Senarai Telefon Pintar 3G Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200. Sebelum ni aku ada menyatakan belia boleh membeli telefon pintar dengan rebat RM200 yang dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500 dan ke bawah dalam entri Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013, kini pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini.
Senarai Telefon Pintar 3G dibawah RM500
- Alcatel 993D
- Alcatel OneTouch Glory 2
- Alcatel OneTouch Inspire 2
- The Buzz Phone
- HTC Wildfire
- Huawei Ideos X3
- LG Optimus L3
- Ninetology Black Pearl II
- Ninetology Palette
- Nokia 2730
- Nokia 7230
- Nokia Asha 305
- Nokia Asha 308
- Nokia Asha 311
- Nokia C2-03
- Nokia Lumia 610
- Samsung Galaxy Chat
- Samsung Galaxy Mini
- Samsung Galaxy Pocket
- Samsung Galaxy Y
- Sony Xperia Tipo
- ZTE Acqua
- ZTE V790
Senarai telefon berikut (dikemaskini pada 26 Dec 2012) merupakan telefon awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa menurut SKMM.
Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkan telefon dengan kerjasama pengedar rasmi. Kalau nak beli boleh la cari kedai yang memaparkan banner khas pada kedai mereka. Mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.
Amacam, ada tak telefon yang berjaya menambat hati korang semua? Aku tetap dengan pendirian aku tak setuju dengan syarat harga bawah RM500 tu. Kalau betul ikhlas nak bagi, just bagi jela rebat RM200 tu. Kalau yang sebelum ni bermimpi nak beli iPhone 5 ataupun Samsung S3, silalah buang jauh-jauh mimpi korang tu ya. Pilih jela telefon yang telah disenaraikan tu.
Sumber: SKMM
Samsung Galaxy Mini skg RM350,tolak rebat hanya perlu bayar RM150.Murah tu…
memang harapan untuk iphone5 terlepas la jawabnya untuk dapat rebat hihihi
Harapan telah terbuka kembali bro. Hehe
Dah terlajak umur… 🙂
Terlepas la peluang nampaknya. Hehe
nasib baik dah umur dah meningkat, kalau tak dah apply
Aiseymen…below Rm500??????????? sangat tak logik….tu la memang telefon nak beli tu takde dalam list..ermmmmmm~
hm… mungkin tak kena dengan citarasa anak muda sekarang… alahai… kalau dpt rebat beras atau petrol kan bagus… hm…
ramai yg frush sbb ada yg berangan nak ambil Note 2.. heheheh
Smartphone ni semua pastinya koman2 pun lulusan diploma ni 😀 Smart lah katakan…
macam tak setuju gak bawah 500, kot bawah 100 tu de gak la lebih pilihan. tapi utk yg kurang mampu, mmg sesuai sgt2. cuma target, tak kena kot. de ke belia nak pakai tepon yg disenaraikan tu? ada, tapi tak ramai kot, sbb ramai dah aim S3 atau iphone5. huhu. baru je nak berangan…. hahaa
memang banyak kejutan, ekekee
Ingatkan telefon pintar yang macam iPhone, S2 S3 rupanya jenama ni… heheee 😀
pandai pm bergurau dengan rakyatnya. hahahahaha
Pasti ramai yg kecewa…hihi..
p.s.ada loik jugak kata pengarah straterik pkr…keh3
semoleknya bagi je rebet rm200
ikut suka pengguna/pembeli nak pilih apa model dan apa harga sekali pun
macam ni nampag gaya nak habiskan stok je ni
haha.. tak beli rugi x guna rebet.. beli pun takut rugi sebab spec tak tepati citarasa… :p
Saya lebih suka jika diberi rebat beras atau rebat petrol….
assalamualaikum….lama tak dtg sini…rebut peluang kecuali yg terlarang…
Sebagai orang yang pernah tinggal di luar negara saya merasa bersyukur dengan kata lain kerajaan memberi jalan pada orang yang kurang memiliki kemampuan atau berpendapatan rendah.
Siapa yang layak tu cepat2 la ambik peluang yang ada tu kan bro..
Jujurnya, saya langsung tak bersetuju dgn pemberian rebet ini. Saya tak mahu ulas di sini, sebab nanti meleret leret jadi isu politik.
Kalau difikirkan secara logik, baik duit tu diberi kepada org yang betul2 susahkan doc. Peruntukan 300 juta tu bukan sikit.
nk grab jugak !
Sila grab cepat nanti. Hehe..