Bulan Ramadan semakin tiba ke penghujungnya. Sudah pastinya seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia bakal menyambut kedatangan Syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Bagi umat Islam di Malaysia perayaan Hari raya Aidilfitri pasti akan disambut dengan meriahnya.
Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan sebanyak 30 tempat telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Tempat – Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2011
Johor
Pontian Kecil
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara
Negeri Sembilan
Teluk Kemang, Port Dickson
Selangor
Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor
Perak
Pantai Pasir Panjang, Manjong
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Langkawi
Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah
Kedah
Menara Alor Setar
Terengganu
Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu
Kelantan
Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu
Pahang
Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan
Perlis
Kuala Sungai Baru
Kualau Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Sarawak
Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu
Sabah
Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah
rasanya selasa ni raya..x sabar nak pulang ke kampung besok…yeyyy…
sudah semestinya selasa raya…malaysia mesti ikut kelander punya..
wah..esok dah nak balik kampung…best2…
esk dan lusa masih di ofis…memang bosan..