Rindu Nak Menulis Blog

by Hazmin Hamudin on 22 June 2012

in Live Blog

Dah lama jugak aku tak update blog ni. Tak macam sebelum ni, habis semua berita tak kira la hiburan, sukan, segala bagai berita aku update. Pantang ada masa, mula la cari bahan nak buat entri.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, ni blog peribadi ataupun blog berita. Boleh dikatakan dah jauh menyimpang dari tujuan asal aku berblog. Segala kisah, pengalaman seharian aku yang sepatutnya dicoret dalam ni tapi entri copy paste jugak yang melekat.Sekarang ni pun masa agak terbatas jugak. Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Bila dekat rumah memang nak rehat saja. Mana ada lagi masa untuk update blog walaupun sekadar entri copy paste. Mujur boleh update blog menggunakan mobile. Sambil-sambil tunggu bas sempat la cari masa update sekejap.

Oh ya… Baru-baru ni, puanbee blogger femes yang memang semua orang kenal ada bagi hadiah domain dekat aku. Suatu hadiah dan juga bagi aku merupakan suatu amanah untuk aku menyambung legasi domain tersebut. Mampukah aku? Memang suatu cabaran bagi aku. Terima kasih puanbee untuk domain tersebut.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • eszairy 27 September 2012 at 10:39 PM

    Bersantai sambil cari idea nk tulis apa..
    eszairy recently posted..ISYARAT TANGAN – DI SALAH ANGGAP DAN FAHAMAN

  • cik tom 30 June 2012 at 12:17 AM

    wah tahniah dpt domain dr kak bee…
    bg cik tom ok je mn2 versi blog pun.. :)
    cik tom recently posted..Komisyen 5,6,7 dan 8 dari JDR

  • budak felda 29 June 2012 at 4:52 PM

    mula-mula memang banyak idea tapi lama hehehe..:) takpe bro idea banyak tu cuma masa jer kot kekangannya..:)
    budak felda recently posted..Angka 13,530,571 Hanya Satu Permulaan

  • titan 26 June 2012 at 6:16 PM

    lama gila ko menghilang. gi bertapa ker?
    titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 3

    • Hazmin Hamudin 26 June 2012 at 6:47 PM

      Bertapa sepurnama bro.. Menuntut ilmu blogging.. Haha..

  • dzuandiey 26 June 2012 at 12:12 AM

    blog cikgu pun dah jadi macam blog peribadi..hehehe…asyik cari cerita pelik-pelik..lebih neutral kan…keep blogging..!!
    dzuandiey recently posted..Realiti Ketika Berada Dalam Bas

  • akubiomed 24 June 2012 at 10:21 PM

    Kalau entri mengenai dunia hiburan boleh mendapat trafik tetapi menulis menongkah arus boleh mencabar minda dan membaiki kemahiran. Pilihan ditangan anda terpulanglah,
    akubiomed recently posted..Glitz & Glam Bloggers Party oleh Apac Aventure

    • Hazmin Hamudin 25 June 2012 at 9:03 PM

      Betul tu bro… Sebenarnya lebih kepada blog peribadi… Akan cuba kembali ke landasan sebenar.

    • dzuandiey 26 June 2012 at 12:14 AM

      amat susah nak cerita bab hiburan..kena maintain..hehe…better personal blog..santai jer kan.. :-)
      dzuandiey recently posted..Realiti Ketika Berada Dalam Bas

      • Hazmin Hamudin 26 June 2012 at 10:08 AM

        Tu la.. Nak update entri pendek2 pun boleh. Ikut suka sahaja.

  • Jebeng Otai™ 23 June 2012 at 8:49 PM

    yela..kadang2 ada masa byk idea..ade masa langsung x der idea..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Eyriqazz vs Denaihati

    • Hazmin Hamudin 24 June 2012 at 1:19 AM

      kadang2 bosan dengan entri copy paste ni… Terasa sgt tak best dengan blog sendiri.

  • Hairul Hissam 23 June 2012 at 4:14 PM

    saya pun kekadang tak tahu apa yg nak tulis utk blog sendiri.. last-last.. hentam je la :D
    Hairul Hissam recently posted..Resepi Cara Membuat Sagun | Boleh Buat Bisnes Sampingan Taw

    • Hazmin Hamudin 23 June 2012 at 7:27 PM

      Lebih baik tulis hentam daripada tak tulis apa2 dan biarkan blog tidak berupdate. Penat jugak memikirkan idea untuk menulis blog ni.

  • kak ieda 22 June 2012 at 10:17 PM

    salam perkenalan dik
    akk dulu punn suke cerita merapu dik
    tapi skrg suke share info2 menarik
    kena jadi bijak utk jadi blogger yg bagus ;)
    kak ieda recently posted..MEE HUN SOUP yg simple citarasa IEDA

    • Hazmin Hamudin 23 June 2012 at 7:27 PM

      salam perkenalan kak..
      Tq sudi datang sini…
      Akak ni mesti blogger hebat.. Rasanya saya faham kena jadi blogger bijak tu. Ada masanya kena bermain dengan SEO dan share info2 yang menarik..

Previous post:

Next post: