• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Happy Birthday / Hadiah Hari Lahir Untuk Wife

Hadiah Hari Lahir Untuk Wife

By Hazmin Hamudin | 4 May 2016 | 41 Comments

Hadiah Hari Lahir Untuk Isteri

Dah sebulan pun berlalu. Jangan ada yang ingat hari ni atau sehari dua yang lepas aku bagi. Cuma baru berkesempatan nak menaip pasal entri. Bulan April lepas ulang tahun kelahiran isteri, tergerak nak bagi hadiah. Tapi dalam kepala takda idea pun nak bagi hadiah apa sebenarnya. Maklumlah orang lelaki. Sekadar ucapan pun dah cukup. Hehe.

Tiba-tiba teringat yang wife ada beberapa kali sebut yang dia nak beli gelang Pandora sebelum ni. Tpai cuma sekadar niat dan dari hari ke hari memang takda beli pun. Maklumlah benda mahalkan. Apa kata aku yang beli dan hadiahkan untuk dia sempena hari lahir dia ni. Nak bagi hadiah apa pun dah tak tahu.

Konon-konon nak buat surprise la. Beli senyap-senyap. Tapi malangnya tak tahu pulak wife pakai gelang saiz apa. Kesimpulannya memang rancangan gagal la. Haha. Nampak gaya memang kena bawak wife sekali pergi beli. Baru tahu saiz apa yang dia pakai. Karang beli sendiri tak memasal tercik atau terbesar pulak.

Hadiah Hari Lahir Untuk Isteri

Ni la rupa gelang Pandora yang aku beli untuk wife. Apasal takda charms? Sebelum korang tanya baik aku jawab dulu. Ya… Memang aku belikan gelang je dulu. Nak beli sekali dengan charms memang harga tak mampu milik la. Lagipun bukan tak boleh tambah lain masa. Tak payah nak rumitkan keadaan atau peningkan kepala. Pakai takda charms pun dah cantik jugak. Kihkihkih.

Apa yang menariknya gelang ni, orang yang jual tu cakap yang ni Limited Edition. Memang dah takda keluar lagi dah. Kalau aku kena tipu tak tahu la kan. Orang Pandora The Mines ni dah call semua outlet Pandora satu Malaysia memang dah takda stok dah. Melapas aku nak beli yang Limited Edition. Rezeki aku nak dapat elok pulak orang yang reserve sebelum ni cancel pulak nak beli. Jadi, sebelum orang lain sambar baik aku sambar dulu la.

Walaupun tak semahal Hadiah Hari Lahir Untuk Aku yang wife hadiahkan masa hari lahir aku, tapi aku rasa ni pun dah cukup menggembirakan wife. Yela, gelang Limited Edition. Lepas tu dia pun dah lama nak gelang Pandora ni. Lepas ni pandai-pandai la beli charms sendiri ya. Jangan kena paw dah la. Haha.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Myra Jay 7 June 2016 at 9:09 AM

    Wahhh!! mesti hati wifey berbunga2 sebab yang diidamkan menjadi miliknya 🙂
    Takpe pelan2 boleh tambah charm tu, yg penting gelangnya da ada 🙂

    Reply
  • nila anggraini 16 May 2016 at 4:51 PM

    wah bagusnya idea begini kan…perlu dicontoh para suami yang lain….ihihih..btw cantik gelang tu..

    Reply
  • ima 16 May 2016 at 4:03 PM

    Alhamdullilah suami isteri saling ingat mengingati.

    Reply
  • Fiza Rahman 13 May 2016 at 5:02 PM

    wahhh…so sweet ☺

    Reply
  • Mrs. A 12 May 2016 at 4:58 PM

    Happy belated birthday untuk wife HH.
    Biasanya orang perempuan tak kisah pun hadiah apa yang penting husband yang belikan.

    Reply
  • ema 10 May 2016 at 10:54 AM

    happy belated birthday untuk wife…konpem senyum meleret wife dapat pandora.

    Reply
  • mrhanafi 9 May 2016 at 11:21 PM

    wah..sangat beruntung isteri bro ..dapat hadiah yang amat istimewa dari suaminya..terbaikla bro

    Reply
  • Hafizul 8 May 2016 at 3:36 PM

    Haha..terbaiklah bro..tang kena pow tu memang harus kena lagi la pas ni.. Haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2016 at 2:39 PM

      Lepas ni kena tak boleh dah. haha

      Reply
  • puanbee 7 May 2016 at 1:49 AM

    memang limited .. tp untuk musim spring .. hehehe .. kalau nak best lg .. bagi yg limited mother day … best ohh ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2016 at 2:39 PM

      Limited mother day macam mana pulak kak? Haha. Tak pandai benda2 ni.Kalau orang tu tak cakap limited memang tak tau. Haha

      Reply
  • jambu batu 7 May 2016 at 12:47 AM

    orang pompuan memang suka benda camni.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2016 at 2:38 PM

      Biasa la. Orang perempuan suka benda yang cantik2 kan.

