• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Pernikahan Farah AF2

Gambar Majlis Pernikahan Farah AF2

By Hazmin Hamudin | 16 July 2011 | 4 Comments

Farah Nikah (1)

Tahniah diucapkan kepada Farah Diana Anuar atau lebih dikenali dengan Farah AF2. Dengan sekali lafaz, Farah 26, sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, Putrajaya. Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM 2,500 dan wang hantaran RM 25,185 sempena hari lahir Farah.

Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.

Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah. Menurut Farah AF2, dia dan Johan begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan beliau, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal. Lagipun sebelum ini beliau selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program ‘Rasa Halal Orient’. Jadi, impiannya tercapai jua pada hari yang bersejarah ini.

Sebelum ini Farah banyak berahsia tentang hubungannya dengan Johan namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahannya. Farah AF2 dan suaminya mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Di pendekkan cerita, Farah mula terpikat dengan senyuman Johan apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.

Selepas pulang dari acara itu, Farah berasa seperti cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan Johan. “Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah,” cerita Farah. Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu ‘Antara Dua’ itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.

Pada tahun 2008, Johan telah melamar Farah dan sekaligus mengikat tali pertunangan pada tahun 2010. Farah sendiri tidak menyangka akan bahawa hubungan beliau dengan Johan akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin kerana pada mulanya Farah tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar sendiri pengalaman orang lain.Namun hati Farah kuat mengatakan bahawa Johan adalah jodohnya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri Farah seadanya.

Sementara Johan pula tertarik dengan sikap Farah yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata. Johan mengakui bahawa beliau tidak terlalu mengenali Farah sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya barulah Johan  menonton Farah di televisyen. Selepas berkahwin, Johan tiada sebarang masalah untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya.

Sebagai kejutan kepada suami, Farah turut mengumumkan percutian bulan madunya ke Maldives sebelum bulan Ramadan ini. Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang.

Farah dan Johan Nikah (4) Farah AF2 Nikah (2)

Kredit : Oh Bulan

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 16 July 2011 at 4:46 PM

    eh gambar sini lagi cantik…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 July 2011 at 4:51 PM

      apa yang cantiknya kak ? ambik kat oh bulan je pun sama macam akak jugak…hehe… :p

      Reply
Trackbacks
  • Gambar Majlis Persandingan, Resepsi Farah AF2 dan Johan 19 July 2011 at 7:07 PM

    […] Majlis Persandingan, Resepsi Farah AF2 dan Johanby Hazmin Hamudin on 19/07/2011Kalau sebelum ni gambar majlis pernikahan Farah AF2 telah diupload, kali ni gambar untuk majlis resepsi yang telah berlangsung pada Sabtu lalu (16 […]

  • Yasmin Hani Bakal Kahwini Shahrin (Blackrose) 19 July 2011 at 1:31 PM

    […] (Blackrose)Yasmin Hani Bakal Kahwini Shahrin (Blackrose)by Hazmin Hamudin on 19/07/2011Selepas Farah Diana Anuar @ Farah AF2 serta pengacara majalah tiga iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menamatkan zaman bujang […]

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Iklan Guinness Stout 1968

By Hazmin Hamudin

Gambar Kad Kahwin Chef Riz dan Ana Dahlia

By Hazmin Hamudin

Whitney Houston Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung Dan Dadah

By Hazmin Hamudin

Konsert Erykah Badu Dibatalkan Kerana Tatu Kalimah Allah

By Hazmin Hamudin

Stadium Shah Alam Ditutup 3 Bulan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in