Baru aku berkesempatan untuk membuat entri Statistik hazminhamudin.com Bulan Disember 2012 yang lepas. Terasa malas pulak sejak kebelakangan ni. Sepatutnya tahun baru 2013, semangatpun kena baru juga. Entri statistik blog ni antara entri yang wajib untuk aku kemaskini setiap awal bulan. Kalau ada statistik baru boleh tahu jatuh bangunnya blog aku ni.
Seperti biasa, statistik blog aku ni diambil daripada Google Analytics. Rasanya majoriti blogger biasa dengan statistik Google Analytic ni kan untuk mengetahui jumlah trafik blog masing-masing. Untuk bulan Disember 2012, jumlah trafik blog aku meningkat sebanyak 34,588 visits. Peningkatan sebanyak 14.73% daripada bulan sebelumnya. Ini semua adalah disebabkan permainan SEO Live Streaming di entri INI dan INI. Bulan Januari 2013 ni aku menjangkakan trafik blog aku ni akan menurun disebabkan tiadanya entri SEO yang akan aku buat.
Aku nak ulas panjang-panjang berkenaan statistik dan graf ni pun tak berapa pandai. Kalau diperhatikan, bounce rate blog aku bukanlah berada pada tahap yang baik iaitu sebanyak 64.30%. Apa yang aku tahu, bounce rate yang terbaik adalah yang berada di antara 40% – 60%. Kalau lagi rendah bounce rate sesebuah blog tu lagi bagus.
Gambar di atas ni adalah graf pecahan trafik berdasarkan Search Traffic, Referral Traffic, Direct Traffic dan juga Campaigns yang aku buat perbandingan graf untuk bulan November 2012 dan Disember 2012.
Pecahan trafik ke blog ini adalah seperti berikut:
Search Traffic – 68.86% / 23,817 Visits
Referral Traffic – 11.20% / 3,874 Visits
Direct Traffic – 8.30% / 2,870 Visits
Campaigns – 11.64% / 4,027 Visits
Dengan mengetahui statistik blog aku ni, aku akan cuba lagi untuk mempertingkatkan prestasi blog aku ni. Korang juga bolehlah berikan komen, nasihat atau tip yang berguna untuk aku perbaiki lagi mana yang perlu. Rajin-rajinlah tinggalkan komen ya. Hehe.. Harapannya agar tahun 2013 ni memberikan pencapaian yang lagi baik terutamanya dari segi trafik dan juga Alexa rank yang aku sasarkan.
betul tu.. bila tengok statistik.. kita lebih bersemangat meningkatkan prestasi blog kita.. mmg mantap blog bro..
Dah cukup mantap .. cuma kena maintain rajin je..
Bab maintain tu memang susah. Penyakit malas selalu sangat singgah. Hehe
dah mantap dah nie…bounce rate tu memang baik lah berbanding dengan statistik aku ni…
ramai tu yang visit…. 🙂
ok la tu.. hana ni merudum jatuh
Tahniah..motivasi bagi blog baru mcm aku
Rajinnya 😀 nad tak pernah :/
tlong traffik bolat pulak ! haha
Dah berkurun aku tak check statistic blog aku..maklumlah blog pun dah bersawang huh..keh keh keh
hebatnya. dan return visitor 3000+ sebulan. pak cik kayo!
nice bro..puas hati tengok stats macam tu
statistik yang mengagumkan…keep it up bro…:)
bounce rate tak fahamlah…
semoga berjaya bro..
teruskan usaha anda…
fuhh..banyak juga tu..bolehlah kongsi tips sikit. hehe..
hai bro,
Semoga tahun baru 2013 akan menjadikan tahun yang bersejarah buat awak, mudah-mudahan blog ini terus sukses. Tahun ini saya juga ingin memberikan fokus yang lebih kepada pengisian blog donnyien dot com.
wah.. tingginya trafik.. teringin nak dpt trafik tinggi macam ni juga.. 🙂
blog bro nmpk kemas jer, good
mcm tak boleh lawan je statistik tu.
dah la pemalas nak update.haha
Serius hebat gile…. jeles plak rase..hehehe
Purata 1k unik visitor sehari, fuhhhhh, hebat
tahniah bro..semoga 2013 makin hebat bro 🙂
Tahniah bro..memang mantap ni..saya je yang masih terkial-kial lagi..
hebat jugak blog bro…..
masta seo . pehh pehh
good luck ..semuga tertunailah hasrat di hati tu yer
wah, banyak tu, bro
harap2 tahun ni aku dapat kejar
hehe
Wahhh… tahniah. Banyak juga traffic…
tahniah brother.. Selamat tahun baru 2013
Pergh!
