Selamat Menyambut Hari Malaysia 2012. Hari ini 16 September 2012 merupakan satu lagi tarikh yang bersejarah untuk kita sebagai rakyat Malaysia kerana kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-49. Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah hari yang seharusnya disambut oleh semua. Tidak seorang pun di antara kita, perlu berasa diketepikan atau terpinggir dalam menyambut hari yang amat bermakna dan bersejarah kepada negara ini.
Pada tahun ini Hari Malaysia disambut di Bintulu, sebuah bandar yang keempat terbesar di Sarawak. Pengisian program sambutan kali ini lebih menumpukan kepada penegasan tentang tarikh keramat penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963 yang boleh dihayati serta melibatkan rakyat secara penuh.
Tema sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012 adalah “Janji Ditepati Rakyat Sejahtera”.
Sejarah Hari Malaysia
Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.
Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-49 kepada semua rakyat Malaysia tak kira di manapun berada. Diharapkan generasi muda tidak melupakan tentang sejarah Malaysia yang dipenuhi dengan warna-warni perjuangan generasi terdahulu.
selamat mnyambut hari malaysia bro.. 🙂
Selamat hari Malaysia jugak bro
Ramai yang tahu Hari Malaysia adalah cuti dan tak tahu sejarah. Dengan ini semoga dapatlah sama-sama tahu dan faham sejarah 🙂
Itulah sekarang ni ramai yang dah tak tahu sejarah. Tapi dengan adanya internet, senang je nak cari. Harap info ni dapat membantu.
selamat hari malaysia
dan selamat bercuti 🙂
selamat hari malaysia
moga2 kita kekal aman selamanya
selamat hari malaysia jg dari auc 🙂
selamat hari malaysia bro.panjang cuti.
Selamat Hari Malaysia bro. Lemah kembali bertugas semula. Hehe
Selamat Hari Malaysia kpd semua 🙂
Selamat Hari Malaysia beckhrOOy
Selamat Hari Malaysia buat tuan punya blog dan pembaca sekalian. Still tak boleh bayangkan bagaimana agaknya suasana di Sabah dan Sarawak sekiranya tidak bergabung dengan Persekutuan dahulu.
Part of Phillipines?
Mungkin kurang jadinya budaya di Malaysia ni kan.
Selamat menyambut hari Malaysia walau dah lepas.
Janganlah kita dijajah lagi dimasa depan.
Love u Malaysia!
Selamat Hari Malaysia ChOOOtz
Selamat Hari Malaysia buat Hazmin dan semua pembaca di sini 🙂
Selamat Hari Malaysia puteri kasih.
berkesempatan, sy akan kerap berkunjung ke sini.
salam perkenalan.
Terima kasih. Salam perkenalan.
Hari Malaysia……
Selamat hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia… Esok cuti ganti.. yahooo!
Selamat Hari Malaysia. Legoland takda tiket free ke untuk saya ni. Hehe
selamat menyambut hari malaysia.. kita bercuti sama2..
Selamat Hari Malaysia. Satu Malaysia cuti.. Yahooo
semangat cintakan negara sepatutnya ada kesedaran dan di semai oleh seluruh rakyat malaysia, bukannya saling kutuk mengutuk dan hina menghina di antara kaum
Betul tu bro.. Kitakan satu Malaysia.. Tak perlulah kutu mengutuk tu. Selamat Hari Malaysia bro.
betul tu, saya tgk makin menjadi-jadi isu kutuk-mengutuk ni terutama di sabah~
selamat menyambut hari malaysia dari BHN~
dengan tema janji ditepati rakyat sejahtera moga bertambah maju Malaysia
Harapnya macam tu la.. Jangan duduk takat tu je kan.
selamat hari buruh..eh.. selamat hari malaysia bro 🙂
Wah… Hari Buruh lak ye bro.. Selamat Hari Malaysia juga bro.
Selamat Hari Malaysia brother and family..
Cuti apa bikin? Naik beskal ka kibar bendera.. hik3
Selamat Hari Malaysia nurmisnan.. Cuti duduk rumah je.. Rehat2…
Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-49 tahun..Ku Pilih Malaysia…
Selamat menyambut Hari Malaysia bro…
selamat menyambut hari malaysia.. 🙂
Selamat Hari Malaysia bro
ramai gak yang tak tahu ni bila ditanya.
Sebab tu la kita as blogger kena bagi info.. 🙂
Selamat Menyambut Hari Malaysia untuk anak-anak Malaysia!
Selamat Menyambut Hari Malaysia juga… 🙂
Selamat menyambut Hari Malaysia buat rakyat Malaysia.
Selamat Hari Malaysia utk bro.