Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.
Siaran televisyen Norway menunjukkan pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg dan beberapa bangunan lain mengalami kerosakan teruk dengan kaca bertaburan di atas jalan dan kepulan asap dilihat menjulang tinggi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, Stoltenberg dipercayai tiada pejabatnya ketika letupan berlaku.
Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.
“Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini,” katanya.
Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.
Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman.
NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.
Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.
“Ia nampaknya kerja orang gila,” katanya
Berita Terkini : Serangan Berkembar – PM Norway Isytihar Sebagai Tragedi Nasional
[…] setakat ini tidak ada sebab untuk meningkatkan tahap amaran sebagai serangan pengganas.Info : Tragedi Norway – Serangan Bom dan Tembakan Rambang Korbankan 91 Orang//LinkWithinCodeStart var linkwithin_site_id = 726519; var linkwithin_div_class = "linkwithin_hook"; […]