• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Keputusan Kursus Lead Auditor QMS

Keputusan Kursus Lead Auditor QMS

By Hazmin Hamudin | 13 August 2014 | 49 Comments

Sijil Lead Auditor

Bulan Mei lepas aku ada hadiri Kursus Lead Auditor ISO 9001:2008 selama lima hari anjuran AJA EQS Certiication (M) Sdn Bhd – Rujuk entriΒ Kursus Lead Auditor. Memang selama lima hari berkursus tu kena memerah otak secukupnya la. Kurus Lead Auditor QMS ni bukan sebarang kursus sebab hari terakhir semua peserta kursus perlu menduduki peperiksaan.

Aku kalau pergi kursus je kira ok lagi. Tapi kalau dah kena ambik peperiksaan pulak masa kursus, dah boleh melemahkan semangat berkursus. Haha. Tapi takpa. Kalau nak jadi auditor QMS yang berjaya kenalah hadap semua ni kan.

Sijil Lead Auditor

Tadaaa… Ni la rupa sijil Kursus Lead Auditor QMS tu. Untuk makluman korang, semua peserta akan dapat sijil dan tak semestinya akan lulus. Rasa-rasa korang, berdasarkan sijil yang aku dapat ni aku lulus ke tak?

Sebenarnya aku ni takda la hebat sangat dalam mengaudit QMS ni. Pengalaman pun masih cetek lagi bab audit ni. Tapi entah macam mana aku boleh suka rela nak pergi kurus ni. Kekonon power sangat la.

Disebabkan pengalaman aku yang masih cetak dalam mengaudit ni, maka aku telah gagal dengan jayanya peperiksaan Lead Auditor ni. Haha.. Siapa tak kecewa wei kalau tak lulus exam. Tapi nak buat macam mana. Memang susah jugak la soalan dia. Kalau dah peperiksaan ‘open book’ pun tak boleh nak jawab, kira senang ke susah macam tu?

Takpa la, kira bukan rezeki aku kali ni. Yang penting aku ada pengalaman pergi Kursus Lead Auditor QMS ni. Bukan semua orang yang berani nak pergi kursus macam ni. Ilmu yang aku dapat masa kursus ni aku rasa lagi berguna. Macam-macam yang aku dapat dan boleh praktikkan masa mengaudit nanti.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Padin 17 August 2014 at 12:08 AM

    hahhaa xpe, pengalaman tu.. jgn mengalah kat sini je bro πŸ˜€

    Reply
  • halif 15 August 2014 at 11:47 AM

    Bukan nak apala, tapi tulisan kat atas envelop tu mmg class….anyway, happy mengapply ISO bro.

    Reply
  • anies 15 August 2014 at 11:26 AM

    sijil tu yg best… kursus of coz la best kn

    Reply
  • deqnoor 14 August 2014 at 5:31 PM

    yang penting dah cuba.. cuba lagi lain kali ye… πŸ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 August 2014 at 9:28 AM

      Kalau ada peluang bole je cuba lagi. Tapi akan datang kena pastikan betul-betul bersedia la.

      Reply
  • tiha 14 August 2014 at 3:52 PM

    yang penting dah selamat berkursus dan dapat kutip ilmu..
    dah lama jugak akak ni tinggal alam pekerjaan, otak pun dah macam beku πŸ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 August 2014 at 9:28 AM

      Betul tu kak. Ilmu masa kursus tu yang berhargakan.

      Reply
  • Hafizul 14 August 2014 at 1:18 PM

    Hahahaha..rilek bro..lepas ni kalau ada, leh cuba lagi..apa2 pun, sijil tu sangat menarik..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 August 2014 at 9:27 AM

      Lagi menarik kalau lulus. Hehe

      Reply
  • jarimanis 14 August 2014 at 12:40 PM

    ohh tak pernah dgr ek..Information Security Management System (ISMs) ISO/IEC 27001 : 2005

    Reply
  • Cikgu Hairul 14 August 2014 at 9:17 AM

    Macam mengerikan je kalau g kursus pastu ada exam. Tetiba bila dapat result, gagal plak tu.. Cuba next year..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 9:24 AM

      Memang mengerikanpun. Patutnya kursus boleh rileks sebab tak payah masuk pejabat. tapi ni kursus kena study pulak. Lepas tu dapat keputusan GAGAL. Lagi ngeri.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 14 August 2014 at 9:04 AM

    Sekurang-kurangnya sudah mengalaminya. Sudah mencabar kredibiliti diri. Kakak ni tak pernah lagi. Betullah.. kalau dah boleh open book pun kecundang bukan calang-calang punya soalan..

    Cuba lagi!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 9:23 AM

      Terima kasih kakzakie. Itulah. Memang jawapan dia bukan direct daripada buku. Kena berfikir.

      Reply
  • Hanim Hashim 14 August 2014 at 8:07 AM

    Gagal kali ni bukan bermakna gagal selamanya. Nak dapatkan sijil tu pun bukan senang sebenarnya hehe. Apapun, teruskan berjuang moga Allah permudahkan jalan untuk bro πŸ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:50 AM

      Terima kasih ye. InshaAllah mungkin ada peluang yang lain akan datang. Pergi kursus ni pun dah cukup berani dah.

      Reply
  • Hero Borneo 14 August 2014 at 6:55 AM

    komen spam pun masuk juga ke..?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:39 AM

      Itulah. Tah mana mana boleh lepas spam ni. dah selamat dibuang dah.

