Tiada Had Harga Telefon Pintar Untuk Rebat RM200

Tiada Had Harga Telefon Pintar Rebat RM200

Kabinet memutuskan tiada had harga untuk rebat telefon pintar di bawah Pakej Komunikasi Belia. Berdasarkan tweet yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim (seperti yang ditunjukkan di atas), Kabinet telah bersetuju membenarkan belia yang layak berusia 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 untuk membeli mana-mana telefon pintar dengan rebat RM200 mulai bulan ini.

Walaupun butiran lengkap mengenai perkara ini masih lagi belum diketahui, ini sudah cukup untuk membatalkan satu terma yang paling penting di bawah  Pakej Komunikasi Belia yang baru dilancarkan yang menyatakan bahawa belia yang layak adalah terhad kepada telefon pintar yang berharga di bawah RM 500 sahaja.

Dengan pengumuman ini aku sudah boleh agak dan menjangkakan ramai belia-belia diluar sana yang sudah mula tersenyum lebar. Mana tidaknya, impian untuk belia-belia memiliki iPhone 5, Samsung S3 mahupun Note II sudah terbuka kembali. Lepas ni lalang-lalang yang mengutuk sebelum ni akan kembali melaungkan perkataan “hidup kerajaan”. Hehe.. Aku tak menyebelah mana-mana pihak dalam hal ni. Kalau tak betul tak kiralah kerajaan atau pembangkang, dua-dua aku cantas.

Sebelum ni pun memang aku tak bersetuju betul dengan had maksimum telefon pintar berharga RM500 ni. Boleh baca dekat SINI dan SINI Kalau nak bagi biarlah ikhlas sikit. Tak payah nak letak syarat-syarat yang mengarut. Mana ada telefon yang betul-betul pintar bawah RM500 ni. Betul tak?  Tak kurang juga yang tidak bersetuju dengan rebat telefon pintar ni. Lebih baik diberi rebat beras, petrol dan keperluan lain. Rasanya eloklah bersyukur dengan apa yang kerajaan nak bagi ni kan.

Rebat RM200 ini disediakan oleh kerajaan untuk para belia berumur 21 hingga 30 tahun, dalam memudahkan mereka mengakses gaya hidup digital dengan mudah. Kerajaan dah buka jalan, apa yang korang tunggu lagi? Jom serang laman web SKMM untuk mendapatkan info lanjut pasal rebat ni.

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • Leeza dayasari 16 January 2013 at 8:19 PM

    singgah balik saja….. :-)

  • ajik 14 January 2013 at 7:20 PM

    wah. xde had ? syok ni bro. btw tq sharing info. hikhik.

  • ajik 14 January 2013 at 7:19 PM

    wah. xde had ke bro? syok ni. hikhik.

  • Leeza dayasari 11 January 2013 at 2:25 PM

    waa dah tiada had sekarang nie.

  • donnyien 11 January 2013 at 10:44 AM

    baguslah tidak ada had, boleh pilih mana satu pilihan hati… saya pun baru mendaftar tadi, apply untuk wife mana tahu ada rezeki =D

  • lekatlekitgurl 8 January 2013 at 8:30 PM

    kadang2 rasa rebet rm200 utk smartphone ni tak nampak kat mana faedahnya selain nampak pancing undi utk pru13 nanti

  • Melastik Bintang 8 January 2013 at 9:50 AM

    kalau tiada had memang banyak kalilah orang beli phone dan tukar.. hehehe

  • fiezaradzi 7 January 2013 at 10:46 AM

    baguslah, kurang2 de gak discount.. sape yg nak beli tu, boleh lah cari info…kan

  • fiezaradzi 7 January 2013 at 10:41 AM

    baguslah, kurang2 de gak discount.. sape yg nak beli tu, boleh lah cari info…

  • syaifuddin alias 5 January 2013 at 11:45 PM

    untunglah semua..hihi

  • Myra Jay 3 January 2013 at 10:36 PM

    Walau ada rebat masih tak mampu nak beli iPhone 5 mahupun Note 2 @ S3 :D

    • Hazmin Hamudin 4 January 2013 at 10:07 AM

      Sebab bukan keperluankan MJ. Kehendak je semua tu.

  • hafizmd 3 January 2013 at 5:42 PM

    moga memberi kebaikan kepada yg memerlukan..

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:36 PM

      Harap ada juga la kebaikan yang dapat nantikan. Jangan salah guna dah la.

  • titan 3 January 2013 at 4:24 PM

    baru bangkang sikit..dah tukar pendirian. haha..mesti suka ramai orang ni..

    • hafizmd 3 January 2013 at 5:41 PM

      Itu perlunya pembangkang yg efektif! betul tak?

      • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:35 PM

        Pembangkang kalau mintak benda yang betul, semua orang akan sokong. Tapi kalau dah merapu sangat, naik meluat jugak tengok.

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:34 PM

      Tu namanya kerajaan tengah goyang nak PRU ni.

  • shraqs 3 January 2013 at 1:06 PM

    Pone dah boleh bebas pilih, lepas ni jangan pulak salah pilih pakej data.

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:31 PM

      Pakej data pun satu hal jugak. Dengarnya wajib ambik pakej data sekali.

  • hairulafiz 3 January 2013 at 1:04 PM

    bagi yang layak jgn lepaskan peluang ini

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:30 PM

      Betul tu bro. Kalau dah layak tu baik apply. Rugi tak gunakan peluang ni.

  • irul 3 January 2013 at 11:49 AM

    sungguh mudah mengubah pendirian. ikutkan sangat kehendak rakyat. akhirnya semua permintaan yang mengarut turut dipenuhi

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 12:00 PM

      Inipun dah menunjukkan kerajaan terasa goyang dalam PRU akan datang ni.

  • sweetkurma 3 January 2013 at 10:35 AM

    bertuah lah yang dapat tu

  • gamep01nt 3 January 2013 at 7:55 AM

    eh rasanya td dah komen apasal xkeluar komennye. ish! hahhaha

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:03 AM

      Kah3.. Kena telan dengan spam filter aku.

      • gamep01nt 3 January 2013 at 9:32 AM

        saya bukan spam. hahaha. terslah emel tu

        • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 11:59 AM

          Haha. Patut la masuk spam. Excited sangat ke apa nak komen ni. Hahaha

  • gamep01nt 3 January 2013 at 7:51 AM

    ahahahhahahah cuak lettew kerajaan

  • boni kacak 3 January 2013 at 7:50 AM

    hahaha. baru terlompat dorang bila ramai dah melenting..

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:04 AM

      Tu la pasal. Lepas ni tokey kedai handphone suka la tu kan.

  • TehR 3 January 2013 at 12:51 AM

    ramai yang setuju macam ni
    pandai juga kerajaan redakan hati rakyat
    hehe

  • akubiomed 3 January 2013 at 12:46 AM

    Harap pengumuman oleh kerajaan memberikan berita kepada belia yang layak.

    • Hazmin Hamudin 3 January 2013 at 8:05 AM

      Lepas ni mereka yang layak akan kembali tersenyum la.

  • muktasim 2 January 2013 at 11:17 PM

    ni yang kita tunggu.. :)