• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Tazkirah Jumaat | Allah Sentiasa Bersama Kita

Tazkirah Jumaat | Allah Sentiasa Bersama Kita

By Hazmin Hamudin | 7 December 2012 | 23 Comments

Allah Sentiasa Bersama Kita

Tazkirah Jumaat | Allah Sentiasa Bersama Kita. Apabila kita duduk bersendirian dan memikirkan nasib diri kita, kita kadang-kadang merasakan diri kita ini sangatlah hina dan kurang mendapat rahmat dari Ilahi. Tapi kita sering lupa yang rahmat Allah itu sudah melangit tinggi sejak lahirnya kita ke muka bumi ini. Allah tak pernah menjanjikan hidup ini mudah, tapi Dia berjanji akan sentiasa berada bersama kita ketika susah dan senang.

Sebenarnya setiap kali kita didatangi masalah, itu bermakna Allah S.W.T sayangkan kita. Dia hadirkan dugaan demi dugaan untuk kita mendapat tempat yang paling hampir denganNya. Kita mungkin tak sedar, bahawa Dia mahu kita menjadi seorang hamba yang tabah dan sabar setiap kali Dia berikan pelbagai ujian dalam hidup kita. Sakit, kematian, percintaan, kekeluargaan, persahabatan, persaudaraan,kebendaan dan kedudukan adalah bentuk ujian yang sering kita hadapi.

Allah menduga kita bukan kerana Dia mahu menyusahkan kita tetapi Dia ingin mengetuk hati kita yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar kita kembali lurus pada jalanNya. Tetapi kita langsung tak sedar setiap kali Dia beri apa yang kita tidak mahu, kita salahkan takdir. Kita seolah-olah menyalahkan Dia. Kadang-kadang kita merasakan diri kita terlalu lemah untuk harungi semua ujian yang diberikan. Namun apabila kita gunakan akal dan bukannya hati dalam menilai setiap ujian yang Dia bagi, inshaAllah kita pasti boleh harunginya walau sesukar manapun.

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat,
ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa,
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil,
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman,
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.

Hidup ini indah jika bersama ALLAH.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Ibu Mifzal Arsyad 9 December 2012 at 7:43 AM

    syukur dengan rahmat Allah SWT yang tidak terhingga.

    Reply
  • mawardiyunus 9 December 2012 at 2:48 AM

    KIta ada ALLAH.. Alhamdulillah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 December 2012 at 8:59 PM

      Allah sentiasa dengan kita..

      Reply
  • mie 9 December 2012 at 2:35 AM

    suka ayat last skali…
    HIDUP INI INDAH JIKA BERSAMA ALLAH

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 December 2012 at 8:59 PM

      Kalau kita tak lupakan Dia, Dia pun takkan lupakan kitakan.

      Reply
  • TehR 8 December 2012 at 10:50 PM

    sebaik-baik tempat untuk mengadu
    hati akan tenang bila berbicara/mengadu/berdoa kepadaNYA

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 December 2012 at 8:59 PM

      Betul tu bro TehR. Allah la sebaik-baik tempat untuk mengadu.

      Reply
  • jebateja 8 December 2012 at 6:22 PM

    Insaf den membacanya…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 December 2012 at 9:00 PM

      Bagus la tu kalau insaf. Jangan untuk seketika dah la. Hehe

      Reply
  • Norizwan 8 December 2012 at 6:13 PM

    saling beperingati sama-sama…dan juga sentiasa berpesan-pesan sama…setiap hari manusia memang selalu leka….

    Reply
  • Kak Zakie Purvit 8 December 2012 at 11:24 AM

    Nikmat allah tak terhitung. Bayangkan kalau Allah hentikan oksigen utk seketika bagaimana kita nak bernafas. Usahlah itu bayangkan kalau kita tak boleh buang air, tak boleh buang angin, tak boleh sendawa, tak boleh melihat ah….banyak sungguh tak terhitung oleh kita.

    Reply
  • ohcikgu 8 December 2012 at 12:40 AM

    hemm..manusia memang selalu leka..jadi sentiasalah berpesan-pesanan.

    Reply
  • miz ruha 7 December 2012 at 9:51 PM

    terima kasih untuk tazkirah ni… 🙂

    Reply
  • Nad 7 December 2012 at 8:53 PM

    Manusia sering terlupa dan leka akan nikmat yg dikurniakan oleh-Nya :/ Semoga hidup kita semua sentiasa dirahmati..

    Reply
  • zool 7 December 2012 at 5:00 PM

    secara jujurnya memang saya pun selalu rasa rendah diri dan hina.. tapi bila dipikirkan kembali.. selagi ada tangan, otak dan sempurna. itulah rahmat yang diberi.. kena tetap teruskan mencari kejayaan

    Reply
  • hairulafiz 7 December 2012 at 4:17 PM

    terima kasih kerana mengingatkan

    Reply
  • cik pija 7 December 2012 at 4:01 PM

    salam jumaat.. thanks for sharing tazkirah jumaat 😉

    Reply
  • gamep01nt 7 December 2012 at 2:44 PM

    Salam Jumaat sila pergi solat jumaat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2012 at 3:39 PM

      Dah balik dah solat jumaat

      Reply
  • CMRatu 7 December 2012 at 12:02 PM

    alhamdulillah.. 🙂 salam jumaat..

    Reply
  • jna 7 December 2012 at 9:56 AM

    salam jumaat awk 😉

    Reply
  • nur anis 7 December 2012 at 9:16 AM

    ALLAH segalanya..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2012 at 9:25 AM

      Betul tu. Allah segala-galanya.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Tinggal Sir Alex Ferguson

By Hazmin Hamudin

Era FM Muncul Sebagai Stesen Radio Nombor Satu Di Malaysia

By Hazmin Hamudin

Adik Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Video Filem Menghina Nabi Muhammad SAW Arahan Sam Bacile

By Hazmin Hamudin

Thaipusam | 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in