Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013

Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia

Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013. Kalau korang ingat lagi pembentangan Bajet 2013 pada bulan September, kerajaan telah mengumumkan diskaun ataupun rebat sebanyak RM 200 untuk belia membeli telefon pintar 3G. Inisiatif itu kemudian secara rasmi dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia yang akan bermula dari 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013 atau RM 300 juta peruntukan telah digunakan sepenuhnya (yang mana dahulu). Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM.

Pakej Komunikasi Belia ini adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia. pakej ini adalah untuk rakyat Malaysia dari usia 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan bawah RM 3,000. Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak boleh membeli mana-mana telefon pintar yang mereka sukai. Sebaliknya, belia yang layak hanya dapat memilih telefon pintar yang diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kos tidak lebih daripada RM 500.

Macam biasa la, bukan senang-senang je kerajaan nak bagi rebat RM200 tu. Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna antaranya adalah:

Syarat-Syarat Pakej Komunikasi Belia

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Bagi aku lah, bukan tak bersyukur dengan apa yang kerajaan nak bagi kepada belia-belia yang cukup syarat-syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia. Tapi syarat telefon pintar dengan harga maksimum RM500 tu sangat tak munasabah. Rata-rata sekarang ni telefon yang layak disebut sebagai telefon pintar atau 3G adalah dalam lingkungan harga RM1,000 – RM2,000. Kalau setakat telefon bawah RM500 tu apa je yang boleh dapatkan. Memang nampak betul ‘keikhlasan’ kerajaan dalam memberi rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar ni. Nak tentang lebih-lebih nanti kata tak bersyukur dengan apa yang diberi pulak. Tapi kalau niat nak bagi tu betul, mesti takda orang yang tak puas hatikan.

Apa-apa pun, bagi korang yang layak memohon tu jangan la lepaskan peluang ni. Mulai 1 Januari 2013 ni, jom kira serang ramai-ramai lama web SKMM untuk mendaftar. Jangan dipersia-siakan peluang macam ni.

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • Abdur 31 December 2012 at 1:33 PM

    Saya sangat bersyukur dengan program ini kerana memberi kesempatan bagi orang yang berpendapatan rendah

  • ohcikgu 29 December 2012 at 12:15 PM

    kalau student atau budak-budak sekolah..layak ke?

  • Ibu Mifzal Arsyad 29 December 2012 at 2:31 AM

    hehe…

    sy pun rs x adil sbb sy x layak mohon..hehe..

  • nur anis 28 December 2012 at 11:26 AM

    agak lah kan….phone apa lah dapat dengan harga tu..huhu..tapi try bukak website skmm macam busy je..tak boleh nak masuk..

  • Baby Jane 28 December 2012 at 8:32 AM

    ohye mkn kat sushi Q mmg sedap :D

  • Baby Jane 28 December 2012 at 8:31 AM

    LERRR utk hp 3g hrg maksimum 500??

  • jebateja 28 December 2012 at 8:31 AM

    den ni tak taw sgt pasal tepon pintar….tapi galaksi Y by samsung…bawah RM500…adakah ia dlm kategori tepon pintar…??

  • whitecappuccino 28 December 2012 at 1:30 AM

    smartphone maksimum hargaRM500 je? mmg ikhlas la sgt tu..baik tak payah bg rebet…biarla logik sikit kot ya pun

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:39 AM

      Hehe.. Tula pasalnya.. Bila orang marah, kata tak bersyukur lak. Tapi dorang pun macam la ikhlas sangat bagi tu kan.

  • luqmanzakaria 27 December 2012 at 11:31 PM

    nice sharing..tp betul jugak kate kau..500?? hurmm…

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:39 AM

      RM500 telefon apa la sangat yang boleh belikan. Lain la kerajaan turunkan harga iphone dan S3 sampai RM500. Haha

  • Farah Waheda Binti Wahid 27 December 2012 at 11:23 PM

    salam kenal, singgah sini, balas kunjungan dan follow awak…

  • namaku semah 27 December 2012 at 9:31 PM

    ape lagi phone samsung second hand lah hakhak. takpun 3310 yang telah siap diinovasikan muahaha

  • TehR 27 December 2012 at 6:11 PM

    nampaknya galaxy s3 dengan iphone5 tak termasuk dalam senarai la
    hehe

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:27 AM

      Ramai yang hampa dengan pengumuman ni rasanya. Termasuklah saya sendiri. Hehe

  • cik tom 27 December 2012 at 5:47 PM

    harga max RM500?? hp apalah sgt yg dinamakan smartphone tue..heee

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:11 AM

      Itulah pasal. Kalau dah tak ikhlas nak bagi tu macam ni la jadinyakan.

