Semua orang tahu bahawa buah-buahan baik untuk untuk kesihatan, namun tidak ramai yang menyedari ia juga boleh menaikkan mood dan menyemarakkan perasaan kasih sayang. Menurut pakar diet tempatan, Indra Balaratnam, sesetengah buah-buahan boleh menghidupkan imaginasi dan menyemarakkan keintiman.