Permit Memandu Antarabangsa. Kalau pergi ke negara orang ni ingatkan boleh memandu kereta macam tu je. Rupa-rupanya kena mohon International Driving Permit atau Permiat Memandu Antarabangsa (PMA) ni. Pemegang-pemegang lesen memandu Malaysia yang ingin memandu di negara asing adalah dinasihatkan untuk mengambil PMA ni supaya tidak timbul sebarang masalah kelak.
Pagi tadi aku ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan UTC Kuala Lumpur untuk memohon PMA ni. Melayang jugaklah duit aku RM150. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa juga boleh dipohon di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Dokumen yang diperlukan untuk memohon PMA ini adalah:
- Borang JPJ L1
- Lesen memandu domestik asal dan juga salinan (masih sah tempohnya untuk 1 tahun)
- Kad Pengenalan asal dan juga salinan
- Pasport asal dan salinan (bagi bukan warganegara)
- 2 keping gambar warna ukuran pasport
- Bayaran RM150
Apa yang korang patut tahu tentang PMA ni:
- PMA hanya sah untuk tempoh 1 tahun sahaja.
- Lesen boleh diperbaharui di Malaysia sahaja. Tetapi, boleh diwakilkan kepada orang lain, dengan dokumen lengkap di atas.
Aku dapat rasakan memang terdapat kekurangan dekat PMA ni. Kalau pergi melancong dalam jangka masa yang singkat, memang rugi sebab terpaksa memohon untuk tempoh setahun dan bayarannya bukan murah. Kalau yang tinggal untuk tempoh yang lama di luar negara pun akan timbul masalah sebab terpaksa perbaharui PMA ni setiap tahun di Malaysia sahaja. Kalau PMA ni boleh di pohon atau diperbaharui untuk tempoh masa tertentu memang memudahkan.
Lepas ni aku dah bolehlah aku ‘merempit’ dekat negara orang pulak. Haha.. Macam manalah rasanya memandu dekat negara orang ni kan terutamanya negara Eropah tu. Kalau setakat Singapura atau Thailand, apa ada hal. Dekat sangat dengan Malaysia kan. Risaupun ada jugak ni nak memandu dekat tempat yang kita tidak biasa dengan budaya sudah pastinya berbeza. Sudah pastinya pengalaman yang baru akan aku rasai nanti.
Sumber: JPJ
Assalam… nk tanya la..
Mohon lesen IDP ni, boleh terus dapat hari yg sama ke? Atau kena tunggu berhari-hari?
Waalaikumsalam. Saya buat dulu terus dapat on the spot. Proses pun sekejap je.
Salam bro.nak tanya,saya di jepun nak suruh adik wakilkan buat lesen…boleh ke?masa buattu dieambiltak lesen domestikyang kita ada skrang? TQ. boleh bls di emel
Baru saya tahu pasal permit ini… Mudah juga hanya bayar duit dan bawa dokumen sahaja.
Pada saya elok dibuat kelas dua tiga jam utk terangkan cara memandu dan budaya di negara asing..
pssst: mmg buat duit la jpj….
wah, lepas ni boleh digelar mat rempit antarabangsa lah ye… hehehe moga selamat pergi dan selamat balik ke malaysia ya… buat apa kat Ireland?
itewww takde nak pi obersea lg ni :p
aku pun pernah ada lesen antarabangsa..tapi dah lama expired..pengalaman drive kat UAE, stereng sebelah kiri n terlanggar bumper teksi sana memang mencuakkan..tapi best..hehe
Semoga selamat pergi dan selamat pulang..
PMA – kalau dalam safety jadi Permit Mesin Angkat.
Buat masa sekarang saya masih belum ada pengalaman dalam semua itu. Driving kat Malaysia dengan Thailand je skang ni.
sangat hebat bro .. tahniah 🙂
memang seronok dan pengalaman baru bila memandu dinegara orang. sikit2 mesti bbeza dgn negara kita
Tuan Denaihati mesti ada pengalaman memandu di negara orangkan ataupun melihat keadaan lalu lintas di tempat orang.
Memang akan kekok sebab streng belah kiri 🙂
Rasanya Ireland steering belah kanan lagi.. Harap macam tu la.
nak kemana tu… siap ambil permit memandu antarabangsa…..
Nak ke Ireland… 🙂
pergi Ireland…wah bestnya…
nak pergi mana ambil PMA ni? mesti mula2 kekok nak memandu kt negara yg lain undang2 memandu kan?
Itulah.. Bab undang-undang tu yang merisaukan. Ditambah pulak dengan budaya negara orangkan.
oooo..tujuannya nak merempit ye..
Haha.. Itu sudah pasti.. Barulah rempit ke tahap antarabangsa.
Boleh drive kereta dengan motor tak bila ada lesen ni? pakai kat malaysia pun ok jugak. kena tahan dgn jpj, segera keluarkan lesen ni haha
Haha.. Betul jugak tu. Saje test tunjuk PMA ni dekat JPJ kan.
Ada perancangan hendak ke luar negara?
Sabtu ni nak bercuti ke luar negara bro.. 🙂
nak gi mana ni, bro?
hati memandu di lorog kanan tu
maklum saja kita biasa kat sebelah kiri di malaysia ni
hehe
Hendak ke Ireland, Belfast dan Manchester rasanya.. Terima kasih bro 🙂
Tak silap kalau di UK, tahun pertama boleh guna lesen sendiri. Tapi dah masuk tahun kedua, memang kena ambik lesen di sana. Tak silap la.. kalau silap, ampuuunn..hehe
saya pun tak tau Nadot pasal benda ni. Baik apply je siap-siap sebelum ada masalah dekat sana nanti. Lagi payah dekat tempat orang ni. Hehe
Ada je sesetengah negara yang tak ambik kisah langsung bab ini. Contoh di negara saya belajar ini, Negara Maghribi, dia tak minta pun benda-benda ni. Malah lesen memandu pun boleh ditipu lagi.
Sampai lesen memandupun boleh ditipu, memang parah dah tu. Pasti ramai yang ambil kesempatankan dengan keadaan macam tu.
owh ingat dulu masa kelas memandu, kita boleh terus pakai je lesen malaysia ni kat mana2, rupa2 kene apply, thanks for info
Kalau tak apply takut diorang tak faham pulak lesen kita ni. Tapi ada jugak negara yang tak payah apply pun benda ni.
ohh benda ni pernah tgk mak cik saya ada. haaaaa
Hehe.. Makcik duduk luar negara ke?
assalamualaikum…begitu ye….ermmmm
Waalaikumsalam. Macam tu la ceritanya. Hehe
betul juga tu.den tiba2 terfikir.. dah lah tempat duduk dorang pun lain, lane dorang pun terbalik daripada kita
Nasib tempat yang aku nak pegi ni lane dgn driver seat sama macam dekat Malaysia. Hehe
Ktak tau pulak kena ade permit.. Huhu
Ramai lagi yang tak tahu rasanya pasal permit memandu antarabangsa ni.
Baru ambe tau pasal ni…ingat boleh main redah jer…hehehe
Jangan main redah, takut jugak kalau kena tahan dekat negara orang tu. Hehe
Tgk negara juga…Saya selalu driving di Australia..Utk Australia & new Zealand, mereka tak perlukan kita ambil permit ni, cuma tunjuk sahaja lesen kita
Memang ada jugakkan negara yang tak payah tunjuk permit. Tapi nak selamat elok ambik je permit ni kan doc. Hehe.. Biasalah first time. 🙂
Tak berani nak memandu diluar negara.. Lebih-lebih lagi kalau pemanduan sebelah kiri.
Negara yang saya nak pegi ni pemanduan sebelah kanan. Tapi ada juga perasaan tak confident tu. Hehe
hehee…berjalan kakipun mase nak lintas jalan masih lagi tersalah tgk arah…hampir kena langgar ngn basikal yg laju2 kat china..hohohho
Bahaya jugak tu jalan kaki pun sampai boleh nak kena langgar dengan basikal. Hehe
mohon PMA ni bro nak gi drive kat mana?
Ingin bercuti ke Ireland dan juga ke UK bro.
Kalau UK, takde masalah. Driving sebalah kanan, sama macam kita kat Malaysia.. Kalau european tu memang ngeri juga, pasal semua jadi terbalik, driver duduk belah kiri … wah, mesti syok pergi holiday. Berapa hari?
Dalam 11 hari macam tu bro.
fuh…terbaik…lehla nanti kongsi2 gambar2 menarik kat sana… =)
InshaAllah.. Pasti ada gambar yang menarik nanti. Hehe
Pasti seronok boleh pandu kereta di negeri orang,yang perlu di ingat:
1.Peraturan memandu sedikit berbeda
2.Letak kendali kereta,kalau di Malaysia berada di sebelah kanan kalau di negeri luaran sana banyak berada di sebelah kiri.
jauh berjalan tu dengan famili ke…selamat memandu nanti…