• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

By Hazmin Hamudin | 3 March 2014 | 72 Comments

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

Rezeki aku untuk dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2013. Semua yang bekerja sudah pasti mengidam untuk dapatkan APC ni. Tapi kalau tiada rezeki, kerja kuat macam manapun tak dapat jugakkan.  Tu belum kira politik dalam pekerjaan lagi. Semua faham rasanya dalam hal tu. Alhamdulillah, akhirnya rezeki aku untuk dapat APC tiba.

Apa yang lebih bermakna dan terharu apabila aku dapat berita tentang tentang perkara ni semasa hari aku Meraikan Hari Lahir Aku yang ke-29 minggu lepas. Sudah la dapat iPhone 5s Hadiah Hari Lahir, dapat pulak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai hadiah seterusnya.

Bagi sesetengah tempat, APC ni merupakan perkara sensitif jugak. Mesti ada suara-suara sumbang yang kurang enak untuk didengar akan berbunyi sana-sini. Yang tak dapat APC akan memerli yang dapat. Ada juga yang kuat bekerja dan perform habis, tapi yang dapat APC adalah pekerja yang memang semua nampak tak buat kerja. Tu belum kira lagi yang kaki kipas yang dapat APC. Bagi aku itu semua rezeki masing-masing. Kalau ada rezeki, bila sampai masanya pasti giliran kita akan tiba juga.

Akupun malas nak cakap hal-hal yang tah apa-apa, pasal suara-suara sumbang yang tak puas hati tu. Aku rasa unit aku tak macam tu. Bahagian lain aku tak tahu. Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan kerja yang aku dapat. Anugerah atau penghargaan tu letak tepi dulu.

Bila dah dapat anugerah macam ni, kerja tu kena la bagi cantikkan. Kena bagi lebih lagi daripada sebelum ni. Anugerah tu datang sekali dengan tanggungjawab yang makin tinggi. Hehe. Kerja kena semangat. Macam mana la suasana dan perasaan atas pentas masa ambil APC ni esok. Tunggu jela esok.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Myra Jay 29 April 2014 at 11:27 AM

    Tahniah ye..
    abaikan suara2 sumbang tu..
    Asalkan kita memang buat kerja sehabis baik dah.

    Reply
  • syazana zainn 22 April 2014 at 10:00 PM

    tahniah hazmin
    susah nak dapat anugerah ni
    ignore je kalau dgr soghe2 sumbang tu k
    yg penting kita tahu kita buat kerja bagaimana

    Reply
  • alongxp 20 April 2014 at 3:43 PM

    huntungla… saya tak penah dapat lagi… tapi betulla… apc ni pon boleh jadi isu… saya tak pernah kisah pon… dapat, syukur… tak dapat,bukan rezeki la tu…

    Reply
  • Lana 12 April 2014 at 2:28 PM

    Salam.

    Tahniah bro.

    Anugerah dan perkhidmatan, semoga selari kedua2 ni 😉

    Reply
  • munir ardi 9 April 2014 at 7:49 PM

    Salam ziarah lama tak update blog nih bro keep spirit

    Reply
  • babycomel 30 March 2014 at 9:01 PM

    wahh, tahniah bro.. memang betul2 rezeki ni =)

    Reply
  • profhariz 26 March 2014 at 7:42 PM

    Tahniah atas rezeki ni. Moga beri semangat untuk bro lebih cemerlang selepas ini.

    Reply
  • kamal 16 March 2014 at 6:49 PM

    Good luck, semoga kedepannya semakin sukses. Aamiin…

    Reply
  • munir ardi 11 March 2014 at 9:08 PM

    tahniah bro atas anugerah ini semoga lebih berhasil dan lebih semangat bekerja

    Reply
  • ema 11 March 2014 at 3:01 PM

    Tahniah, pernah alaminya…ketika sarat pregnant naik pentas….

    Reply
  • Nafira 10 March 2014 at 3:48 PM

    Tahniah~ Semoga tahun depan lebih cemerlang yer..:)

    Reply
  • saimi 10 March 2014 at 2:17 PM

    Tahniah bro dan selamat meneruskan tugas dengan penuh dedikasi.

    Reply
  • suriaamanda 7 March 2014 at 4:23 PM

    Wah…tahniah HH…untungnya..tp lepas ni kena la lebih berinisiatif kan, tanggungjawab makin bertambah untuk maintain..

    Reply
  • Khairul Zamri 5 March 2014 at 8:26 PM

    Tahniah bro semoga semakin sukses dan murah rezeki selepas ini

    Reply
  • eliss 5 March 2014 at 8:19 AM

    belum ada rezeki APC tapi maintain jer prestasi…sbb asyik2 bertukar bos..