Terbaik punya visitor..
Lama tak tgk aku punya sendiri.. He he..
wah… banyak juga visits untuk nov-dec… tahniah… ^_^
dkna pon sama macam boni..tak tau macam mana nak check statistik blog sendiri 🙁
Wah seronok bila dapat buat statistik untuk blog, ramai jugak visitor, maklumlah blog saya baru nak bernafas, harap dapat la ramai visitor nnt. InsyaAllah 😀
sampai sekarang den tak tau macam mana nak check stats blog kat google analytic ni..
Bro dah daftar dekat google analytic ke belum? Macam-macam boleh check dekat situ.
Satu langkah yang baik. Perkongsian yang penuh bermaklumat. saya pun jarang analisa statistik google analytics
Biasa-biasa je ni bro. Saja nak kongsi statistik blog ni. Mana tau ada input yang baik dari blogger lain kan
Banyak yang dipelajari dari entry ni 🙂
Bagus la kalau dapat manfaat.. Benda baik kena kongsikan. Hehe
Kawe tak berapa pandai main SEO. Cuma yg kawe tahu utk maintain good traffic tanpa penat2 berkempen sgt ialah cuba menulis artikel yg boleh beri menafaat kepada pembaca. Something yg pengguna2 internet cuba cari setiap hari. Normally tips dan tutorial punyai nilai carian yg tinggi setiap hari tetapi competition nya agak tinggi. Oleh itu, cuba uat keyword research bagi menulis artikel yg sama pada keyword yg competition nya rendah ckit. IMO… 😀 tu jer yg kawe paham ckit2 adehhh…
Cuma kawe pon bila menulis syok sendiri gak.. payah nak tulis kalau pikir psl traffic. Tak natural ehhh. Kekok.
Tips yang bagus jugak ni bro. Aku pun tulis ikut syok sendiri je ni. Tak tahu nak merapu apa. Hehe
Majoriti visitor memang dari search engine tu, memang power lah SEO. 🙂
Takda la power bro. Biasa je. Trafik tak banyak mana pun.
Tersangat hebat tu….semoga meningkat lagi di masa depan….apapun, tahniah!!!
Melangkah tahun baru kena dengan semangat baru.
Semangat baru tu yang penting tu.
Memang terbaik…semoga pencapaian akan meningkat lagi di masa depan…
UV mmg mantop bro! BR tu boleh tahan terbaik jugaklah..
tahniah bro..moga makin rajin tahun baru ni…lepas ni, boleh apply innity plak =)
Jauh lagi nak apply innity. Macam tak layak je. BR tu pun masih lagi tinggi tu. Tak tau dah nak turunkan macam mana.
bounce rate tinggi tu. haha..takpe. kira terrar gak nih..
Tu la pasal bro. Ada tip tak nak turunkan bounce rate tu. Hehe
hehe…mmg kata org, nilai ni mmg tinggi…tp camne nak turunkan ek…blog ambe lagilah tinggi…hihihi
aku lagi laa tak reti sgt nak baca stat or sal SEO nie..tapi memang ade certain-certain time tu nafsu nak berblogging kurang..maybe sbb ade komitmen kat tempat lain kot..hehhe
Regards,
-Strider-
time2 kurang tu, ambe selalu jenguk blog member2…cari sumber motivasi =)
contohnya cam entri ni…UV tinggi tu…terbaiklah!
Macam tu jugak la tu. Nafsu nak blogging ni time jatuh memang malas betul nak berblogging. Dengan kerja lain lagi kan.
tahniah..tinggi trafiknya…
Tinggi ke ibu? Biasa je lagi tu. Hehe
ni dah kira okaylah ni, semoga lebih maju lagi
Masih lagi turun naik tu bro.. Belum maintain lagi. Hehe