• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014

Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014

By Hazmin Hamudin | 19 November 2014 | 14 Comments

Selama aku hidup 29 tahun dekat dunia ni, baru aku tahu ada hari untuk meraikan kaum adam ataupun lelaki ni. Haha. Dulu aku pernah persoalkan kenapa tiada hari untuk meraikan kaum lelaki, tapi aku silap rupanya. Memang ada hari lelaki ni. Rasanya bukan aku sorang je yang tak tahu  pasal Hari Lelaki Sedunia ni, tapi ramai lagi yang tak tahu.

Hari Lelaki Sedunia

Hari ini, 19 November diangkat sebagai Hari Lelaki Sedunia bagi memperingati segala jasa, pengorbanan dan peranan lelaki dalam kehidupan seharian. Dirasmikan pada 1999 di Trinidad & Tobago, acara ini mendapat sokongan menyeluruh daripada pelbagai individu, badan bukan berkepentingan mahupun kerajaan di Australia, Carribean, Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika.

Sejak itu, Hari Lelaki Sedunia disambut di lebih 60 negara setiap tahun dengan aktiviti dan acara diraikan bersama. Objektifnya untuk memberi fokus kepada kesihatan lelaki sama ada dalam kalangan kanak-kanak, remaja atau dewasa selain memberikan hak kesaksamaan dan menjadikan mereka sebagai ‘role model’ positif.

Tapi ada jugak yang aku tak puas hatinya. Walaupun aku dah dapat jawapan yang lelaki pun ada hari yang disambut setiap tahun, tapi kenapa hari lelaki sama tarikh dengan Hari Tandas Sedunia? Apa kaitannya Hari Lelaki Sedunia dengan Hari Tandas Sedunia? Ini tidak adil. Haha. Memang takda kaitan ok.

Hari Tandas Sedunia

Dilancarkan pada 19 ­November 2001, Hari Tandas Sedunia disambut di lebih 19 negara dengan pelbagai acara dan aktiviti berkaitan ­kebersihan tandas dan penggunaan yang betul.

Tujuannya untuk memberi kesedaran mengenai lebih 2.6 bilion manusia yang masih belum menikmati kemudahan tandas yang bersih dan teratur.

Hari Tandas Sedunia juga menekankan kepentingan sanitasi yang bersih dan kesan besar terhadap psikologi, kesihatan dan emosi akibat pengurusan sanitasi yang tidak betul. Justeru, jagalah tandas di rumah dan di tempat awam sebaik-baiknya.

Yang pasti Hari Lelaki Sedunia dan Hari Tandas Sedunia hanyalah kebetulan mempunyai tarikh yang sama. Jauh sekali rupa lelaki jika nak dibandingkan dengan mangkuk tandas. Haha. tak boleh belah betul. Sama ada lelaki mahupun tandas, kedua-duanya perlulah sentiasa bersih sepanjang masa. Lelaki perlulah sentiasa menjaga kesihatan yang baik sama ada luar ataupun dalaman. Begitu juga tandas, hendaklah sentiasa bersih walau selepas digunakan.

Apasal aku pergi kaitan lelaki dengan tandas pulak ni. Haha. Tandas pun tandas la… Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Lelaki Sedunia kepada semua lelaki.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Miracle Vitamins 3 December 2014 at 7:05 AM

    Memang tak tahu pun ada hari lelaki sedunia, selama ni tahu hari wanita sedunia. Kira fair and square la skrg ni

    Reply
  • ikhwan 3 December 2014 at 1:56 AM

    selamat hari lelaki sedunia 🙂

    Reply
  • Aretikz 30 November 2014 at 10:04 PM

    Hari lelaki, kita tak sambut sebab nampak cool, wuuuu ~

    Reply
  • AZENI AHMAD 27 November 2014 at 6:31 PM

    Baru tau ada hari setandas sedunia..
    Dan baru tau kena hari sama lelaki sedunia..
    Apa2 pun kena celebrate bersama insan sekeliling kan yang bernama lelaki.. Baru la dihargai la kan..

    Reply
  • ajumohit 25 November 2014 at 7:58 AM

    selamat hari lelaki, akak bab tandas ni memang particular sangat

    Reply
  • anies 20 November 2014 at 2:59 PM

    heheheh x penah tau pun 😉

    Reply
  • suri 19 November 2014 at 8:47 PM

    sungguh banyak hari untuk ingat kenangkan. untunglah menjadi manusia sebab lenoh hargai prhatin selalu

    Reply
  • JR 19 November 2014 at 7:03 PM

    La…. rambut pun dah hampir beruban, ni baru saya tau ada hari lelaki sedunia. Tapi bila hari lelaki sedunia jatuh serentak dengan hari tandas sedunia rasa macam terhina pulak kaum lelaki, hehehehe…

    Reply
  • blogger lelaki 19 November 2014 at 7:01 PM

    selamat hari lelaki juga buat bro..hahaha

    Reply
  • Sylarius Yusof 19 November 2014 at 5:23 PM

    Hari Lelaki ni betul-betul ada rupanya. Ingatkan ada member cerita hari tu, dia just melawak je.

    Reply
  • Hafizul 19 November 2014 at 5:00 PM

    Haha..hari tandas…mesti hari tu tandas kena kunci..haha..tandas kena berehat gak haaa..haha

    Reply
  • akubiomed 19 November 2014 at 1:17 PM

    Apa yang hendak diraikan? Rasa lain macam pula. 🙂

    Reply
  • daddyziyyad 19 November 2014 at 12:06 PM

    hahaha…aku pun baru tau ada Hari Lelaki Sedunia..
    dan aku pun baru tahu, ia sama tarikh dgn Hari Tandas Sedunia! hahaha

    Reply
  • ewanthology 19 November 2014 at 11:58 AM

    hari lelaki pun dah ada??? adoiii

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Rabak Poket Seluar

By Hazmin Hamudin

Kisah Kebakaran Di Flat PKNS Jalan Kerinchi

By Hazmin Hamudin

Apabila Punch Card Rosak

By Hazmin Hamudin

Tukar Nama Wanita, Mahkamah Tolak Permohonan Ashraf

By Hazmin Hamudin

Ibarat Mengajar Anak Ketam Berjalan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in