Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Citrawarna Malaysia 2012

by Hazmin Hamudin on 17 May 2012

in Berita

Jalan Ditutup

Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Citrawarna Malaysia 2012. Berikut adalah senarai beberapa jalan-jalan di sekitar ibu negara yang akan di tutup pada 19 Mei 2012 (Sabtu) sempena perarakan Citrawarna Malaysia 2012. Tahun ini merupakan tahun ke-14 acara Citrawarna 1Malaysia 2012 diadakan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, jalan akan ditutup pada hari Jumaat mulai pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Manakala semasa acara Citrawarna, jalan ditutup mulai pukul 4 petang hingga 1 pagi. Acara dimulakan pada pukul 8 malam.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Jalan ditutup sempena perarakan Citrawarna Malaysia 2012

  1. Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin)
  2. Jalan Raja
  3. Jalan Mahkamah Persekutuan
  4. Persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi
  5. Persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak
  6. Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak)
  7. Jalan Raja Laut
  8. Jalan Isfahan
  9. Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi
  10. Persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah
  11. Jalan Tuanku Abdul Rahman
  12. dan kawasan Dataran Merdeka.

 

Incoming search terms:

  • citrawarna malaysia 2012
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • akubiomed 18 May 2012 at 3:31 PM

    Inilah peluang pelancong luar negara yang berada di negara ini untuk menonton budaya majmuk di Malaysia.

Previous post:

Next post: