Semenjak tak berapa nak aktif berblog ni, memang semua benda pasal blog aku dah tak ambik tahu. Tak kira la Nuffnang, Alexa rank, trafik dan segala bagai berkaitan blog memang aku dah tak ambik peduli dah. Tah semangat rimba bara mana yang meresap dalam badan ni buat aku semangat nak kemaskini balik blog ni. Nampak tak betapa malasnya aku nak kemaskini blog ni. Haha.
Siapa cakap tulis blog ni senang sila angkat tangan. Meh aku sekeh sorang-sorang. Siapa cakap senang? Nak tulis mula-mula tu memang senang. Tapi nak kekalkan momentum supaya berterusan menulis blog tu yang susah. Nak fikir idea untuk menulis tu pun lagi satu hal punya susah. Itupun senang-senang blogger lain datang curi entri dan copy bulat-bulat dekat blog mereka. Dasar pencuri betul blogger yang macam tu.
Hari ni tiba-tiba tergerak hati pulak nak buat lawatan ke website Nuffnang setelah berbulan aku tak melawat. Akupun sama je macam korang jugak benda pertama mesti check earning dekat website Nuffnang tu. Lepas klik aku terus terpampan (ayat nak Dewan Bahasa sangatkan haha) kejap. Tu dia sekali lima CPUV singgah dekat blog aku. Semua tengah On Going lagi tu. Tapi dengan trafik aku yang ciput ni mana mungkin memberikan hasil berjuta ringgit.
Tak sangka pulak dalam kemalasan aku mengemaskini blog ni, rajin pulak CPUV datang menyinggah. Aku pun tak pandai sangat bab CPUV ni. Tengok ada lima semua untuk bulan Jun dan Julai tapi macam ada kempen yang sama. Tak tahu la jumlah empat atau lima kempen sebenarnyani. Hehe. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasihlah kepada Nuffnang sebab sudi bagi aku CPUV yang tak seberapa ni. Jadilah daripada takda langsungkan. Dapat jugak merasa orang kata.
Wahh.. Tahniah…banyak jugak CPUV tu.
p/s: Selamat Hari Raya Min
wow bestnya senang cpuv datang menyinggah. tahniah
wow banyak nya yang menari – nari dekat sini
Tahniah.. Sebab dapat 5 CPUV run dalam satu masa.. Semoga boleh dapat lebih banyak duit raya daripada Nuffnang pada kali ni.. π
yea, bukan senang nak menulis entri..kena perah juga ideanya…apapun tahniah.
Teringat lagi dulu-dulu 3-4 tahun lepas gigih nak jadi blogger. Kononnya nak jadi blogger berjayalah. study lah macam mana nak buat website, duk pacak iklan dari nuffnang lah, adverlets lah, and macam-macamlah. Tapi betul tu bro, nak jadi penulis blog ini bukanlah mudah, nak mula memang boleh tapi nak kekalkan momentum tu yang payah! hahaha!
Sepanjang aku jadi blogger ni aku jadi silent reader je. blogger tumbuh hilang berganti. Kalau blogger-blogger baru ini memang pada awal penulisan memang cantik dan rajin. tapi lama-lama update pun pendek-pendek je. Bak kata pepatah asal tangkap-muat je. Lebih kerjar populariti dari isi kandungan blog tu. Tu kadang-kadang orang tak faham yang ‘contest is king’ Tapi tak semua lah blogger macam tu kan. hehehe!
Now aku pun tulis mana aku rasa suka and rajin je. pacak satu iklan adsense (padahal takde income dari blog pun! ahaha) dan update blog 6 bulan sekali. hahaha!
btw, bro, selamat maju jaya sebagai blogger semoga success selalu.
jemput singgah blog ye. hahaa π
http://kaio.my
rezeki …masyukk laaa
Tahniah. banyak dapat tu.. Teruskan usaha lagi. π
masyukkkkkkkkk
Amboiii..bnyknya duit raya masyuk kat sini!! Alhamdulillah…
Takda la banyak mana mak. Tapi alhamdulillah la masih ada lagi sikit rezeki.
alhamdulillah..rezeki..
Terima kasih yui.
Dalam malas2 berblog pun rajin pula dia menyinggah. Saya pula sebaliknya, rajin macam mana pun menulis, cik Nuffnang jarang bertandang. Malang….
Bukan rezeki lagi tu bro JR. Hehe. Teruskan menulis inshaAllah ada ganjaran tu nanti.
tahniah wahh berderet deret tu π
Terima kasih kak. Hehe
Susah susah. takut kene sekeh hehe..betul nk kekal momentum tu payah..smgt dtg 2,3 hari je
Hehe. Takut kena sekeh ye? Harap semangat menulis kali ni lama la. Kalau tak memang ke laut la lagi.
NN lama dah aku ceraikan..ahaha..memang susah nak kekalkan momentum..time tengah rajin tu, kemain nak menulis memacam hal..:D
apa pun tahniah..:D
Terima kasih bro. Bro sekarang dah hebat dengan affiliate. Hehe
Hah…kira rezeki lah tu…..apa laei…open table aaaaaa
Haha.. Jangan kata open table, sekali dengan kerusi aku open.
bagus lah xpernah check pun haha
Check duit je kot kan? Hehe
banyak pula yang masih on going.. tahniah!. π
Terima kasih bro. Rezeki bulan Ramadan agaknya ni.
fuhh..dengki betul aku.
asyik dapat aje koranng ye..
Haha. Dengki betul aku duit affiliate ko asyik masuk tiap-tiap hari je.
rezeki tu hazmin…
kak pun nak jengok jugaklah. manalah tau..leh kumpul wat bayar hutang rumah. konon2 nak pencen awalkan, hihi
Itulah kak. Alhamdulillah dengan rezeki ni.
tu namanya rezeki ramadan
Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan.
yeay….boleh belanja lepas cash out nanti…yeay…bleh tuntut duit raya …banyaknya HH oii…SA semua dah credit..tinggal yang baru je…seketoiiii
Haha. Laju je bab belanja eh. Siap pakej nak duit raya sekali tu.
banyak tu tu CPUVnya..hehehe..jangan kata ko yang jarang online, aku yang online selalu (konon-konon ) pun kekadang terlepas CPUV tu..hehehehe
Regards,
-Strider-
Haha. Terlepas CPUV tapi duitnya tak terlepas takpa bro.
Alhamdulillah. BerderetΒ² tu. Tahniah. Rezeki dibulan ramadhan βΊ
Terima kasih π .
benda kalau ada ,,ada sangat kalau tak ada susah juga nak harap.terkadang buat kita terkejut eh dapat..hee..
Hehe. Terkejut dah ni dapat banyak pulak CPUV kali ni.
bestnya tak aktif pun dapat cpuv π
alhamdulillah
memang betui, nak dapat idea menulis tu bukan nya mudah
A’ah, nak dapat idea menulis dan maintain bukan perkara yang mudah. Nampak je macam mudahkan,
Tanniah banyak CPUV yang dapat.
Terima kasih bro. Itulah. Tak pernah-pernah dapat banyak macam ni.