• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pendidikan / Baru Atau Baharu ?

Baru Atau Baharu ?

By Hazmin Hamudin | 29 November 2011 | 14 Comments

Frasa SELAMAT PENGANTIN BARU amat sinonim dengan masyarakat sekarang ni untuk diucapkan kepada pasangan-pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Frasa tu jugak dah terlalu biasa kita dengar dan kita rasa sedap je bunyinya.

Baru Atau Baharu

Namun sedarkah anda bahawa terdapat kesilapan pada ayat tersebut dari segi penggunaan perkataan ? Persoalannya di sini, adakah perkataan BARU atau BAHARU yang patut digunakan dalam frasa tersebut ? Dalam Bahasa Melayu, perkataan BARU dan BAHARU mempunyai maksud yang berbeza. Kedua-dua perkataan itu jugak kena digunakan dalam konteks yang betul.

BARU dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai JUST, atau sesuatu yang baru lepas dilakukan. Contohnya, “Saya baru pulang dari sekolah”, atau “Saya baru sahaja selesai makan”.

BAHARU pula dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai NEW, yang menggambarkan sifat sesuatu benda atau perkara. Contohnya, “Selamat datang pelajar-pelajar baharu” atau “Selamat pengantin baharu”.

Memang kedengaran pelik dan janggal bagi sesetengah orang, tapi itulah penggunaan perkataan yang betul. Jadi, bagi mereka yang mementingkan bahasa, eloklah anda ubah penggunaan frasa SELAMAT PENGANTIN BARU kepada SELAMAT PENGANTIN BAHARU atau menggunakan perkataan BARU dan BAHARU pada ayat yang betul.Tapi kalau anda rasa tak penting untuk memelihara dan memperbetulkan bahasa, terserah pada anda untuk menentukannya.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Beeplorizon 30 September 2013 at 8:38 PM

    Thanks for sharing 😀 Extremely helpful

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2013 at 8:39 PM

      Sama-sama. Rasa puas dapat membantu 🙂

      Reply
  • solihin 19 November 2012 at 7:48 PM

    syukran atas perkongsian ilmu nie…:D

    Reply
  • chii 30 November 2011 at 12:59 PM

    sama tapi x serupa kan..
    seperti kes johor bahru dengan baharu…yg terkini baharu kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 November 2011 at 2:03 PM

      tu la..ramai yang terlpas pandang.. 🙂

      Reply
  • puan kutu 29 November 2011 at 10:18 PM

    baru tau..igtkan baharu tu ejaan lama..

    tq atas perkongsian bergun..

    dh like n share..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 November 2011 at 12:29 AM

      hehe..masih ramai yang tak tahu pasal benda ni..thanks Puan Kutu… 🙂

      Reply
  • fiezaradzi 29 November 2011 at 2:37 PM

    bagus kelas bahasa ni.. budak2 nak peksa, sila gunakan dengan betul.. hehe.. saya budak baharu belajar yang baru belajar perkataan baru dan baharu… hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2011 at 5:37 PM

      hehe…bagus bagus..amalkan ye lepas ni 🙂

      Reply
  • atiqah 29 November 2011 at 11:34 AM

    Dah terbiasa gunakan ”baru” yg membawa mksd ”new”…macam mana tuh…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2011 at 12:41 PM

      kena la ubah dari sekarang… ‘baharu’ barulah membawa maksud ‘new’ 🙂

      Reply
  • akubiomed 29 November 2011 at 10:33 AM

    Semakin kerap perkataan ‘baharu’ ini digunakan berbanding ‘baru’. Tidak pasti samada ia adalah ejaan betul atau tidak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2011 at 12:41 PM

      ‘baharu’ dan ‘baru’ mempunyai maksud yang berbeza walaupun perkataannya lebih kurang sama. kena paham kan.. 🙂

      Reply
Trackbacks
  • Selamat Tahun Baru 2013 6 February 2013 at 8:46 AM

    […] yang betul untuk ayat BARU dan BAHARU. Aku pernah membuat entri berkenaan dengan perbezaan istilah Baru Atau Baharu dulu. Mungkin korang di luar sana ada yang lebih pakar berkenaan isu ini bolehlah memberi komen di […]

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Pak Cik

By Hazmin Hamudin

Maharaja Lawak Minggu 12

By Hazmin Hamudin

Minum Teh Elak Serangan Jantung

By Hazmin Hamudin

Liga Malaysia – Dua Pemain Import Dibenarkan Musim Depan

By Hazmin Hamudin

Hampir Seminggu Hilang

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in