Pukul Berapalah Sampai Ni

by Hazmin Hamudin on 11 June 2012

in Work

Hari ni budak-budak sekolah akan memulakan sesi persekolahan setelah dua minggu cuti. Memang puas cuti lama macam tu, harap takda la yang malas bangun pagi. Kalau tanya semua budak-budak takda siapa yang suka bangun pagi nak pergi sekolah.

Bila sekolah dah buka ni, pastinya jalan jadi sesak. Ditambah lagi hari ni hari ‘isnin’ yang sangat indah. Perkara yang paling dibenci oleh orang yang nak pergi kerja macam aku ni. Maklum la, memang ‘heaven’ semua jalan sepanjang cuti sekolah.

Apa yang sebabkan jalan sesak masa budak-budak ni pergi sekolahpun aku tak tahu. Bukannya diorang ni pergi sekolah bawak motor atau kereta ya dak? Kalau diorang ni duduk asrama confirm jalan tak sesak, ‘heaven’ je tiap masa nak pergi kerja. Hahaha..

Apapun kerja tetap kerna pergi. Tanggungjawab tetap kena buat walau macam mana pun seksanya jalan nak pergi kerja dari Serdang ke KL tu. Harap dipermudahkan dan aku tak lambat sampai ofis pagi ni.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Incoming search terms:

  • cuti hotel ridel
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • akubiomed 17 June 2012 at 9:21 PM

    Kalau cuti sekolah selalunya jalan akan lengang.
    akubiomed recently posted..Sambutan Hari Bapa dengan projek Hari Minggu

  • LangkawiHomestay 12 June 2012 at 11:40 AM

    mmg xdpt nk dielakkan..huhu

    nk cpat nek motor la.. :)
    LangkawiHomestay recently posted..Gunung Raya

  • Jebeng Otai™ 11 June 2012 at 9:26 PM

    budak naik sekolah..selalunya jln jem.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Kedudukan Terkini EURO 2012

Previous post:

Next post: