Selamat Hari Pekerja 2012

Selamat Hari Pekerja 2012. Pada tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna bagi kesemua pekerja di Malaysia kerana ianya merupakan cuti khas bagi golongan pekerja. Tidak kira lah anda sebagai pekerja sektor awam, sektor swasta ataupun bekerja sendiri. Ianya tetap menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

Selamat Hari Pekerja 2012

Hari Pekerja atau disebut juga sebagai Hari Buruh diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari pekerja mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Perhimpunan Hari Pekerja yang diadakan di Malaysia mula dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1991 secara tetap setiap tahun.

Hari Pekerja pada 1 Mei ini sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Sekitar tahun 1800 pekerja industri di Britain telah merungut kerana dikenakan waktu bekerja yang lama dan keadaan bekerja yang amat menyedihkan. Tetapi pada masa ini tiada gerakan yang dianggap drastik telah dilakukan.

Tema Hari Pekerja tahun ini adalah “Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi”. Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan inovatif ke arah negara berpendapatan tinggi. Bukan suatu usaha yang mudah untuk mereleasasikan matlamat negara yang semakin mencabar.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2012 dan selamat bercuti untuk semua pekerja di Malaysia ni  yang telah bekerja keras selama ini dalam mencari rezeki. Semoga kita terus komited dalam melakukan segala kerja yang telah diamanahkan kepada kita.

 

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current ye@r *

  • izwanyusof 1 May 2012 at 8:30 PM

    untung kerja di Malaysia,cuti dah banyak dah. cuti umum lah. itu pun tengok company juga rasanya. student macam kami ni cuti kena hari selasa macam tak puas betul. kalau isnin kan best. ;)

    • Hazmin Hamudin 2 May 2012 at 6:39 PM

      Hehe.. Kalau student kena pandai-pandai buat cuti sendiri. Lagi best macam tu.

  • Cikgu Hairul 1 May 2012 at 11:29 AM

    Selamat bercuti bro.. Rehatkan diri untuk menambah produktiviti esok.

  • Jebeng Otai™ 1 May 2012 at 12:41 AM

    slamat menyambut hari pekerja.. :)

  • akubiomed 1 May 2012 at 12:25 AM

    Selamat Hari Pekerja kepada bro. Esok rasanya hendak melunjurkan kaki. :-)

    • Hazmin Hamudin 1 May 2012 at 12:00 PM

      Tq bro. Ramai yang ambik kesempatan berehat dekat rumah. Yela, cuti pun sehari je.