Selamat Tinggal Blog

Selamat tinggal Blog Hazmin… Selamat tinggal kawan-kawan blogger ku… Rasa tak sanggup nak tinggalkan korang semua. Berat rasa hati bila tak dapat nak mencoretkan sesuatu dekat blog ni… Mesti korang semua tertanya-tanya aku nak pergi mana kan. Sebenarnya aku bukanlah nak tinggalkan blog ni terus, sebab aku dah sebati dengan berblogging ni.

Abis tu aku nak pergi mana pulak ? Ok la… Esok aku nak pergi Cherating sampai la Rabu… Uish… Lamanya la aku tak berblogging lepas ni. Berabuk la gamaknya blog aku ni dipenuhi dengan segala macam serangga yang datang hinggap… Kalau korang yang datang takpa jugak, boleh gak naik trafik aku… Kalau serangga nak buat apa kan.

Sedih betul aku rasa kena tinggalkan blog ni. Apa la agaknya aku buat dekat Cherating tu kan? Pergi bercuti ke? Mencari ketenangan dan idea untuk blog aku ni ? Mana mungkin aku pergi bercuti masa weekday ni. Sebenarnya aku ada kursus dekat Cherating tu. Aku sekarang ni dah dilantik sebagai Internal Auditor dekat ofis aku tu. So.. Kenalah pergi kursus sebagai persediaan untuk menjadi auditor.

Takpa la.. Kalau berpeluang aku akan update guna fon aku. Sedih kan ? Nak buat macam mana… Aku ni blogger yang tidak mempunyai laptop dan broadband untuk di usung ke mana-mana. Kalau tak boleh aku update blog masa dekat Cherating esok. Apa-apa pun doakan aku selamat menjalani kursus sebagai seorang Auditor dan selamat pergi dan pulang esok ok.

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current ye@r *

  • Dda Ly 21 February 2011 at 4:50 AM

    haha igt kan bebetul la nih nk berenti blog nih..hishhh!

    jemput ke rumah ye,

    http://laydie-dda.blogspot.com

    keep in touch..*wink*

  • Raji berkata 21 February 2011 at 1:45 AM

    hohoho xpe2 xbole update pun simpan idea utk entry seterusnya..
    kang ari rabu nnti muntahkan segala idea anda ;D

  • qaseh johanna 21 February 2011 at 12:59 AM

    owh…bikin panas aje…nway..slamat bercuti ye..

    nak jd folower yg k-200 tp lambat sgt..!! so im folow…

  • Hazmin 20 February 2011 at 9:51 PM

    @Miss Secreto De Amor
    Hehe..betul2 nak tinggalkan blog la ni.Tapi 3 hari je..Rasa lama gak tu.Tak tahu la best ke tak..baru nak pegi ni awak

    @TAYAR PANCIT
    tq datang melawat sini

  • TAYAR PANCIT 20 February 2011 at 7:24 PM
  • Miss Secreto De Amor 20 February 2011 at 6:04 PM

    igtkan betul2 nak tinggalkan blog nih . . hahaha . pe la awk ni . .wa . .CHERATING "?? best tak ??

  • Hazmin 20 February 2011 at 4:45 PM

    @kamarudin2u
    ok der..tq

  • kamarudin2u 20 February 2011 at 4:41 PM

    cherating dah dekat ngan kg aku…selamat berkursus der

  • Hazmin 20 February 2011 at 4:38 PM

    @Miss Anis
    Suspen tu wajib ada dlam berblog ni.
    Tq :)

  • Miss Anis 20 February 2011 at 4:34 PM

    hahaha…igtkn nk tgl btOl2….wt suspen jew…..huhu
    all the best

  • Hazmin 20 February 2011 at 4:17 PM

    @OKEdChokelaT
    hehehe…tp lama tau xleh ngadap blog.
    sedih betul…

  • OKEdChokelaT 20 February 2011 at 4:11 PM

    isk2…bikin gempar..haha..slamar berkursus…cherating bestttt..

Trackbacks
  • 50 Blog Yang Terbaik Untuk Dikunjungi | kakiblog.my 17 May 2013 at 11:39 AM

    [...] HAZMIN HAMUDIN [...]