Hari ni 22 Ogos 2014 merupakan hari berkabung di seluruh Malaysia bagi menghormati ketibaan mayat mangsa MH17. Pesawat Malaysia Airlines MH17 telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk, Timur Ukhraine.
Sebanyak 20 jenazah mangsa tragedi MH17 telah dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka tiba sebentar lagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Oleh itu, rakyat diminta bertafakkur selama seminit pada pukul 10.45 hingga 11.15 pagi walaupun di mana berada.
Sempena hari berkabung ni, seluruh bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang. Rakyat juga digalakkan untuk memakai pakaian bewarna hitam atau yang bewarna suram.
Bab pakaian hitam ni memang aku tak pakai la. Hari ni aku pakai baju kemeja belang putih biru. Bukan sebab aku tak sedih atau tak hormat kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa. Tapi aku cara berkabung dengan memakai baju bewarna hitam ni dah macam mengikut ajaran Agama lain pulak. Cukup sekadar berdoa untuk mangsa-mangsa yang terlibat. Apapun, cara berkabung ni terpulanglah kepada kehendak masing-masing.
Semoga seluruh ahli keluarga dan sahabat mangsa nahas MH17 dapat bersabar dan menerima segala ketentuan Ilahi atas yang telah berlaku. Kita yang hidup kena teruskan kehidupan macam biasa. Mati itu pasti kepada mereka yang hidup. Cuma kita tak tahu bila, cara dan bagaimana kematian itu juga hanya Allah juga yang mengetahui.
DariNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali.
SA pun sahut seruan kerajaan…berkabung satu opis…semua pakai hitam…at least Negara kita kehilangan dan kita sebagai normal human turut rasa sedih biarpun bukan dari golongan family kita yang terlibat…yang penting niat kita dan kita bersatu hati…sekarang dugaan family mereka…kita x tau nasib kita macam mana kan…
sama la dengan aku
bab2 berkabung ni aku pakai suka hati je
bukan hitam
hari yang suram unutk semua..salam takziah
sedih juga pada hari tu…
berat mata memandang berat lagi kan bahu memikul, semoga keluarga arwah diberi kekuatan untuk menghadapinya
Saya pakai baju Melayu hitam semalam, memang menginsafkan tragedi ini. 🙁
Pakai baju Melayu hitam pergi solat jumaat kan cantik. Cuma kalau pakai hitam semata-mata kerana ada kematian, itulah yang banyak dipertikaikan…….
bab baju.
pakai je apa-apa. tak jatuh hukum wajib pakai baju gelap atau hitam. walaupun aku tengok kat facebook bersepah orang keluar fatwa masing-masing.
Yang penting, kita hormat dan simpati pada mereka yang terlibat nih tak kiralah secara langsung atau tak langsung.
terasa sebak gak bila menonton live kt tv tadi
Alfatihah