Tablet 1Malaysia Pad Telah Dilancarkan. Selaras dengan arus kemajuan teknologi yang berkembang pesat, MalTechPro Sdn Bhd telah memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali 1Malaysia Pad yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Menariknya menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
Dari segi rekabentuk, tablet 1Malaysia Pad kelihatan sebagai salah satu produk tablet daripada China, yang hanya dijenamakan semula dengan nama 1Malaysia Pad. Ia mempunyai spesifikasi skrin sentuh seluas 7-inci, kamera 3.0-megapixel dibahagian belakang, kamera 0.3-megapixel dibahagian hadapan, bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH, ruangan kad mikro-SD sehingga 32GB dan juga dijana menggunakan sistem operasi Android Gingerbread.
Bagi pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.
Baik pilih yang lain… Belum ada testimoni positif 🙂
buh lah nama lain .. semua nak 1 malaysia
tamoo tamooooo tak best hahahahahahaaaa
Harganya masih mahal dan lebih baik ambil yang ada jenama.
rasanya ok kot..kalo tab 7.0 lebih mahal ag..