• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Jalan-Jalan Melaka | Melaka River Cruise

Jalan-Jalan Melaka | Melaka River Cruise

By Hazmin Hamudin | 4 July 2011 | 6 Comments

Melaka River Cruise (1)

Beberapa hari lepas tak sempat nak update entri dekat blog sebab aku pergi Melaka untuk menghabiskan masa di sana. Wah… Bukan main lagi menghabiskan masa dekat Melaka. Yela… Nak jumpa my fiance. Kalau sebelum ni memang tak berkesempatan langsung nak berjalan-jalan dekat Melaka, tapi kali ni aku pastikan yang aku dapat buat apa yang aku hajatkan.

Ok la… Berbalik kepada tajuk entri aku kali ni, memang dah lama aku berhajat nak naik Melaka River Cruise ni. Asyik tangok dalam gambar, dalam tv, macam menarik je pemandangan waktu malam sambil menyusuri Sungai Melaka ni. Mana boleh jadi, hajat mesti dilaksanakan. Sesiapa yang datang ke Melaka haruslah menaiki Melaka River Cruise ni.

Melaka River Cruise boleh dinaiki dari Taman Rempah, Melaka dengan bayaran RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak dari 2 – 12 tahun. Perjalanannya pula dari Taman Rempah ke Dataran Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah.ย  Perjalanan ni mengambil masa selama 45 minit pergi dan balik. Tapi kalau terus mahu berhenti di mana-mana perhentian juga boleh. Selain itu, boleh juga menaiki Melaka River Cruise ni melalui perhentian-perhentian yang tersedia kalau tak silap aku.

Masa naik aku dapat duduk dekat depan. Memang excited la kan sebab dapat pemandangan luas dan cantik. Tapi tak sangka pulak siapa-siapa yang duduk dekat depan akan disediakan dengan ‘pakej’ yang menarik. Memang terbaik la sepanjang perjalan asyik terkena percikan air Sungai Melaka yang ‘wangi’ itu. Hambik kau.

Ok la… Dengan menaiki Melaka River Cruise ini kita dapat melihat pemandangan-pemandangan yang menarik di kiri dan kanan sungai di mana terdapat rumah-rumah tradisional, bangunan lama zaman penjajah Portugis, Belanda dan British, senibina jambatan-jambatan yang menarik dan pelbagai lagi. Memang cantik la terutamanya pemandangan Kampung Morten yang dilimpahi dengan lampu yang bewarna-warni dan terang benderang. Selebihnya jom la tengok gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot. Kualiti gambar kurang memuaskan disebabkan menggunakan kamera handphone sahaja.

Melaka River Cruise (2)

Melaka River Cruise

Melaka River Cruise (4)

Melaka River Cruise (5)

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • mae 11 September 2015 at 6:15 PM

    wah melaka ada river cruisenya ๐Ÿ™‚ apakah bisa 1harian full hanya jalan di melaka, apa dekat dengan jongker street?

    rencana saya dan kawan kami dr jakarta setelah nonton motogp sepang akan ke melaka ๐Ÿ™‚

    mohon infonya.

    terima kasih

    Reply
  • shida 6 July 2011 at 9:54 PM

    saya pon baru balik dari melaka ahad lepas..xsempat naik cruise tu..hu3~~
    next time nak naik!!!
    but kitorang naik Menara Taming Sari..:P
    jom usha2 entry saya http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/percutian-tak-dirancang.html

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 July 2011 at 9:58 PM

      next time kalau datang melaka lagi kena try river cruise pulak..tapi make sure naik waktu malam la…hehe…

      Reply
  • zool 4 July 2011 at 10:13 PM

    wah tak ramai ek. mesti time hari kerja tu. kalau hari cuti memang beratur tu….
    datang jasin beritau le.. leh kita ngeteh sikit

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 July 2011 at 10:30 PM

      pergi hari sabtu..ramai jugak masa tu..dalam gambar je nampak tak ramai… ๐Ÿ™‚ .penuh jugak la rombongan dengan bas… ok… boleh je ngeteh…kalau takda apa sebelum puasa ni pergi jasin lagi…

      Reply
Trackbacks
  • Coconut Shake Klebang 9 July 2011 at 11:31 AM

    […] berjalan-jalan dekat Bandar Melaka dan berjaya menunaikan hajat nak menyusuri sungai Melaka naik Melaka River Cruise. Memang puas hatilah kan bila hajat dah tercapai. Entri pasal Melaka River […]

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kembali Berblog Selepas Puas Bercuti

By Hazmin Hamudin

Selamat Pengantin Baharu Kepada Asyrin Ramli dan Pasangan

By Hazmin Hamudin

Lama Jugak Menyepi

By Hazmin Hamudin

Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka Puasa

By Hazmin Hamudin

Perlawanan Malaysia vs Myanmar SEA Games 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in