Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 28, sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, selepas melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Peguam syarie yang mewakili Sabarina, 30, Ezura Nashuha Abdul Hadi, ketika ditemui selepas prosiding, berkata lafaz cerai itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk bercerai secara baik.
Kedua-dua mereka bersetuju semua tuntutan dan hak penjagaan dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, selain nafkah dan edah juga diselesaikan dengan cara baik.
Prosiding itu dijalankan di depan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar.
“Sebelum ini, saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan. Saya akan teruskan hubungan baik dengan Safee kerana kami ada dua anak dan perlu menjaga perasaan mereka. Saya dan Safee akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” kata Sabarina.
alahai bercerai la pulak…dah elok-elok popular. kesian kat anak nanti, harap-harap anak diorang akan dapat yang terbaik walaupun ibu bapa dah bercerai
Itu la bila dah dikenali ramai dan berada di kemuncak. Macam-macam dugaan pasti datang.
dorang ni kawen macam makan kepsi ngan mekdi ajer kan hheheh
Dah banyak duit. Dapat kontrak 2juta untuk 2 tahunkan. Confirm ramai perempuan nak dekat.
Salam , hazmin ni theme thesis baru tu yek ? mana lagi best ?
Bukan kak, sekarang ni saya guna Genesis Framework, guna child theme news utk Genesis ni. Kira Genesis dengan Thesis ni sama-sama saing la. Dengar pun sama-sama hebat untuk SEO. Tapi saya trafik ciput. Rasa sama je pakai thesis tu. Salam untuk entri artis pijak perempuan tu dapat la gak 1st page rasanya. Ni asyik main dengan theme abis bounce rate saya naik tinggi dah. Hehe..
bounce rate tu kedua bg akk , paling penting traffic hehehe .. tp tengok mcm tk bape best gak theme ni , woo theme tu gl masyuk trafficnya
Bounce rate tak penting untuk SEO ke kak? Kalau tak penting, saya abaikan je.. Penat dah ni nak kumpul trafik… Dah nak setahun saya pakai hosting ni.. hehe..
entah lah , ada org ckp penting , tp akk dr dulu lagi 60 keatas , sekarang ni pun duk 79 gitu
Wah… Tinggi betul bounce rate akak kan… Takpe, janji masyuk dah la kan kak… Saya masa pakai thesis tu belas2 je bounce rate tu… Ni tuka theme terus naik tinggi. Biar jela… Yang penting trafikkan kak.
tak taulah penting ke tidak , ikut mu le hikss.. kenapa bounce rate akk tinggi sgt tu entah lah pening nak fikir ..
Sesuatu yang menyedihkan berlaku kepada Safee Sali ketika mengecapi puncak kegemilangan sebagai pemain bola sepak. 🙁
Sepatutnya bila di puncak kegemilangan, seoarang isteri berada di sisi suaminya. Tapi tidak pada Safee.