Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi apabila si dia yang anda sayangi tiba-tiba terlalu sukar didekati dan mempunyai sikap panas baran serta susah untuk bertolak ansur. Kadang kala itu si dia menangis walaupun anda tidak melakukan apa-apa. Si dia terlalu sensitif dan beremosi. Emosi yang tidak stabil ini rupa-rupanya berlaku apabila wanita sedang datang bulan (PMS).
Kali ini aku ingin memberikan tips (hasil cedokan dan curian di internet) apa yang lelaki harus lakukan untuk menceriakan kembali hubungan tersebut. Cewah, macam la aku pandai sangat dalam bab-bab ni kan.
- Hadiah coklat kepadanya. Pasti si dia gembira menerimanya. Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu.
- Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. Peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu.
- Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.
- Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
- Kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam. Hehe.
- Bawa si dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.
- Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah yang kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara dan ini tentunya akan menghambarkan hubungan kamu. Sebaliknya, berdiam diri dan terima tegurannya.
- Pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan hidup gembira kerana saling memahami.
- Bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoikan isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita.
Nasib baik wife aku takde perangai macam ni,. paling2 dia mintak tekan2 perut dia je…
Selalunya keadaan macam ini wanita agak moody.
tu la.. lelaki pulak kena banyak bersabar..
aku buat derk je. haha..
boleh dipraktikkan jugak ni.. hehe..
ok.. noted! 🙂
selamat beramal.. 🙂