni. Terima kasih Bas Metro no 17.

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • sutun 8 April 2013 at 2:52 AM

    malaysia punya kalah ngan indonesia,thailand atau filipina.
    ketandusan perkhidmatan….tak habis2 naik teksi dah lak mahai nak mampuih.
    buat la teksi motosikal ke kan senang macam ojek kat indon tue..
    bas lak selalu meragam,pemandu kurang ajar ngan penumpang,dan cepat habis.

    kat penang ni pun sama je lembabnyer….dari jetty ke balikpulau masa perjalanan 2 jam naik bas….leh sampai ipoh dari penang weiii…

  • thaqibzaki 7 April 2013 at 11:17 AM

    Perjalanan jarak jauh pun teruk. Bus kKnsortium dari Johor ke Utara dan Utara balik Johor, selalu rosak je. fed up aku. -,-

  • padin 28 March 2013 at 3:25 PM

    beli EX5 je bro, ekekee

    • Hazmin Hamudin 28 March 2013 at 6:50 PM

      Nak Honda EG macam bro.. Haha

      • padin 28 March 2013 at 10:01 PM

        hahaa akupon guna time balik kg je, gi keja dgn EX5 kih3

  • chii 28 March 2013 at 10:01 AM

    mmg tak di nafikan..tu belum dikira lagi kalau ada pemandu yg mogok xnak bawa bus..kat klang dulu slalu jd mcm ni..ada plak tu..kadang2 kena tunggu berjam. yg sakit hati..bila skali masuk..sampai 2 -3 bus skali dtg..pastu dok berlumba sape yg akan dpt penumpang dulu..aduhai..da la kawasan kampung..T___T

  • nazray 26 March 2013 at 1:42 PM

    sedeh2. tapi sekarang dah tak naik bas dah. mujur dah bekerjaya selepas 3 tahun naik bas ulang alik dari kampung ke university. oh my!

  • Lynn 25 March 2013 at 11:06 PM

    Hehehe…tutup telinga, tutup telinga. Pedih oo.

  • titan 25 March 2013 at 8:31 AM

    ya. gua tak nafikan hal itu.

  • Arham Md Ali 24 March 2013 at 10:16 PM

    In a perfect world, Malaysia kene ikut style pengangkutan awam Dublin dan Singapore, memang perfectla. Tapi rasa faktor cost dan maintenance yang main peranan besar.

    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:38 AM

      Kerajaan tak perlupun nak keluar duit maintainan tu sangat kalau ikutkan. Mereka cuma perlu pantau dari segi penguatkuasaan saja. Bukan la nak perfect mana, cukuplah dengan keadaan bas yang elok dan ketepatan masa yang betul. Tak dinafikan bas RapidKL dan banyak yang canggih dan cantik, tapi macam mana pulak dengan bas yang buruk macam Metrobus dan SJ bus yang masih bergerak dekat tempat tumpuan pelancong? Pihak berkenaan tak nampak ke?

  • Hafizul 24 March 2013 at 3:19 PM

    Emm biasa la kan..asal boleh bergerak pun dah kira ok..haha..dah lama tak lepak naik bas..

    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:30 AM

      Tapi soal keselamatan dan pencemaran tak diutamakan pulak. Tu yang sakit mata tu.

  • Mus 22 March 2013 at 11:06 PM

    saya pernah juga melalui keadaaan seperti bro.. memang menyakitkan hati..

  • Nastyna 22 March 2013 at 6:01 PM

    RapiKL dan RempitKL, hehheee
    Patut luaskan rangkaian lrt, itu jer pengangkutan yg so far boleh diterimapakai. Buat highway khas ke istana boleh, takkan sambung trek lrt takleh kot. opsss.

    • Hazmin Hamudin 24 March 2013 at 10:06 AM

      LRT kalau ada dekat tempat saya memang tersenyum riang la. Senang nak ke tempat kerja.