    Reply
  • Padin 4 March 2014 at 11:12 PM

    tahniah bro.. kikii moga terus sukses dan maintain cemerlang 😀

    Reply
  • Bahrain 4 March 2014 at 10:59 PM

    Tahniah! semoga terus memberi perkhidmatan yang terus cemerlang selepas ni.

    Reply
  • ohcikgu 4 March 2014 at 9:41 PM

    tahniah sebab dapat apc. bukan senang tu.

    Reply
  • Anak Askar Pencen 4 March 2014 at 5:56 PM

    Tahniah 🙂

    Semoga dengan APC ni dapat mengekalkan kecemerlangan dalam kerja. Kat ofis aku ni, ikut turn. So, ramai kat sini yang rilek-rilek je pasal APC ni sebab masing-masing tau bila turn akan dapat. Haha

    Reply
  • Myra Jay 4 March 2014 at 1:40 PM

    Tahniah dan alhamdulillah atas rezeki tu.
    Biasala mesti akan ada yang tak puas hati tu biasala, dah macam adat kan 🙂

    Reply
  • puteri kasih 4 March 2014 at 12:45 PM

    tahniah…lepas ni pasti berganda-ganda bersemangat nak menjalankan tugas 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:07 PM

      Terima kasih puteri. Memang kena semangat lebih untuk bekerja lepas ni.

      Reply
  • lieyalatif 4 March 2014 at 10:37 AM

    alhamdulillah…tahniah2 dik…akak tumpang gembira ….dulu mase akak dpt rm1k..skrang dah dlm bentuk simpanan kan…..ape2 pun tahniah key…kerja rajin2 lagi…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:06 PM

      Terima kasih kak. A’ah. Sekarang ni dalam bentuk simpanan premium. Kena tingkatkan usaha lagi ni. Hehe

      Reply
  • yui 4 March 2014 at 10:26 AM

    alhamdulillah.

    tahniah..
    Boleh lg tingkatkan prestasi yg cemerlang itu =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:06 PM

      Terima kasih yui. Takda la cemerlang mana. Kena kerja lebih kuat lagi ni. Hehe

      Reply
  • Kakzakie Purvit 4 March 2014 at 9:10 AM

    Tahniah dari kakak.
    Moga jadi pemangkin utk lebih committed dlm menjalankan tugasan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:05 PM

      Terima kasih kak. InshaAllah APC ni dijadikan semangat untuk bekerja lebih baik lagi.

      Reply
  • LydSunshine 4 March 2014 at 8:57 AM

    salam hazmin. tahniah. rezeki tu Allah yang beri. bagi akak, kalo kat tempat yg akak kerja ni, apc ni biasanya dia akan bagi kat semua org, gilir2 la ikut tahun, bagi semua org merasa.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:05 PM

      Terima kasih kak. Selalunya macam tu la kak. Rotate siapa yang belum dapat lagi kan.

      Reply
  • TehR 4 March 2014 at 12:01 AM

    tahniah2
    rezeki melimpah ruah nampaknya
    alhamdulillah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:04 PM

      Terima kasih TehR. Alhamdulillah tahun ni merasa rezeki yang lebih sikit.

      Reply
  • Sop 3 March 2014 at 11:35 PM

    wah.. tahniah bro
    bukan mudah utk dpt APC tersebut
    sekurang2nya sumbangan kita dihargai 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:04 PM

      Terima kasih bro Sop. Lepas ni tah bila lagi nak dapatkan.

      Reply
  • zool 3 March 2014 at 10:12 PM

    datuk ahmad hamzah ke yg bagi anugerah tu nanti?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:03 PM

      Dato’ Noriah Kasnon yang bagi tadi bro. Timbalan Menteri KPPK.

      Reply
  • hafizmd 3 March 2014 at 8:09 PM

    Tahniah bro! Rezeki berganda2…alhamdulillah…

    moga lebih power lepas ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:03 PM

      Terima kasih bro. Harap power la. Dekat blog ke kan. Haha

      Reply
  • titan 3 March 2014 at 6:45 PM

    tahniah sebab dapat apc tu. hoho..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:02 PM

      Terima kasih bro cendol. Haha

      Reply
  • JR 3 March 2014 at 6:07 PM

    Tahniah bro..Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hazmin nampak di APC. Pedulikan tentang kata-kata di belakang, yg penting pihak pengurusan yg lebih mengenali siapa dan mengapa kita berhak mendapatkannya…Jadikan anugerah itu sebagai pencetus semangat kerja lebih kuat di masa depan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:02 PM

      Terima kasih bor JR. Kena lebihkan lagi kerja dan usaha bila dah dapat anugerah ni.

