Selamat Hari Jururawat 2011

by Hazmin Hamudin on 12 May 2011

in Perayaan

Sumber : Google

Hari Jururawat disambut pada 12 May setiap tahun di seluruh dunia. Mesti ramai yang tak tahu kenapa tarikh 12 May dipilih sebagai hari jururawat kan (aku sendiri pun tak tahu). Kalau nak tahu tarikh itu dipilih sebagai mengenang hari kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820.

Korang kenal sapa Florence Nightingale ni ? Ha… Bukan Chef Florence ok… Florence Nightingale ni adalah seorang jururawat orang Puteh (English Nurse). Beliau juga dikenali sebagai “The lady with the lamp” , maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”, kalau aku terjemah dalam bahasa Melayu lah. Dah macam Aladdin dengan lampu ajaib plak aku rasa… Lebih kurang lah tu. Tak ke pelik nama beliau digelar macam tu kan. Meh aku cerita sikit pasal apa.

Pada zaman perang Crimean dalam tahun1854, Beliau selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan. Lebih kurang macam buat ward round lah di hospital. Sebab tu di panggil Lady with the Lamp.

Jom kita tengok antara sumbangan Florance ni dalam bidang kejururawatan.

  • Florence telah memperkenalkan jururawat-jururawat wanita dalam perang ketika perang crimean di Turkey.
  • Pada tahun 1860, Florence juga telah menubuhkan sekolah jururawat di St Thomas Hospital di London. Beliau telah menghasilkan ramai nurse-nurse yang membantu dalam proses kejururawatan.
  • Florence juga adalah seorang penulis dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk ” Notes on Nursing” iaitu buku pengenalan tentang kejururawatan yang mengandungi 136 muka surat.
  • Florence juga adalah seorang yang berpengetahuan dan dia juga seorang pakar statistik. Beliau telah menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan pamplet tentang pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan.

Florence Nightingale telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1910 di bilik tidurnya di 10 South street, Dauk Lan, London pada usia 90 tahun. Sempena Mengingati Jasa Florence, 12 Mei di jadikan sebagai Hari Jururawat sedunia.

Florence Nightingale

Kepada semua Jururawat mahupun bakal jururawat, Selamat Menyambut Hari Jururawat. Moga hari ini jadi hari untuk memperbaharui azam dan memperteguhkan tekad untuk menyumbang kepada pesakit dan juga kepada pembangunan negara.

Selamat Hari Jururawat.

Incoming search terms:

  • hari jururawat
  • jururawat
  • tarikh hari jururawat
  • tarikh hari jururawat sedunia
  • hari jururawat sedunia
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • Selamat Hari Jururawat 2012 12 May 2012 at 11:58 AM

    [...] lebih lanjut berkenaan dengan sejarah dan sumbangan Florence Nightingale ni, bolehlah tengok entri Selamat Hari Jururawat 2011. Tema sambutan hari jururawat pada tahun 2012 adalah “Closing the Gap: From Evidence To [...]

  • Hati Batu 12 May 2011 at 6:46 PM

    pasal jururawat ni pun aku baru tahu ari ni..first dari tv..second dari blog kau..thanks sharing..hehe =)
    Hati Batu recently posted..Program Pengajian Lepasan STPM-Setaraf UiTM

    • hazminhamudin 12 May 2011 at 8:02 PM

      aku pun baru tau semalam…terbaca kat mana tah.. :) .tu yang terus buat entri tu…

Previous post:

Next post: