Minggu lepas aku dah berjalan-jalan dekat Bandar Melaka dan berjaya menunaikan hajat nak menyusuri sungai Melaka naik Melaka River Cruise. Memang puas hatilah kan bila hajat dah tercapai. Entri pasal Melaka River Cruise pun aku dah buat. Kali ni aku nak cerita pasal coconut shake yang terkenal dekat Klebang, Melaka pulak. Hari tu ingatkan dah tak sempat nak pekena coconut shake ni. Yela… Tengok jam dah dekat pukul 6.00 petang. Gerai yang menjual coconut shake ni pulak tutup pukul 6.30 petang. Berserah jela mana tahu ada rezeki aku nak menikmati cocunat shake yang cukup terkenal ni.
Sampai-sampai memang rezeki aku la nak merasai kenikmatan dan kesedapan coconut shake yang dikatakan cukup famous dekat Klebang ni. Memang terkejut jugaklah aku yang memang baru pertama kali sampai dekat gerai ni. Punyalah ramai manusia yang dok beratur menunggu giliran nak beli. Siap ada yang jaga jalan lagi disebabkan jalan jem kerana penangan gerai coconut shake ni. Memang bangga la tengok gerai melayu maju macam ni. Yang datang singgah pulak memang dari pelbagai kaum.
Korang tahu ke apa sebenarnya coconut shake ni ? Coconut shake ni ialah air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim vanilla dan kemudiannya di kisar bersama-sama dengan ais. Tapi apa yang specialnya dengan coconut shake dekat Klebang ni sampai boleh menarik ramai orang untuk datang mencuba ? Aku sendiri pun tiada jawapannya. Kalau nak tahu pergi sendiri merasai macam mana meriahnya suasana, dengan barisan yang berderet panjang, menunggu dan mencari meja yang kosong, jalan jadi jem, bolehlah pergi sendiri dekat Klebang.
saya ada menyediakan mesin untuk coconut shake…sila hubungi saya jika anda berminat
zai871@yahoo.com.my
Salam. Boleh sy dapat keterangan lanjut untuk peralatan coconut shake. Sila hubungi saya di 019 9915655
sy ingin membuka bisnes coconut shake di kedah selepas apa yg sy rasa dan menikmati coconut shake di klebang melaka, sy tertarik dan melihat di kedah belum ada lagi peniaga yg mejalankn peniagaan coconut shake..jadi sy ingin beranyakan bagaimana utk mnyediakan dan di mana sy boleh peroleh mesin utk membuat coconut shake tersebut..
Untuk pengetahuan saudara syahril, saya hanyalah pelanggan Coconut Shake Klebang ni. Memang tidak dinafikan Coconut Shake Klebang ni memang sedap dan sesuai untuk dinimati oleh semua orang. Maaf kerana saya tidak mempunyai pengetahuan bagaimana untuk membuat Coconut Shake tersebut serta di mana untuk membeli mesin membuat Coconut Shake. Mungkin saudara Syahril boleh bertanya sendiri dengan pengusaha Coconut Shake Klebang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.