      Reply
  • Hero Borneo 14 August 2014 at 6:52 AM

    bro bukan gagal..cuma belum berjaya..cuba lagi kerana percubaan pertama adalah kejayaan permulaan..betul tak?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:49 AM

      Terima kasih bro. Betul2 memotivasikan saya ni. Dengan pengalaman ni kita belajar untuk berjaya pulak.

      Reply
  • Denaihati 14 August 2014 at 12:07 AM

    tahniah bro. sijil mahal ni, boleh pakai kat mana-mana industry/organisasi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:48 AM

      Terima kasih tuan. Itulah. Kalau lulus lagi menarik sebab boleh ke mana-mana organisasi/industri dengan senang. InshaAllah akan cuba lagi lain masa.

      Reply
  • jari manis 13 August 2014 at 10:34 PM

    tak pe walau x lulus tetap dpt sijil. Jm pulak pegi ambil kursus lead auditor ISMS alhamdulillah LULUS baru dpt sijil klau gagal sijil tidak di sediakan. Selagi x lulus x boleh jadi lead auditor ISMS tu haaa lagi parah πŸ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:47 AM

      Wah… JM pun auditor jugak ke? Tapi ISMS tu apa?

      Reply
      • jarimanis 14 August 2014 at 12:39 PM

        Ohhh…tak pernah dgr ek…Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001 : 2005

        Reply
  • puteri kasih 13 August 2014 at 10:09 PM

    lain kali boleh cuba lagi kan..yang penting dapat ilmu baru masa kursus πŸ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:46 AM

      Betul tu puteri. Yang penting dapat ilmu baru masa berkursus.

      Reply
  • encikarman 13 August 2014 at 6:49 PM

    perghh, dah nak lead dah.. boleh buat duit gak tuh bro bila buat sendiri audit utk kompeni lain.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:46 AM

      Nak buat external audit tak pandai lagi rasanya ni. Hehe. Cetek lagi pengalaman ni bro.

      Reply
  • Norfanil 13 August 2014 at 6:07 PM

    Audit dalaman? hehe.. best tak?
    audit luar pening kepala.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:46 AM

      A’ah. Audit dalaman. Best dapat jalan2. Haha.

      Reply
  • eray 13 August 2014 at 4:32 PM

    dapat g exam pun dah best, takpe…cuba lagi ditahun hadapan, mana tahu ada rezeki πŸ˜€

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:45 AM

      Cuba lagi tahun depan tu tak tahu lagi. Sebab harga kursus ni boleh tahan jugak mahalnya. Hehe

      Reply
  • Mrs.Secretary 13 August 2014 at 3:56 PM

    ala jangan sedey2 yer.. next time cuba lagi k.. dapat jugak sijil dah tue kira okey la kan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:44 AM

      Itulah. Kalau tak dapat sijil langsung lagi la sia-sia. Hehe

      Reply
  • Myra Jay 13 August 2014 at 12:26 PM

    Takpe cuba lagi nanti πŸ˜‰

    Yg penting dapat Sijil..hehee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:43 AM

      Hehe. Dekat sijil bukan ada tulis fail pun kan.

      Reply
  • mai has 13 August 2014 at 12:01 PM

    di mana ada kemahuan mesti ada jalan. semoga Allah akan berikan peluang yg lebih baik pada tuan nanti.ameen

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:43 AM

      Terima kasih. InshaAllah nanti ada peluang yang lain.

      Reply
  • akubiomed 13 August 2014 at 11:33 AM

    Usaha tangga kejayaan. Kalau sudah certifiy langkah lebih jauh. Boleh masuk audit firm gaji lagi kencang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:42 AM

      Itulah. Kalau ada sijil lead auditor, boleh buat duit dengan ambil part time di luar.

      Reply
  • ema 13 August 2014 at 10:36 AM

    boleh cuba lagikan…. apapun tahniah juga berjaya dapat sijil penyertaan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:42 AM

      Terima kasih kak. Boleh cuba lagi kalau ada duit. Mahal jugak kursus ni. Hehe

      Reply
  • JR 13 August 2014 at 9:51 AM

    Tak per… mula2 hadir kursus untuk timba pengalaman dulu, kemudian baru lulus dengan gilang gemilang dan kemudian jadi auditor yang digeruni pegawai dan staf lain… hehehehe…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:41 AM

      Hehe. Auditor memang sentiasa digeruni tiap masa kan bro JR. Tapi kalau kurang pengalaman boleh diperkotak katik balik la.

      Reply
  • daddyziyyad 13 August 2014 at 9:50 AM

    takpa bro…yg penting pengalaman hadiri kursus tu dah ada..dan next year, boleh cuba lagi amik…tapi mmg susah la exam tu kan sebab open book pun boleh fail! hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:40 AM

      Jangan kata open book. Siap meniru pun boleh failed jugak. Hehe. Nak ambik lagi memang fikir banyak kali je ni.

      Reply
  • Ismail N 13 August 2014 at 9:05 AM

    Tahniah.. moga2 akan terus bina kerjaya cemerlang dalam bidang audit nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:40 AM

      Terima kasih. Audit ni sampingan je sebenarnya bro. hehe.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kualiti Atau Kuantiti Lagi Penting ?

By Hazmin Hamudin

Kesan Contengan Di Kereta Dah Hilang

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk

By Hazmin Hamudin

MS ISO 9001:2008 | Meeting

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Wanita Sedunia 2013

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 Β· Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in