Semakan Keputusan Muet Mac 2012 Secara Online Dan SMS

by Hazmin Hamudin on 24 April 2012

in Pendidikan

Keputusan Malaysian University English Test (Muet) sesi Mac 2012 akan dikeluarkan Khamis ini (26 April 2012). Demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi tempat mereka mendaftar mulai jam 10 pagi, manakala calon persendirian memperolehnya melalui pos.

MUET

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2011 SECARA ONLINE DAN SMS

1. Menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan menghantarnya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam Khamis ini (26 April 2012).

Contoh: MUET RESULT <jarak> Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888

2. Portal Online Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian (online) dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai jam 9 pagi pada tarikh berkenaan.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 3 Mei 2012.

Incoming search terms:

  • muet result march 2012
  • keputusan muet march 2012
  • result muet march 2012
  • semakan keputusan muet march 2012
  • check muet result march 2012 online
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • titan 26 April 2012 at 6:32 PM

    aku dapat band 2 aje..tak terer.

    • Hazmin Hamudin 27 April 2012 at 8:37 PM

      Ok la tu bro.. Daripada takda band langsung… Aku nasib la dapat band 3 walaupun tak prepare apa..

  • yas 25 April 2012 at 1:16 AM

    Pasti ramai yang berdebar2 ni nanti…:)

    • Hazmin Hamudin 25 April 2012 at 10:21 AM

      Tapi rasanya lagi berdebar masa nak ambik keputusan SPM kan.

  • cik tom 25 April 2012 at 12:09 AM

    dulu result amik sendiri..koyak kertas baru tau resultnya..hehe..
    gdluck pd calon muet yg nk cek rslt!

    • Hazmin Hamudin 25 April 2012 at 10:22 AM

      Baru puas hati macam ni kan. Kalau result teruk boleh terus buang kertas tu. Hehe..

  • madammondoq 24 April 2012 at 2:42 PM

    teringat pulak zaman ambik muet di kolej dulu.. huhu…

    • Hazmin Hamudin 24 April 2012 at 10:31 PM

      Hehe.. Time tu semua berdebar nak dapatkan band 3.

  • Jebeng Otaiā„¢ 24 April 2012 at 10:24 AM

    mmg sng..kan bgus dulu ade semak camni..huhu

    • Hazmin Hamudin 24 April 2012 at 10:30 PM

      Tu la.. sekarang main SMS dngn online je. Tapi tak feel la. Pegi ambik sendiri baru best.

Previous post:

Next post: