Tahniah Dato’ Lee Chong Wei

by Hazmin Hamudin on 5 August 2012

in Sukan

Dato' Lee Chong Wei 1

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Lee Chong Wei kerana telah memberikan pingat perak kepada kontigen Malaysia. Anda berhempas pulas mempamerkan aksi yang terbaik di Olimpik 2012 kali ni walaupun telah tewas kepada musuh tradisi, Lin Dan. Tak kisahlah kalah sekalipun pada malam ini, tapi serius aku begitu terharu dengan sikap Lee Chong Wei dan sememangnya beliau layak jika dijulang sebagai wira negara. Mana nak dapat pemain macam Lee Chong Wei ni lagi dalam skuad badminton Negara kita. Memang nampak gayanya takda lah pelapis pemain negara yang setaraf beliau buat masa ni.

Apapun, Dato’ Lee Chong Wei tetap juara di hati semua rakyat Malaysia. Tanpa mengira bangsa, tanpa mengira umur, seluruh rakyat Malaysia telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada anda. Bukan pingat emas yang dicari, bukan aiskrim Baskin Robin yang ditagih, tetapi semangat juang anda yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia menjulang anda sebagai wira Negara pada malam ini.

Dato' Lee Chong Wei 2

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei yang telah berjuang untuk Malaysia. Ini adalah Olimpik yang terakhir untuk anda sebelum bersara. Anda juga telah memberikan pingat yang pertama untuk kontigen Malaysia. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi selepas ini.

Incoming search terms:

  • lee chong wei
  • sikap lee chong wei
  • dato lee
  • sikap rajin lee chong wei
  • sikap lee chong wei yang dipilih
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • titan 15 August 2012 at 5:49 PM

    sedih campur bangga.

  • muazfaris 12 August 2012 at 3:19 PM

    tahniah juga diucapkan.
    muazfaris recently posted..Sejak bila saya daftar BaitulMuslim.com?

  • Mak lagenda 9 August 2012 at 10:21 AM

    Emas atau perak,bukan itu penentu sokongan rakyat terhadapnya. Yg penting, dia bermain utk negara kita.

  • Jebeng Otai™ 6 August 2012 at 10:35 PM

    xperlu politikkan isu sperti mana ahli politik murahan yg semua org knl..semngt lcw harus diteladani..
    Jebeng Otai™ recently posted..Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012 – 6 Ogos

  • akubiomed 6 August 2012 at 1:51 AM

    Tanniah kepada Datok Lee Chong Wei menyumbang pingat perak pertama untuk negara di sukan Olimpik London 2012.
    akubiomed recently posted..Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan

Previous post:

Next post: