Kecewa Permohonan Innity Ditolak. Malam kelmarin aku memberanikan diri atau lebih tepat mencuba nasib dengan submit application untuk mendaftar untuk menjadi publisher Innity buat kali pertama. Bagi mana-mana blogger yang tak tahu apa itu Innity, apa kelebihan Innity dan syarat-syarat untuk memohon Innity bolehlah merujuk dekat SINI. Tapi aku pasti kebanyakan blogger tahu apa itu Innity kan. Ramai juga blogger yang tergila-gila untuk memasang iklan Innity di blog masing-masing. Tapi apa kan daya akibat syarat Innity yang ketat telah membataskan semua tu.
Setelah menunggu email balasan daripada pihak Innity dengan hati berdebar-debar, jawapan yang diterima adalah sangat mengecewakan hati nurani aku ni. Nampaknya permohonan aku untuk menggunakan Innity telah ditolak. Sebab permohonan aku ditolak adalah kerana Low Traffic, Inappropriate Content. Tentang Low Traffic tu aku faham, tapi yang Inappropriate Content tu aku kurang pasti pulak sebab apa. Ada siapa-siapa boleh jelaskan pasal benda ni?
Berikut adalah email yang telah dihantar oleh pihak Innity.
Thank you for your application to join Innity Performance Network. After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria, due to Low Traffic, Inappropriate Content. Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.
We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants.
If you need more information, please let us know.
Thank you for your understanding.
Sincerely,
The Innity Performance Network Team
Berkenaan syarat trafik untuk menjadi publisher Innity iaitu sebanyak 40,ooo unique visitors (UV) sebulan dan 200,000 page view (PV) sebulan, mungkin sesetengah blogger mudah je nak capai syarat macam ni. Tapi bagi blogger macam aku yang boleh dikategorikan biasa-biasa sahaja memang terasa agak berat jugak nak capai. Memang aku tahu aku apply Innity ni dengan trafik cukup-cukup makan sahaja iaitu 48,569 UV dan 479,737 PV untuk statistik bulan November 2012. Jadi kebarangkalian permohonan aku ditolak adalah cukup tinggikan. Bulan-bulan akan datang aku akan cuba untuk meningkatkan lagi trafik ke blog aku.
Nak kata kecewa sangat tu takda la. Sekurang-kurangnya aku tahu sejauh mana tahap blog aku sekarang ni. Masih banyak lagi yang perlu diperbaik dan dipertingkatkan lagi bilangan trafik yang masuk. Patutlah selama ni tak pernah lagi merasa dapat Buffered Earnings (BE) atau sekarang ni CPUV (Cost-per-unique-visit) daripada pihak Nuffnang. Takpa, jangan berputus asa. Boleh cuba lagi untuk bulan-bulan yang akan datang ni. Untuk dapat yang terbaik, kita perlu jadi yang terbaik. Usaha perlu ditingkatkan lagi.
Tahniah, saya apply innity sampai sekarang tak ada respon, diorg akan respon sama ada ditolak dan diterima kan, ni dah dekat seminggu masih x de respon lagi. Mintak2 la respon positif.
Salam, saya pun baru je apply menjadi publisher Innity ni, tengah hari apply, petang dh approve. Bab UV dan PV pun rasanya lebih kurang sama je dengan bro punya. Maybe rezeki saya kot setelah hampir setahun menunggu untuk apply. Sekarang ni nak bandingkan Innity or Komli yang paling bagus.. 🙂
dh byk kali apply tp asyik kena tolaj jerk
Memang ketat dah syarat innity sekarang ni. Kena betul-betul mantap baru boleh lepas.
salam
nak tanya..image untuk traffic report tu amik kt mane???
Image trafik tu ambik dekat AWStats. Kalau menggunakan self hosting wordpress pasti ada benda ni.
bro, nak tanye, apa capcha code kt publisher tu eik…susah btul nak bace..try byk kali xlpas2 code tu
trafik banyak tu..sy ingat mesti innity nak upkan lg syarat trafik ni..huhu sy pun dah 6 kali kena tolak..malas dah nak apply..huhu…
Wah.. sampai 6 kali kena tolak. Lagi banyak tu. Hehe
Saya tak pernah cuba lagi daftar innity sebab tahu akan di tolak. huhu
Hehe.. cuba nasib je bro. Baru tau kemampuan dirikan. Hehe
teruskan usaha untuk meningkatkan trafik blog ini. jgn putus asa ye..
Itulah.. InshaAllah satu hari nanti trafik pasti akan meningkat.
bukan senang dgn innity ni bro ..demand lebih
Tu la dia.. Demand melampau2.. Kih3.. Lagipun memang tak layak lagi kot.
Tak pe bro. Lain kali boleh try lagi.
Xboleh putus asa. Kena try lagi lepas ni.
Mungkin ada rezeki yang lain tu.
