Untuk pengetahun korang, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita @ Antarabangsa (International Woman’s Day). Untuk tahun 2011 ini, sambutan tersebut begitu istimewa kerana meraikan untuk sambutan yang ke-100.
Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa sambutan Hari Wanita ini diraikan diperingkat Antarabangsakan. Sambutan ini adalah sebagai simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang perjuang untuk mendapatkan persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan seharian mereka.
Perkara ini bermula pada 8 Mac 1857, iaitu 143 tahun yang lalu apabila satu mogok besar-besaran telah dilakukan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi dengan bayaran gaji yang rendah dan tempoh bekerja yang lama serta keadaan tempat kerja yang tidak selesa.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua wanita di seluruh dunia terutamanya ibu aku dan orang yang tersayang berada di keliling aku. Wanita sahaja ye… Lelaki takda hari lelaki. Kena lancarkan mogok dulu kot. Tu pun kalau diterima nak buat hari lelaki lepas tu. Kalau kena tangkap sebab buat mogok nasib la. Hehe…
Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. Kasih sayang dan bakti yang dicurahkan tidak ternilai
@asfz lily
hehe..senyum je ke..
=)