Header Baharu
Setelah sekian lama Blog Hazmin menggunakan header yang tersengat la buruk
(setelah puas dan terbakar hati melihat header blog-blog lain yang cantik), bersempena dengan ‘Tahun Baru Cina’ hari ni, Hazmin pun dengan perasaan yang sangat rajin telah melakukan beberapa perubahan bahru pada Blog Hazmin ni bagi kelihatan cantik dan comel seperti tahun arnab. Mungkin perubahan ni tidaklah terlalu besar atau pun terlalu menarik bagi setengah orang, tapi bagi Hazmin perubahan ini telah cukup memuaskan hati bagi blog yang masih lagi baru nak naik macam Blog Hazmin.
Sebelum ini header yang digunakan terlalulah simple
serta biasa-biasa sahaja dan mungkin tidak menarik minat sesiapa yang berkunjung ke Blog Hazmin. Header lama tu main ambil saja dekat
Google tanpa edit apa-apa pun. Hasilnya memanglah biasa-biasa jugakkan. Header sekarang pun masih lagi ambil dekat
Google tapi dengan sedikit pengubahsuaian supaya kelihan cantik untuk diletakkan di Blog Hazmin. Hasilnya seperti yang dapat dilihat sekarang ni.
Header baharu
ChurpChurp
Iklan ChurpChurp juga telah diubah kedudukannya supaya Blog Hazmin kelihatan lebih kemas dan teratur. Kalau sebelum ni iklan ChurpChurp diletak dekat paling atas untuk memudahkan semua pengunjung Blog Hazmin melihat
iklan tersebut tapi kali ni iklan ChurpChurp telah dialihkan dan diletakkan di sebelah kanan (bawah tentang Hazmin) supaya kelihatan teratur.
Saiz Tulisan dan Warna (link)
Ada setengah-setengah warna tulisan juga telah ditukar warnanya (jika ada yang perasan). Supaya Blog Hazmin mesra pengguna, saiz tulisan juga telah dibesarkan sedikit supaya Blog Hazmin mudah dibaca oleh semua pengujung tidak kiralah ‘bermata empat’ ataupun bermata dua. Cuma untuk mereka yang tidak ‘bermata’ sahaja yang masih tidak boleh membaca Blog Hazmin ni (tiada kemudahan Braille lagi).
Diharap dengan perubahan yang dilakukan dapatlah menarik minat pengunjung untuk datang menjengok ke Blog Hazmin ni. Jika ada apa-apa pendapat dan teguran bolehlah dinyatakan pada ruangan komen di bawah ye.