Semak Keputusan UPSR 2011 Melalui SMS dan Online

by Hazmin Hamudin on 16 November 2011

in Pendidikan

Keputusan rasmi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 akan dikeluarkan pada 17 November 2011 iaitu hari Khamis esok. Seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR 2011 pula akan diumumkan di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi esok oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y. Bhg Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud.

Semak Keputusan UPSR 2011 Melalu SMSSelain mendapatkan keputusan daripada sekolah masing-masing, calon pelajar UPSR boleh menyemak keputusan UPSR 2011 melalui SMS bermula 17 November 2011 mulai pukul 10 pagi menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November. Anda hanya perlu menaip UPSR[jarak]AngkaGiliran dan SMS ke 15888. Contoh seperti gambar diatas.

Untuk semakan secara online, pelajar boleh menyemak keputusan UPSR melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Di harap semua pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan seperti mana yang diharapkan. Bagi yang gagal pula, jangan putus asa kerana jalan masih lagi jauh dan peluang untuk bangkit masih lagi ada.

Incoming search terms:

  • semak upsr
  • saps keputusan percubaan spm 2012
  • keputusan upkk 2010 melaka
  • semak keputusan upsr 2010 melaka
  • semak upsr 2010
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • beila 17 November 2011 at 11:01 AM

    nape sistem SAPS tkde result UPSR ?
    ade percubaan je ..
    msg plk tkde respons ..

  • titan 17 November 2011 at 9:25 AM

    ok. mari semak kul 10 nanti. hehe..

    • Hazmin Hamudin 17 November 2011 at 9:52 AM

      Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang bro. hahaha…

Previous post:

Next post: