Rita Rudaini Terima SMS Bercerai Dengan Aidil Zafuan

Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya. Menurut Rita Rudaini, Aidil Zafuan sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa dia sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepadanya.

Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya,” katanya.

Senangnya la sekarang ni kalau nak bercerai. Apa-apa perkara sekali pun semuanya guna pakai SMS termasuklah bercerai. Mudah dan cepat. Rasanya kes Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ni dah lama dan banyak kontroversi. Nak bercerita lebih pun rasanya tak sesuai sebab ini adalah hak peribadi masing-masing dan keputusan telah dibuat.

Cuma yang menyedihkan sudah pastilah anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa atas perceraian tersebut. Harap agar Rita Rudaini lebih tabah menghadapi dugaan ini dan Aidil Zafuan Abdul Razak dapat menjaga kebajikan anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya kelak.

Sumber: mStar

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • Jebeng Otai™ 11 April 2012 at 10:34 PM

    seorg ag pemain bola yg bercerai..xbestnya..

  • liyana nadia 11 April 2012 at 2:11 PM

    x abis2 pasal artis bcerai.. Hmmm

  • akubiomed 11 April 2012 at 2:02 PM

    Wah cepat betul perkara cerai berai ini diketahui umum. Susah juga menjadi orang dikenali ramai kerana cerita didalam kain ada yang hendak ambil tahu. :-(

    • Hazmin Hamudin 11 April 2012 at 4:27 PM

      Bila dah jadi artis ni, memang banyak mata dok perhati je.