  • boni kacak 27 December 2012 at 5:37 PM

    rasanya tab untuk budak2 yang hanya untuk game tu bolehlah dapat.hehehehe

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:10 AM

      Tapi ni untuk telefon bro. Tak tahu tablet lepas ke tak… :)

  • azmanisma 27 December 2012 at 4:58 PM

    Tak layak sebab terlebih umur hehehe………

  • Joe 27 December 2012 at 3:53 PM

    Kalau hargem max Rm500, tak smart ar…

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:09 AM

      Banyak model telefon yang tidak smart dalam lingkungan harga RM500 tu.

  • Strider 27 December 2012 at 3:45 PM

    aku pun ingat nak try mintak laa nanti…hehehe..tapi nak kena update phone 3G dulu laaa..tapi list phone yang diluluskan pun kena ambil kira..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:09 AM

      Boleh la cuba mohon bro. Kira banyak jugak rebat RM200 tu.

  • Denaihati 27 December 2012 at 3:17 PM

    setuju dgn bro. iphone 5 memang tak boleh lah beli dgn pakej ni.

    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:08 AM

      Itulah.. Tuan macam tahu-tahu saya berkenan nak beli iPhone 5 tu. Hehe

  • akubiomed 27 December 2012 at 2:38 PM

    Makin ramai yang akan bergaya dengan smartphones.

  • titan 27 December 2012 at 2:09 PM

    ok la tu. siapa yang takde smartphone tu..try la. haha..

  • syaifuddin alias 27 December 2012 at 1:53 PM

    hihi …skrg tak ada sebab dah org Malaysia tak tahu pasal mende2 pintar ni semua.. semua dah maju .. :D

    • Hazmin Hamudin 27 December 2012 at 2:09 PM

      Tapi yang buat pakej ni macam kurang pintar je dengan syarat-syarat macam tu.

  • hafidz 27 December 2012 at 11:44 AM

    Rasanya dah tahu sangat jenama telefon pintar yang akan laku dijual. fuh~

  • ayie 27 December 2012 at 10:02 AM

    dah tak layak laa…kan ke belia sampai umur 40 tahun kn? :D

    • Hazmin Hamudin 27 December 2012 at 11:50 AM

      Hehe.. Ikutkan macam tu la kan. Tapi belia umur 40 tu mesti dah mampu beli telefon canggih-canggih. Hehe

  • Freelance 27 December 2012 at 9:56 AM

    gua tak layak sebab gaji lagi 20 sen sejuta. wei bro gua nak tanya ni, macam mana ko buat menatang kat tepi tu? yang ada tanda google friend connect. gua nak buat sebiji, tapi dia kata not supported except blogger only. ajar skit

    • Hazmin Hamudin 27 December 2012 at 11:47 AM

      Pergh.. Kaya dah macam tu. Boleh la belanja gua dah tu.

      p/s: Google friend connect dah memang dah tak support blog lain kecuali blogger je. Memang kena guna Google+ je la.

  • Kak Zakie Purvit 27 December 2012 at 8:41 AM

    Kakak dah tak layak pun dan rasanya memang betul mana ada telefon pintara bawah 500 ringgit. Sendiri kena fikirlah…

    • Hazmin Hamudin 27 December 2012 at 11:41 AM

      Itulah kak. Nanti mesti ramai yang mempersoalkan harga telefon maksimum RM500 tu kan.

  • Azian Elias 27 December 2012 at 8:02 AM

    plan macam nak tukar hp lah..

    • Hazmin Hamudin 27 December 2012 at 11:40 AM

      Kalau kena dengan syarat-syarat apa apa tunggu lagikan kak.