Tepat jam 12 tengah malam ini, kita akan merayakan ulang tahun kemederkaan ke 55 negara kita, Malaysia. Ulang tahun kemerdekaan tahun ini terpalit pelbagai kontroversi berkaitan tema, lagu, lirik dan paling menjadi perhatian sudah semestinya rekaan logo kemerdekaan ke 55. Berbagai-bagai komen dan reaksi yang telah dilemparkan oleh orang ramai sama ada positif mahupun negatif. Pun begitu secara positif, ianya telah tercatat sebagai sejarah dan seharusnya menjadi panduan dan ikhtibar pada masa depan.
Sebagai warga negara yang merdeka, kemerdekaan amatlah besar ertinya bagi kita. Oleh itu marilah kita menghayati perjalanan kemerdekaan negara dengan merenung kembali kepayahan nenek moyang kita berikhtiar untuk mencapai kemerdekaan. Ia akan kekal menjadi sejarah yang paling mengesankan sepanjang perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara makmur dan aman sejahtera.
Maka kita sebagai generasi selepas merdeka wajar menunjukan rasa sayang kita kepada negara sekurang-kurangnya dengan mengibarkan Jalur gemilang. Semoga kita terus kekal menjadi bangsa berdaulat, makmur dan sepakat. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 55.
Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 55!
(Semoga keamanan dan kemakmuran yang dikecapi terus berkekalan)
Happy 55th Merdeka!
(May peace and prosperity we have achieved lives on)
Selamat hari Merdeka Ke 55 🙂
tahun ni agak suram sikit sambutan hari kemerdekaan..tapi xpe, yang penting dalam hati tetap faham erti kemerdekaan..Selamat menyambut hari kemerdekaan bro.
Mungkin kerana bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Syawal menyebabkan terasa sedikit suram. Ramai yg keluar beraya daripada menyambut kemerdekaan.
Selamat hari kemerdekaan.. merdeka!!
Selamat hari kemerdekaan bro
Selamat menyambut merdeka juga….
Esok join perbarisan merdeka ke atau jadi penonton?
Tahun ni ofis tidak terlibat dengan perbarisan kemerdekaan. Tetapi saya terlibat sebagai penonton untuk program Merdaka55 di Bukit Jalil pada malam esk.
semoga kita semua dpt menghayati erti sebenar kemerdekaan
Cantik latar gambar PM pertama Tunku Abdul Rahman ada gambar Jalur Gemilang di belakanngnya. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. 🙂