Yee Sang | Makan Besar Tahun Baru Cina

Makanan Tradisi
 Sumber : Google

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Blog Hazmin ingin mengupas mengenaik sejalrah dan juga cerita mengenai hidangan tradisi masyarakat Cina ini. Yee Sang merupakan makanan tradisi yang cukup sinonim dengan kaum Cina pastinya menjadi pilihan sebagai hidangan utama ketika makan besar pada petang sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Hidangan Yee Sang dipercayai dicipta kira-kira 1,500 tahun lampau di kawasan pantai selatan China terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa pemerintahan Dinasti Song.

Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai “Hari Lahir Manusia”. Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Dengan itu terhasillah hidangan unik yang dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.

Masyarakat Cina begitu menekankan hidangan ini kerana bagi mereka dengan menjamah Yee Sang, mereka percaya hidup seseorang akan diberkati dengan kesejahteraan serta dipanjangkan umur.

Dahulu, hidangan Yee Sang hanya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina namun seiring dengan peredaran masa, Yee Sang mula dijual di restoran-restoran Cina, hotel-hotel dan gedung membeli-belah.

Sumber : wikipedia

 
 

Sosial Media

  • Post a comment

    Current ye@r *