Tangan Kanak-Kanak Tersepit Pada Mesin Permainan

Kerana tertarik dengan permainan yang terdapat di kedai-kedai runcit, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hanya mampu menangis dan menahan sakit selama setengah jam selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kedai Mulong. Memang tak dapat aku nak bayangkan kesakitan yang dialami oleh budak tersebut.

Budak Tersepit Jari 1

Semua ni terjadi gara-gara barang permainan yang dibeli oleh  Mohd Asyraf Mohd Huzaini tidak keluar dari mesin permainan tersebut selepas memasukkan duit syiling lalu menyebabkan  Mohd Asyraf memasukkan tangan kanannya di lubang mesin permainan tu.

Bagaimanapun, cubaannya mengeluarkan semula tangan gagal sehingga terpaksa ditenangkan ibunya, Rosnita Wahab, serta dibantu oleh anggota bomba. Kesian betul aku tengok bila dia terpaksak menanggung kesakitan begitu rupa.

Budak Tersepit Jari 2

Bapa Mohd Asyraf iaitu Huzaini Yahya terkejut apabila mendengar anaknya menangis ketika berada di kaunter pembayaran. Katanya, sebelum kejadian, dia memberikan anaknya syiling 50 sen selepas diminta kanak-kanak itu.

Bahaya jugak rupanya mesin permainan telur ni kan. Harap ibu bapa  dapat memantau keadaan anak-anak mereka semasa beli permainan dekat mesin permainan sebegini. Kanak-kanak usia macam tu sememangnya panjang akal sikit. Bila permainan tu tak keluar, mulalah tangan tu gatal nak masuk dalam lubang mesin tu. Harap takda la jadi lagi dekat kanak-kanak lain pulak.

Sumber: myMetro

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • akubiomed 19 April 2012 at 8:56 AM

    Permainan telur sangat popular di kalangan kanak-kanak.

    • Hazmin Hamudin 19 April 2012 at 3:31 PM

      Tu la. Siapa yang tidak kenal mainan telur masa zaman kanak-kanak dulukan.