Kabinet memutuskan tiada had harga untuk rebat telefon pintar di bawah Pakej Komunikasi Belia. Berdasarkan tweet yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim (seperti yang ditunjukkan di atas), Kabinet telah bersetuju membenarkan belia yang layak berusia 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 untuk membeli mana-mana telefon pintar dengan rebat RM200 mulai bulan ini.
Walaupun butiran lengkap mengenai perkara ini masih lagi belum diketahui, ini sudah cukup untuk membatalkan satu terma yang paling penting di bawah Pakej Komunikasi Belia yang baru dilancarkan yang menyatakan bahawa belia yang layak adalah terhad kepada telefon pintar yang berharga di bawah RM 500 sahaja.
Dengan pengumuman ini aku sudah boleh agak dan menjangkakan ramai belia-belia diluar sana yang sudah mula tersenyum lebar. Mana tidaknya, impian untuk belia-belia memiliki iPhone 5, Samsung S3 mahupun Note II sudah terbuka kembali. Lepas ni lalang-lalang yang mengutuk sebelum ni akan kembali melaungkan perkataan “hidup kerajaan”. Hehe.. Aku tak menyebelah mana-mana pihak dalam hal ni. Kalau tak betul tak kiralah kerajaan atau pembangkang, dua-dua aku cantas.
Sebelum ni pun memang aku tak bersetuju betul dengan had maksimum telefon pintar berharga RM500 ni. Boleh baca dekat SINI dan SINI Kalau nak bagi biarlah ikhlas sikit. Tak payah nak letak syarat-syarat yang mengarut. Mana ada telefon yang betul-betul pintar bawah RM500 ni. Betul tak? Tak kurang juga yang tidak bersetuju dengan rebat telefon pintar ni. Lebih baik diberi rebat beras, petrol dan keperluan lain. Rasanya eloklah bersyukur dengan apa yang kerajaan nak bagi ni kan.
Rebat RM200 ini disediakan oleh kerajaan untuk para belia berumur 21 hingga 30 tahun, dalam memudahkan mereka mengakses gaya hidup digital dengan mudah. Kerajaan dah buka jalan, apa yang korang tunggu lagi? Jom serang laman web SKMM untuk mendapatkan info lanjut pasal rebat ni.
singgah balik saja….. 🙂
wah. xde had ? syok ni bro. btw tq sharing info. hikhik.
wah. xde had ke bro? syok ni. hikhik.
waa dah tiada had sekarang nie.
baguslah tidak ada had, boleh pilih mana satu pilihan hati… saya pun baru mendaftar tadi, apply untuk wife mana tahu ada rezeki =D
kadang2 rasa rebet rm200 utk smartphone ni tak nampak kat mana faedahnya selain nampak pancing undi utk pru13 nanti
kalau tiada had memang banyak kalilah orang beli phone dan tukar.. hehehe
baguslah, kurang2 de gak discount.. sape yg nak beli tu, boleh lah cari info…kan
baguslah, kurang2 de gak discount.. sape yg nak beli tu, boleh lah cari info…
untunglah semua..hihi
Walau ada rebat masih tak mampu nak beli iPhone 5 mahupun Note 2 @ S3 😀
Sebab bukan keperluankan MJ. Kehendak je semua tu.
moga memberi kebaikan kepada yg memerlukan..
Harap ada juga la kebaikan yang dapat nantikan. Jangan salah guna dah la.
baru bangkang sikit..dah tukar pendirian. haha..mesti suka ramai orang ni..
Itu perlunya pembangkang yg efektif! betul tak?
Pembangkang kalau mintak benda yang betul, semua orang akan sokong. Tapi kalau dah merapu sangat, naik meluat jugak tengok.
Tu namanya kerajaan tengah goyang nak PRU ni.
Pone dah boleh bebas pilih, lepas ni jangan pulak salah pilih pakej data.
Pakej data pun satu hal jugak. Dengarnya wajib ambik pakej data sekali.
bagi yang layak jgn lepaskan peluang ini
Betul tu bro. Kalau dah layak tu baik apply. Rugi tak gunakan peluang ni.
sungguh mudah mengubah pendirian. ikutkan sangat kehendak rakyat. akhirnya semua permintaan yang mengarut turut dipenuhi
Inipun dah menunjukkan kerajaan terasa goyang dalam PRU akan datang ni.
bertuah lah yang dapat tu
Itulah.. Lepas ni jangan nak merungut lagi dah.
eh rasanya td dah komen apasal xkeluar komennye. ish! hahhaha
Kah3.. Kena telan dengan spam filter aku.
saya bukan spam. hahaha. terslah emel tu
Haha. Patut la masuk spam. Excited sangat ke apa nak komen ni. Hahaha
ahahahhahahah cuak lettew kerajaan
hahaha. baru terlompat dorang bila ramai dah melenting..
Tu la pasal. Lepas ni tokey kedai handphone suka la tu kan.
ramai yang setuju macam ni
pandai juga kerajaan redakan hati rakyat
hehe
Goyang jugak kerajaan ni dengan suara rakyat ye.
Harap pengumuman oleh kerajaan memberikan berita kepada belia yang layak.
Lepas ni mereka yang layak akan kembali tersenyum la.
ni yang kita tunggu.. 🙂
Hehe.. Tu la.. iPhone 5 dan S3 semakin cerah.