  • fariq 22 March 2013 at 5:22 PM

    pernah merasa beberapa tahun gunakan perkhidmatan bas kat kl.. adakalanya teruk. adakalanya ok pulak.. tapi paling benci bila waktu menunggu. berjam2 kekadang bas tak sampai2.. adedeh

    • Hazmin Hamudin 24 March 2013 at 10:04 AM

      Bas RapidKL rasanya takda masalah sangat. Yang masalah adalah bas uzur daripada Metrobus dan SJ Bus ni.

  • Strider 22 March 2013 at 11:46 AM

    selaku orang yang bekerja dalam industri pengangkutan awam nie memang aku faham apa yang sedang kau alami..hehehe..memang betul pun pengangkutan awam kat malaysia nie masih lagi below par..beberapa usaha memang sedang diambil baru-baru nie tapi masih belum mendatangkan hasil..internal conflict juga memainkan peranan dan menjadi punca kenapa public transport kita teruk..hehehe..sabar je laa..hehhe

    Regards,
    -Strider-

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 11:49 AM

      Aik.. Menarik jugak ni… Kerja dekat mana bro? Hehe

  • Ladfe Amir 22 March 2013 at 9:57 AM

    dah lama tak naik bas. mungkin nanti2 kot. saja2 bawa anak2 bersiar2 naik.

  • JomJalan 22 March 2013 at 9:13 AM

    Antara sebab kita tak boleh buat seperti Australia (yg setiap bus stand ada jadual) ialah sebab bandar kita tak dibuat seperti mereka.

    Saya pernah belajar course town planning di Sydney dan apa yg boleh saya katakan ialah saya kagum dgn perancangan bandar mereka. Nak buat 1 bas stand pun kaji sampai habis dan buat mesyuarat terbuka dgn penduduk dulu. Itu belum buat jalan lagi.

    Mereka boleh buat timetable sbb istilah “jalan jem” tiada.

    Apapun, walaupun sistem pengangkutan dan efficiency di KL tak sehebat Sydney atau Melbourne, saya syukur ia tak seteruk diJakarta

  • remyhazza 22 March 2013 at 12:21 AM

    sekarang lagi teruk ye…sebab terpaksa berkongsi dgn pendatang…kekadang rimas pun ada…siap dgn bau lagi…..

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:39 AM

      Itulah.. Rasanya bas-bas ni bertahan sebab ada pendatang ni la. Kalau tak memang kosong je bas-bas ni.

  • suri 21 March 2013 at 11:46 PM

    klu bgi persen saya letak 30% jer mmg teruk.ipoh blh bahasan mmg sengal nk dpt bas pergi keje, apa lgi nak balik. pastu klu naik teksi lgi cas melampau2. itu blum kira sy kena marh oleh pemadu bas lgi.sedangkan prka itu benar dia nak juga naikkan benang yg bash ger…

    btw klu ada moto skuter baik admin cekau satu heee..jimat pun ya

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:38 AM

      Hehe.. Itulah.. Sepatutnya elok lagi naik motor nak redah jem dekat KL tu. Tapi perjalan dari Seri Kembangan ke KLCC agak jauh jugak.

  • JMR 21 March 2013 at 11:30 PM

    setuju mmg teruks..dah lebih 5thun ak x naik bus awam nih..tahan lak ko naik smpi 3 thn ek?heheh

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:36 AM

      Terpaksa tahan naik. Tapi ni memang dah tak tertahan dah. Tunggu masa je ni bro.

  • shida 21 March 2013 at 11:11 PM

    ha3..same la pndapat kita…last time shida de post gak pasal hangin bas awam nie…ce sggah kalo de masa.. :)
    http://luvabenbaby.blogspot.com/2013/01/bas-awam-malaysia-unt-foreigner.html

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:35 AM

      Hehe.. Ramai jugak yang tak puas hati dengan Metrobus ni ye. Shida pun sama rupanya. Betul la tu. HH naik pun ramai Indon je dalam tu.

