• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Sukan / Suasana Sekitar Piala Sultan Selangor 2012

Suasana Sekitar Piala Sultan Selangor 2012

By Hazmin Hamudin | 30 September 2012 | 16 Comments

Piala Sultan Selangor 2012 1

Malam semalam sempat la aku membuang masa pergi ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan Piala Sultan Selangor 2012 (The Sultan of Selangor’s Cup 2012). Memang tiap-tiap tahun tak pernah lepaskan peluang pergi menyaksikan Piala Sultan Selangor ni. Tak tahu kenapa selalunya Piala Sultan Selangor ni kehadiran penonton memang agak ramai berbanding perlawanan Selangor yang lain. Mungkin kerana tiket percuma? Hehe..

Meh aku cerita sikit mengenai Piala Sultan Selangor ni. Sebenarnya Pasukan Bola Sepak Selangor mempunyai sejarah dengan pasukan dari Singapura ini. Mereka adalah musuh ketat dalam sukan bola sepak suatu ketika dahulu. Kedatangan pasukan Singapura ke Malaysia sentiasa akan membawa nostalgia yang tersendiri.

Piala Sultan Selangor 2012 2

Bukan sahaja musuh ketat untuk pasukan Malaysia, tetapi Singapura juga adalah musuh ketat untuk pasukan Selangor sendiri. Sejarah antara mereka sungguh besar sehinggakan Sultan Selangor mengadakan Pertandingan “Piala Sultan Selangor” yang nemampilkan pasukan Selangor dan Singapura. Pertemuan antara Veteran Selangor dan Veteran Singapura juga diadakan sebelum pertandingan itu bermula.

Piala Sultan Selangor 2012 3

Nampaknya semalam keputusan tidak berpihak kepada pasukan Veteren Selangor apabila tumpas di tangan Veteren Singapura dengan jaringan 2 -1. Gol Veteren Singapuran telah dijaringkan oleh Steven Tan dan juga Fandi Ahmad manakala gol saguhati untuk pasukan Veteren Selangor dijaringkan oleh Zainal Abidin Hassan.

Piala Sultan Selangor 2012 4

Semasa perlawanan berhenti rehat, para penonton telah dihidangkan dengan persembahan daripada dua penyanyi tersohor tanahair iaitu Awie dan Ziana Zain. Kedua-duanya telah menampilkan persembahan yang begitu bertenaga sebagai tanda sokongan kepada pasukan Selangor. Turut terlibat adalah persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah dengan pakaian yang berwarna warni.

Piala Sultan Selangor 2012 5

Suasana yang sudah sememangnya hangat dengan sorakan padu daripada penyokong pasukan Selangor ditambahkan lagi dengan sokongan hebat daripada kumpulan Ultras Selangor ataupun UltraSel. Siap main-main asap lagi. Memang hebat diorang ni.

Piala Sultan Selangor 2012 6

Lautan penyokong pasukan merah kuning yang membanjiri Stadium Shah Alam malam tadi memang begitu bersemangat dengan sorakan yang tidak henti-henti sehingga tamat perlawanan. Buat ombak tu dah memang perkara wajib la kan bila dah berada di stadium ni. Baru semangat sikit.

Piala Sultan Selangor 2012 7

Kekalahan pasukan Veteren Selangor kepada Veteren Singapura nampaknya berjaya ditebus oleh pasukan Pilihan Selangor apabila berjaya menjinakkan Pilihan Singapura dengan jaringan 3 – 1. Kali terakhir Selangor memenangi piala ini ini ialah pada tahun 2008. Daripada 10 pertemuan menentang Singapura sebelum ini Selangor mencatatkan 4 kali kemenangan, 5 kali kekalahan serta sekali juara bersama. Memang tak sia-sia aku datang Stadium malam tadi menyaksikan perlawanan ni.

Keputusan Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 29 September 2012

Veteran Selangor vs Veteran Singapura

Day
Date
Team
Skor
Team
Sat
29/9
Veteran Selangor
1 – 2
Veteran Singapura


Penjaring gol:

– Steven Tan (SIN) 10″
– Zainal Abidin Hassan (SEL) 14″
– Fandi Ahmad (SIN) 37″

Pilihan Selangor vs Pilihan Singapura

Day
Date
Team
Skor
Team
Sat
29/9
Selangor
3 – 1
Singapura XII

Penjaring gol: 

– Aleksandar Duric (SIN) 22″
– Safiq Rahim (SEL) 31″
– Bosko Balaban (SEL) 55″
– Rozaimi Rahman (SEL) 89″
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • hafizmd 16 October 2012 at 9:33 PM

    Mmg feel tgk kat stadium cukup berbeza! Bestnye…

    Singapura mmg musuh tradisi Malaysia@Selangor…tu yg aku gembira bebenor bila pasukan pilihan menang…hohohoho

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 11:06 PM

      Kalau ada masa memang seronok tengok dekat Stadium. Lain sangat suasana dia.

      Reply
  • padin 1 October 2012 at 7:32 PM

    wohaaa mmg best gi stadium tmbh plak ramai penyokong..
    mmg dah lama stadium tu tak penuh macam 2005..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:58 PM

      Tu la bro.. Kalau Selangor dapat masuk separah akhir Piala Malaysia, ada harapan stadium penuh lagi ni.

      Reply
      • padin 1 October 2012 at 10:02 PM

        hehee kalau masuk final, insyaAllah aku gi..
        jenuh nak ngulang dari JB..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 10:20 PM

          Kalau pergi final nanti boleh la jumpa bro. Jauh jgk tu datang dari JB.

          Reply
  • eliss 1 October 2012 at 1:58 PM

    patutlah jam malam tu menghala ke stadium..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 2:11 PM

      Inilah puncanya.. Hehe… Ala.. Bukan selalu Stadium Shah Alam nak meriah macam tu.

      Reply
  • tehr 1 October 2012 at 1:41 AM

    walau pun aku orang luar
    tapi aku juga suka perlawanan selangor dengan singapura ni
    bermain untuk berhibur dan pastinya tiada aksi kasar dalam padang

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:39 AM

      Memang seronok tengok perlawanan macam ni. Bukan senang nak penuhkan stadium macam ni dan juga berhibur untuk menonton bola.

      Reply
  • akubiomed 1 October 2012 at 1:10 AM

    Saya lebih suka menonton veteran Selangor vs veteran Singapura bermain. Skill masing-masing masih lagi berbisa walaupun tidak se lincah ketika muda dahulu tetap menghiburkan. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:38 AM

      Tapi tu la, permainan mereka cuma 20 minit untuk setiap separuh masa. Gaya memang menghiburkan.

      Reply
  • eszairy 30 September 2012 at 11:13 PM

    Tahniah Selangor

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:38 AM

      Nasib pilihan Selangor menang. Hehe

      Reply
  • Mohd Khairi 30 September 2012 at 8:23 PM

    wahh awie ngan ziana zain! mst nyanyi lagu Senja Nan Merah~~ wuuu… Johor ngn Singapore pun musuh jugak tp entah bile Johor FA nk lawan SIngapore haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:37 AM

      Harapnay diorang berduet, tap takda pulak.. Dorang nyanyi lagu sendiri-sendiri je. Hehe..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Kad Kahwin Chef Riz dan Ana Dahlia

By Hazmin Hamudin

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari

By Hazmin Hamudin

Kesan SEO Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki

By Hazmin Hamudin

Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Citrawarna Malaysia 2012

By Hazmin Hamudin

10 Maksiat Batin

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in