Dah rasa macam bekerja ikut waktu pejabat pulak blog aku ni. Bekerja cuma lima hari seminggu. Hujung minggu pulak waktu cuti. Tu lah perumpamaan yang sesuai aku rasa.
Asal hujung minggu je mulalah segala aktiviti berkaitan blog terabai. Entri pun tah ke mana, blogwalking apetah lagi. Langsung tak buat. Kan dah macam waktu pejabat tu.
Ini pun merajinkan diri update guna BlackBerry. Nak hadap komputer tiap masa memang tak la. Mungkin sebab dekat pejabat memang tiap masa hadap komputer, tu yang sempat blogwalking.
Aku rasa macam dah tiba masa aku sambar laptop satu untuk memudahkan aku melakukan aktiviti berkaitan blog. Nak update dekat manapun senang. Laptop mana yang sesuai rasanya ni. Yang menggunakan sistem operasi ‘tingkap’ ataupun ‘buah epal’ ?
Posted from WordPress for BlackBerry.
nak cantik pakai yang apple tu. nak senang pakai yang tingkap.. senang nak buka tutup.hehehe.
skrg ni saya lebih banyak buat aktiviti blogging guna smartphone. desktop anak-anak sudah conquer.
rasa nak ambil laptop atau beli tablet baru.
Sama la bro. Mungkin kena beli laptop jugak ni. Lebih sesuai daripada desktop tu.
Guna jenis tingkap jika tak mau advance..tapi kalau rasa nak bergaya dan prestij pilihlah jenis epal..harga jangan cakaplah
Entri Terbaru Saya : Laporan Terkini Kaji Selidik Backlink(siri 2)
Haha. Harga ‘buah import’ ni memang boleh bikin pengsan jugak kalau nak beli. Tapi kepuasan dengarnya macam tak sama.
Wajib beli laptop bro…
Baru best update blog…
Itulah. Senang jugak kalau ke mana nak update blog ni.
Samalaaaa… kalo tuan blog cuti.. blog pon ikut cuti.. hihihi
Hehe. Kira blog ni pejabat kedua jugakkan.
SA pun sama HH, weekend xde nak tgok2 blog pun..kalau ada pun nak approve comment..biasa SA gunakan weekend untuk fully rest..
Hehe. Itulah. Dah sama macam office hour kan waktu berblog ni SA.
ya, sila angkat satu laptop baru ye..
Itulah. Antara gajet yang penting untuk seorang blogger.
Walaweiii..mak ni, kalo xde laptop, mmg x jln la kija blogging. Nak wat n3 tu blg lg guna segala mak nenek smart memat tu semua lg kalo nak Bw ke blog kwn2, mmg matik ler..
kena sambar lappy tu 1 min Baru kencang bw sini sana.
Itulah.. Tengok bajet macam mana. Sasaran sampai hujung tahun ni nak kena sambar satu laptop untuk kemudahan. Hehe
kite tak ikut waktu apa2
rasa suka hati je hihi
kalau rasa nak update baru di update
tu yg mcm kelaut je blog skrg ๐
Sama la. Bila nak update baru taip. Takda nak buat schedule ke apa.
nk BB dgn tab aduyaiiii senak sy dibuat nyer…
Hehe. Blogwalking ke? Kalau blogwalking memang tak selesa guna tablet atau smartphone ni. better guna pc atau laptop je.
nak tanya update guna blackberry apa? sebab saya pengguna blackberry 9810 touch screen….senang ke nak update blog guna blackberry?tq
Saya guna BlackBerry model lama je. Torch 9800. Boleh la update sikit-sikit bila terdesak. Hehe
Ikut budget la. Windows pun okay juga ๐
Ikutkan geram dengan buah import tu. Haha.
Jika selalu ke luar negara atau ke tempat awam dan presentation, laptop epal lebih sesuai. Jika selalu guna di rumah atau di kampung, laptop windows lebih sesuai.
Akan dipertimbangkan pendapat bro ni. Macam dah berkenan dekat macbook, tapi harga tu yang buat fikir panjang.
BB boleh ea update blog??serius bru tahu…ni bb yg mne ni bro?
Boleh je update. Ala.. BB lama.. Torch first model tu ayut. Hehe
kawe kalau BZ kawe tulis pakai Android jer
Kawe pakai BlackBerry, tapi tak berapa best la nak update blog ni.
schedule laa bro kalau camtu
Rasanya kena buat macam dah lepas ni.
den kadang2 bila cuti tak terupdate juga entry…huhu
Ramai rupanya ada masalah macam ni ye PM.
Saya cuma guna tingkap…..
Hehe. Sekrang saya pun guna tingkap yang tidak mobile.
kebanyakan macam tuh lah..ujung minggu mesti kurang aktiviti blogging..hehe.
Hehe. Ingat hujung minggu banyak masa untuk blog, rupanya lagi hampeh.
hahaaa… dkna hari kerja pon mood berblog melayang-layang..hari minggu terus lenyap dunia blog.. ๐
Hujung minggu masa untuk bersama keluargakan dkna. Hehe
dulu akak akan draft entri siap
utk update blog seminggu, skrg ni bila penyakit M dtg, ada jugak yang miss ๐
Ok la tu akak siap draft awal-awal. Macam saya ni kalau nak update baru taip. Kalau tak memang takda nak buat draft semua tu.
Aku prefer baik pakai windows.
Sebab apa bro? Rasa macam berkenan dengan macbook pulak sekarang ni.
Boleh tulis blog dimana-mana. Asalkan blog tidak bersawang.
Hehe. Kalau dapat handphone yang mesra blog macam iphone dan android memang best nak update blog ni. Ataupun laptop.
kalau blogger full time okey kot buat macam ni..kalau blogger half time ni hari minggu tu la duk pulung kalau tak ada apa2 aktiviti..hu3
Hehe. Tapi ada jugak yang hujung minggu nak betul-betul atau keluar berjalan. Tu yang jadi sepi je blog ni.
Hari hujung minggu ni aku tengok ramai blogger yang terperap tak update blog. Mungkin nak rehat agaknya. Lagipun, time hujung minggu trafik ke blog pun slow sikit berbanding dengan hari bekerja.
Mungkin jugak nak rehat. Susah nak maintain update blog tiap hari ni.
ciri2 nk jadi blogger full time ni ๐
Haha. Mungkin tidak kot AUC. Sekarang dah ada kerja tetap, blog pun takda jana apa-apa duit, mana mungkin nak jadi full time blogger. Hehe
Mungkin bro boleh cuba ultrabook. Ringan mudah untuk dibawa ke mana-mana.
kuatkan semangat blogwalking huhuh
Memang rajin sekarang ni. Cuma hujung minggu tu semua ke luat. Haha