      Reply
  • cik lisa 3 March 2014 at 5:20 PM

    ewah! taniah bro 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:01 PM

      Haha. Terima kasih.

      Reply
  • JunAina 3 March 2014 at 4:56 PM

    Tahniah. Pencapaian terbaik bagi kakitangan awam yang cemerlang. Akak kerja swasta jadi tak ada semua tu, yang cemerlang bermakna kenaikan gaji lebih yang kurang cemerlang dapatlah purata je. Apapun rezeki masing2 kan…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:01 PM

      Terima kasih kak. Itulah. Rezeki tahun ni dapat APC. Razeki kita tak tahukan kak. Mana tau nanti ada rezeki akak pulak.

      Reply
  • lizz 3 March 2014 at 4:55 PM

    tahniah yer dik…lepasni mesti lebih bersemangat lagi kerjanya…Rezeki birthday sekali yek…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 1:00 PM

      Terima kasih kak. Kena lebihkan lagi usaha lepas ni. Hehe

      Reply
  • Strider 3 March 2014 at 4:38 PM

    wahh…congratulation bro, akhirnya segala usaha keras anda dihargai dengan anugerah ini..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:59 PM

      Terima kasih bro.

      Reply
  • Cikgu Bola 3 March 2014 at 4:18 PM

    Wah tahniah Cemerlang beb…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:59 PM

      Terima kasih. Biasa je tu.

      Reply
  • suri 3 March 2014 at 4:16 PM

    Syukur alhamdullillah & selamat hari lahir ya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:54 PM

      Terima kasih suri.

      Reply
  • KesumaAngsana 3 March 2014 at 3:48 PM

    tahniah yer…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:54 PM

      Terima kasih kak KA

      Reply
  • ajumohit 3 March 2014 at 3:30 PM

    tahniah!!! wah rejeki hari lahir ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:53 PM

      Terima kasih kak. Itulah. Memang rejeki ni. Hehe

      Reply
  • akubiomed 3 March 2014 at 3:25 PM

    Tanniah, ada peluang dapat bonus lebih dan kenaikkan pangkat. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:53 PM

      Terima kasih bro. Dalam perkhidmatan awam selalunya kenaikan pangkat ikut seniority bro. Lama lagi rasanya peluang nak ada tu. Hehe

      Reply
  • Mak lagenda 3 March 2014 at 3:18 PM

    Wahhh..rejeki tu !! Tahniah min..

    mak setuju..anugerah tu ia dtg sekali ngan tanggungjwp.

    Dan, wlupun utk APC ni prestasi dinilai utk thn sebelumnya tp kesan dr penerimaan anugerah tu yg membuatkan kita bekeja dgn lbh smart berbanding sblm ni.

    Tau sbb apa..supaya nnt baru la org kata ‘ Patutnya dpt APC..kija dia mmg tiptop woii..”

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:52 PM

      Terima kasih mak. Itulah. Anugerah ni datang sekali dengan pakej tanggungjawab. Hehe. Kalau tak nanti jadi bahan kutukan jela.

      Reply
  • hafiz 3 March 2014 at 2:57 PM

    wah tahniah bro…dah berapa lama bekerja baru dapat APC ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:51 PM

      Terima kasih bro. Baru lagi ni. Tiga tahun lebih. Hehe

      Reply
  • Mizz Aiza 3 March 2014 at 1:07 PM

    alhamdulillah.. tahniah hazmin.. semoga terus bersemangat untuk bekerja.. 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:51 PM

      Terima kasih Aiza. InshaAllah. Dijadikan semangat untuk terus maju.

      Reply
  • t.a.t.a 3 March 2014 at 1:05 PM

    Min, rezeki bertingkek-tingkek. Haha. Tahniah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:50 PM

      Haha. Terima kasih t.a.t.a

      Reply
  • Fiza Rahman 3 March 2014 at 12:15 PM

    Tahniah. Rezeki berganda nih.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2014 at 12:50 PM

      Terima kasih. Itulah. Tak sangka dapat masa hari lahir.

      Reply
  • Anuar 3 March 2014 at 9:21 AM

    Tahniah… Boleh lah buat kenduri kesyukuran.. Atau buat belanja rakan-rakan sekerja… 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 March 2014 at 9:33 AM

      Terima kasih. Memang nak buat belanja rakan-rakan sekerja nanti ni. Hehe.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kenapa Mesti Merungut Bila Hujan ?

By Hazmin Hamudin

Your Name In Japanese

By Hazmin Hamudin

Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I

By Hazmin Hamudin

13 Robot Filem Transformers Dipamerkan Di China

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kartun Lat

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in