Mungkin jugakkan. Siapa tahu.
ade rezki lain yg lebih baik tu nanti… semoge dapat banyak2 iklan sangaat 😉
Banyak2 iklan ye Nadot. Baik lagi dapat banyak2 idea nak menulis. Hehe
rugi la innity tolak application bro..huhu
Tak layak lagi bro. Ingat dah layak. Hehe
Assalamualaikum…
Terbaik… bukan senang nk cecah that angka.. especially org baru mcm saya…
hope bro dpt beri tunjuk ajar…
Waalaikumsalam. Berblogging kena ada minat. Bukan kejar trafik semata-mata. Tulis dengan ikhlas kepada pembaca, suatu hari nanti trafik (pembaca) akan datang sendiri kepada kita.
terimakasih Hazmin,dr meniarap,merangkak dahulu,kemudian bertahih,kalau ada yg tertunggeng terbalik entry di blog sy sudilah tunjuk ajar,tak dpt nak berlari mengejar anda semua yg pro,dpt berdiri di atas kaki sendiripun kira baik
InshaAllah, kalau ada yang silap rajinlah bertanya. Pasti ramai rakan blogger yang boleh membantu nanti. Lama-lama nanti jadilah yang pro tu. Hazmin pun belum tahap pro lagi.
huh terbaik traffik beb..setahu saya sbb yg kedua paal entry..lagi cantik kalu ada niche 🙂 itu yg saya tahu laaa..
Susah la kalau blog personal nak ada niche macam tu. Nak buat niche ni amat susah bagi orang yang bekerja 8-5 macam saya ni. Memang takda masa. Dulu jugak senang nak apply.
biasa la dah ramai yg mampu apply kot hehehe
Itulah.. Makin ramai blogger dah sekarang ni. Rugi tak apply cepat2.
teringin nak apply hehehe
Fuhhh!! bukan senang tu kan..
Takpe teruskan usaha dan mencuba ye… Moga berjaya nanti.
Dulu dengar kata senang je nak apply. Sekarang ni je telah diketatkan.
salam,langsung tak tau,sy br belajar meniarap dlm dunia maya ini,terimakasih sudi dtg ye Hazmin
Dari meniarap kita akan berjalan dan terus berlarikan. Semoga terus maju dalam berblogging ye.
tak apalah. cuba lagi lain kali..
Pasti akan cuba lagi bila dah bersedia. Hehe
Pernah mersa ditolak dan diterima.. Apa-apapun just buat macam biasa, rezeki tuhan bagi kita cari…
Ada apa-apa tips tak untuk diterima? Hehe..
hello bro,
pernah juga mengalami nasib yang sama dengan bro sebelum ini, turut bersimpati. Cuba lagi bro, naikkan UV blog dengan entry-entry yang fresh dan cuba SEO. Blog saya yang satu lagi semakin ditinggalkan. Entah apa nasib blog itu lepas ni.
Bro Donny, Terima kasih untuk tips tu. Pasti akan cuba lagi di masa akan datang.
Takpe, cuba lagi bro
bukan trafik tu dah lepas ke…
Akan datang nak cuba apply lagi. Kena betul-betul bersedia. Tula, ingat trafik tu dah lepas. Tapi masih lagi di tahap rendah je tu.
tak terlawan dah aku
memang payah aku nak dapat trafik banyak macam tu
Ala.. Saya pulak tak terlawan dengan pantun bro TehR. Hehe
dh malas nk lyaan innity..hehehe..byk kali dh kena reject..baik gune yang ade jer 🙂
Wah.. lagi la dah banyak kali kena reject dengan Innity ni ye. Sekarang guna apa?
skrng guna adsense dan tgh apply komli..hope dpt la komli tu.. 🙂
Senang ke nak lepas adsense kalau blog BM ni?
sy apply gune blog bi..stahu sy blog BM ni x lps lg nk apply adsense..
Patut la. Guna blog BI rupanya. Hehe.
itu ker sebabnya…hmmm patotla akak x penah dpt dr nuff tu
Akak tak pernah dapat apa dari nuff?
xpenah lagi apply.. akan apply xlama lagi..
Wah.. Mesti trafik dah kencang ni kan.
tak pernah kawe apply ehhh… cukup jer layan adsense jer. Ponat nak jaga byk sgt program 😀
Aku lagi la tak layak nak apply adsense tu bro. Blog bro ada campur dengan BI kira ok lagi la..
adsense tak aprove2 lagi huhu
boleh cuba lagi nanti keep it up jer insyaallah boleh dapat
Itulah.. Nak kena naikkan lagi trafik dan baiki apa yang kurang.
Takpe cuba lagi. Bab BE tu serius aku pelik. Trafik blog aku tu, tak sampai 100 uv sehari, tapi dapat BE
Serius trafik blog ko ni, 10 kali ganda lagi baik berbanding blog aku tu.
Uit.. Trafik bro tak sampai 100 uv sehari pun dah boleh dapat BE ke? Pelik jugak Nuffnang ni. Rasa macam nak hantar tiket je dekat diorang ni.
takpe bro… mungkin takde rezeki lagi… remy pun kekadang sedih jugak….. BE tak pernah singgah……. tapi bila difikirkan balik… mungkin blog remy tak sebagus blog lain…. kena redha aje… mungkin bukan rezeki remy disini….
Itulah. Belum rezeki lagi. Remy pun tak pernah dapat BE jugak ke? Mungkin blog kita ni ada lagi ruang yang perlu ditambah baik.
Rasanya syarat menyertai Innity telah dinaikkan sejak awal tahun 2012.
Itulah.. Rasanya kalau ikut syarat asas dah lepas dah. Tapi mungkin nak lebih lagi daripada tu.