  • JR 21 March 2013 at 10:00 PM

    Faham perasaan HH sebab pernah tinggal di KL, masa tu bas Intrakota sdg bermaharajalela. Sekarang di Alor setar bas dah tak mcm berfungsi. Lebih baik naik motor atau kayuh basikal saja, buat sakit hati tunggu bas…

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:35 AM

      Legend tu bro bas Intrakota. Hehe.. Kalau Malaysia ni beriklim sejuk, memang saya terus sambar basikal dah. Hehe..

  • iOS Gear 21 March 2013 at 8:54 PM

    Sabar bro..sabar..tak lama lagi akan kena lupus kot bas2 yang dan sizen tu..

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:34 AM

      Tapi kalau diperhatikan dah lama bas-bas tukun tu atas jalan. Elok je takda tindakan apa-apa. Tah la..

  • Hairul Azni 21 March 2013 at 8:53 PM

    Mujur saya duduk Kuantan..sekarang ada Rapid Kuantan tapi tak pernah naik pun..

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:33 AM

      Untunglah orang Kuantan. Hehe.. Tempat saya ada jugak RapidKL. Tapi kekerapan perjalanan sangat mendukacitakan.

  • Hans 21 March 2013 at 8:29 PM

    sangat memahami
    sebab tu lagi rela naik motosikal dari tunggu bas yang xtau pukul brapa datang
    hehehe

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:32 AM

      Kalau ada motor dah lama dah saya naik. Takpa, harap bulan depan dapat sambar kereta terus.

  • ajumohit 21 March 2013 at 8:26 PM

    faham perasaan HH, semoga ada usaha yg dilakukan utk meperbaiki mutu khidmat pengankutan awam

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:32 AM

      Itulah kak.. Bas uzur, masa ikut suka. Memang susah la orang nak pergi kerja.

  • hafizrahim 21 March 2013 at 8:23 PM

    pengangkutan awam malaysia ni baik bro..tapi baik sikit je dari india & indonesia punya..hehehe..kalau aku la, sanggup lagi redah hujan naik motor dari naik pengangkutan awam..terseksa jiwa raga.

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:31 AM

      Nak maju, tapi bandingkan dengan negara mundur. Itulah Malaysia. Orang lain bolehlah dia tipu. Saya takda motor untuk dituggang. Hehe

  • Denaihati 21 March 2013 at 8:15 PM

    harap pihak yang bertaggung jawab baca luahan hati bro ni.

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:30 AM

      Itulah tuan denaihati. Harap adalah yang baca blog ni. Hehe

  • jebateja 21 March 2013 at 5:41 PM

    Waka…waka….SPAD tu hiasan jerk…untuk Jerung2 mana depa nak tegur….kalau ikan2 bilis baru le depa tegur….ahakz

  • papa mifz 21 March 2013 at 5:37 PM

    marah sungguh bunyinya…sabar yer bro…huhu

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:29 AM

      Kalau datang lambat bukan disebabkan salah sendiri, memang agak marah jugak. Hehe

  • staibaqhang 21 March 2013 at 5:08 PM

    lama gila tak naik bas… semenjak dapat lesen moto sampai la la nih…

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:28 AM

      Kalau ada pilihan lain memang tak naik la bas ni. Takpa, aku tunggu sampai bulan depan je ni.

  • Kesumaangsana 21 March 2013 at 4:27 PM

    yup serius KA serndiri hampir berbelas2 tahuan dah x guna perkhidmatan awam ni sbb sakit jiwa

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:28 AM

      Sebab tu la kesesakan jalan raya dekat Malaysia ni tiada penghujungnya. Pengangkutan awam pun tah apa-apa.

  • Datin Tyka 21 March 2013 at 3:40 PM

    garangnya.. aummmm..
    tapi betul la.. bus ni tak perfect… ktm , lrt semua dah ok dah… cuma ktm kalau satu stuck, semua effect..
    bas ni, hmmm.. slow, kekadang rosak..

    • Hazmin Hamudin 22 March 2013 at 7:26 AM

      Aummm… Haha.. Takda la garang manapun.. Sakit mata tengok bas uzur tengah KL ni.

