Filem Ombak Rindu akan ditayangkan pada 1 Disember 2011, lakonan Aaron Aziz , Maya Karin, Bront Palarae dan Lisa Surihani. Untuk pengetahuan korang, filem Ombak Rindu ini diadaptasi dari novel Ombak Rindu keluaran Alaf 21, karya Fauziah Ashaari. Akhirnya, setelah sekian lama menanti, filem Ombak Rindu bakal ditayangkan dan akan menemui peminatnya tidak lama lagi. Harap-harap, filem ini dapat la menepati citarasa seperti mana ianya dinovelkan.
Berikut merupakan Sinopsis Filem Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Ombak Rindu 2011 Official Trailer
Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.
Selain itu juga, filem Ombak Rindu ini turut diperhebatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang pastinya menyentuh hati penonton. Lagu tema filem berkenaan berjudul ‘Ombak Rinduku’, yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira.
OST Ombak Rindu – Hafiz & Adira
httpv://www.youtube.com/watch?v=TnAsLuyP8MU&feature=player_embedded
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
dah g tgk ke? best x?
belum tengok lagi..plan nak tgk weekend ni.. 🙂
Mesti tangkap lentokla klo baca…heehee tapi kalau malas layanje kat panggung!
dengar mcm tebal je novel dia.. layan kat panggung je la..
Kalau ikotkan novelnya memang best!!!Ramai2la ke panggung ye 1 Disember…
tak pernah baca pun novel ombak rindu ni… nak try tgk jgk la…
Filem Ombak Rindu ini mendapat liputan meluas. Harap filem ini mencetus fenomena kerana ia adalah adaptasi dari novel.
harapnya mcm tu la.. dah macam satu fenomena plak filem ni kan