      Reply
  • Afif Rayyan 6 May 2016 at 9:46 PM

    Pergghhh.. untungla dapat jadi bini hazmin nie

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2016 at 2:38 PM

      Haha. Biasa2 je bro.

      Reply
  • titan 6 May 2016 at 12:29 PM

    pehh..

    not bad.

    leh jadi panduan untuk bagi kat bini aku gak nanti.

    haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2016 at 2:38 PM

      Ok gak tu bro. Sekali sekala bagi apa yang dia nak apa salahnyakan.

      Reply
  • Aishah 6 May 2016 at 9:48 AM

    Saya dah ada gelang dia. suami senang je every birthday kasi hadiah charm..heehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2016 at 2:37 PM

      Haha.. Suami wajib memenuhkan charm la ni Hehe

      Reply
  • Mya 5 May 2016 at 3:34 PM

    wahh.. untung wife..
    mmg pandora ni jadi idaman kebanyakan wanita termasuk saya, tapi tak mampu lagi nak beli huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 4:32 PM

      Boleh je nak beli, tapi kena beli sikit2 la. kalau terus beli gelang siap charms semua tu memang beribu jadinya. Hehe

      Reply
  • akubiomed 5 May 2016 at 1:59 PM

    Angin tak ada dan ribut tak ada. Dah tau-tau sudah beristeri. Cantik gelang Pandora tuh. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 2:21 PM

      Erk. Hehe. Jangan ribut2 bro. Kawin senyap namanya ni..

      Reply
  • sumijelly 5 May 2016 at 12:44 PM

    perghh.. pandora..

    lain org lain citarasa… untuk tambah perhiasan diri ok la…hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 2:18 PM

      Asal ada satu jadilah kan. Hehe. Nak banyak2 macam tak berbaloi. Baik beli emas.

      Reply
  • Bahrain 5 May 2016 at 12:26 PM

    berapa harga ek? boleh belikan untuk mak aku nanti

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 2:18 PM

      Harga dari RM300-RM400 rasanya. Kalau untuk emak tu elok la beli emas kot. Hehe

      Reply
  • Anuar 5 May 2016 at 11:19 AM

    Memang cantik gelang Padora ni… Tentu tersenyum puan isteri bila dapat hadiah ni… 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 11:35 AM

      Mau tak senyum. Hehe. Memang suka la kan.

      Reply
  • Raihanah Ahmad 5 May 2016 at 11:19 AM

    untungnya wife tu. size tu boleh tukar kot na? sayang la pulak. saya suka lagi masdora, emas ala2 pandora. a good investment jugak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 11:35 AM

      Tak pernah dengar pulak pasal masdora ni. Yup, kalau benda yang berkaitan emas ni memang pelaburan yang baik.

      Reply
  • yui 5 May 2016 at 9:54 AM

    takpe pasni tiap bulan kmpul beli charm plak ya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 10:12 AM

      Charms biar dia beli sendiri. Hehe

      Reply
  • maCy 5 May 2016 at 9:26 AM

    kalo macy.. dlm hati akn ckp.. berjaya jugak wt mention pasal pandora sampai dpt jadi hadiah besday. haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 9:37 AM

      Haha. Betul jugak tu apa yang macy cakap. Mention ada makna tu kan.

      Reply
  • FarahGlanzDotCom 4 May 2016 at 9:11 PM

    Wowweee… mesti wife happy kan.. pandora kot mana boleh tak suka yer dak.. nanti tunggu la mesti kena paw charms pulak..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 9:37 AM

      Haha. Ala.. Charms beli la sendiri.. Dah bagi gelang dah tu.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 4 May 2016 at 2:39 PM

    Sweet sangat:)
    Tapi memang dah cantik walau tak ada charm lagi
    Nanti free boleh tambah satu-dua. Tak pun nak raya nanti belilah:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 9:38 AM

      Betul kak. Takda charms pun dah cantik. Kalau ada charms mesti lagi cantik ni.

      Reply
  • Datin Tyka 4 May 2016 at 2:08 PM

    DT rasa untung husband DT nanti. sebab DT tak minat barang kemas.. tapi DT minat gadjet. habis la dia. haha..

    selamat hari lahir buat isterinya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 9:38 AM

      Lagi bertambah parah rasanya kalau gajet ni. Hehe.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Hari Pekerja 2013

By Hazmin Hamudin

Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm

By Hazmin Hamudin

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 Di Dataran Merdeka

By Hazmin Hamudin

Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Kereta Dah Kena Curi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in