  • LieyaLatif 21 March 2013 at 2:52 PM

    Betul tu dik! Seb baik laa erl kite cun sikit..bas mmg out laa…kat putrjy ni pun same…tp akak takut naik bas waktu siang sbb warga indon aje yg mendominasi bas…sampai pelik hah putrjy ke indon ni hehehehe

    • Hazmin Hamudin 21 March 2013 at 3:10 PM

      Sepatutnya semua train tiru macam ERL tu.. Laju dan senyap.. Hehe.. Kalau siang tu ok lagi kak.. Waktu malam kalau boleh jangan la. Lagi bahaya.

  • hafiz 21 March 2013 at 2:50 PM

    memang kena pertingkatkan pengangkutan baru orang percaya..

    • Hazmin Hamudin 21 March 2013 at 2:59 PM

      Rasanya masalah train dah banyak yang diperbaiki, tinggal masalah bas yang takda kesudahan.

  • daddyziyyad 21 March 2013 at 2:39 PM

    mereka yg berwajib dan ada kuasa ‘ membandingkan sistem pengangkutan awam kita dengan negara blok afrika yg mundur’. Saya pernah tinggal di Australia. Di sana tercatat di signboard bus stand, bas tiba jam 8.12am..Dan tepat2 jam 8.12am, mmg bus sampai. Kalau lambat pun, tak lebih 5 minit, itupun amat amat jarang lambat. Pemerintah pandai cakap sahaja, cuba suruh mereka rasakan sendiri pengalaman menunggu bas/LRT, sama macam rakyat. Baru tahu!

    • Hazmin Hamudin 21 March 2013 at 2:50 PM

      Batul tu Doc… Sangat jauh beza. Pengalaman ke Dublin awal tahun hari tu melihat sistem bas mereka memang jauh beza dengan sini. Bas di sediakan laluan khas. Hanya berhenti di hentian bas yang disediakan sahaja. Turut dipaparkan masa ketibaan. Memang sangat selesa kalau nak naik bas. Yang penting CEPAT sebab ada laluan khas untuk bas dan kereta lain tidak sesuka hati masuk ke laluan tersebut.

  • 4feet8 21 March 2013 at 2:34 PM

    macamana? bila nak anta kat SPAD, kasi make up balik elok2. bila keuzuran, biarkan sbb penjimatan kos. dah lama tak naik bas.

    • Hazmin Hamudin 21 March 2013 at 2:48 PM

      Tapi bas yang terang-terangan di jalan raya lalu di depan mata mereka, tak nampak ke? Atau tutup sebelah mata.

  • Oneblogsocial 21 March 2013 at 2:08 PM

    Saya tinggal di Malaysia baru 3 tahun,pertamakali saya lihat bas awam saya bertanya dalam hati.
    “Mengapa masih mengguna bus calssic (lama) dalam negara yang maju ini?”

    • Hazmin Hamudin 21 March 2013 at 2:47 PM

      Betul tu, saya sendiri sangat malu dengan keadaan bas-bas lama yang berada di tengah kota KL ni. Sangat menyakitkan mata dan telinga.

  • akubiomed 21 March 2013 at 1:03 PM

    Sudah lama tidak mengunakan pengangkutan awam. Suatu ketika dahulu perkhidmatan bas mini amat popular.

    • Hazmin Hamudin 21 March 2013 at 2:46 PM

      Zaman bas mini rasanya ramai yang suka naik walaupun tidak sempurna. Hehe..

  • ayut 21 March 2013 at 12:45 PM

    bus kat kl mmg mslh sikit kecuali rapid :) tp bersesuaian gan tmbg kot :)hihihi

    • Hazmin Hamudin 21 March 2013 at 2:46 PM

      Rasanya tambang rapidKL dan metrobus sama je. Tapi perkhidmatan jauh beza.

      • ayut 28 March 2013 at 11:02 AM

        tu yg teksi kat kl ni laku…kan3x???