Selamat Hari Jururawat 2012

by Hazmin Hamudin on 12 May 2012

in Kesihatan

Selamat Hari Jururawat 2012

Tanggal 12 Mei 2012 seluruh dunia akan menyambut Hari Jururawat. Hari Jururawat ini disambut seluruh Malaysia adalah sebagai mengenang jasa bakti para jururawat yang memberi perkhidmatan kejururawatan kepada seluruh masyarakat tanpa mengenal penat lelah mereka bekerja siang dan malam untuk menjaga pelbagai ragam pesakit.

Pekerjaan jururawat adalah tugas yang sungguh mulia. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga adalah suatu perjuangan. Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal?  Sebenarnya banyak jugak peranan yang dimainkan oleh jururawat ni.

Mesti ramai yang tak tahu lagi kenapa Hari Jururawat ni disambut pada 12 Mei setiap tahun. Tarikh itu dipilih sebagai mengenang hari kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan sejarah dan sumbangan Florence Nightingale ni, bolehlah tengok entri Selamat Hari Jururawat 2011.

Tema sambutan hari jururawat pada tahun 2012 adalah “Closing the Gap: From Evidence To Action”.

Dikesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Jururawat 2012 kepada semua jururawat yang berada di Malaysia ni. Semoga semua dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dan penuh tanggungjawab kepada pesakit. Sentiasa bersabar dan tidak jemu untuk menjaga serta melayan kerenah pesakit.

Selamat Hari Jururawat 2012.

Incoming search terms:

  • hari jururawat malaysia
  • tema jururawat 2012
  • sambutan hari jururawat 2012
  • hari jururawat 2013
  • tema hari jururawat 2013
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • akubiomed 13 May 2012 at 1:25 AM

    Terkejut kenderaan yang jururawat pakai kalah kita yang kerja swasta. :-)

  • Jebeng Otai™ 12 May 2012 at 8:20 PM

    selamat hari jururawat juga..ingt hari setiausaha je yg ada..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Lelaki Kacak Labur ASB

Previous post:

Next post: