Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan keputusan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 yang telah dijalankan pada 6 September 2014 yang lepas. Aku tahu mengenai pengumuman ni pun lepas tengok Facebook SPA. Sekarang ni semua benda mudah dan cepat sampai kepada pengguna kalau disebarkan melalui media sosial.
Terkejut jugak aku sebab tak sampai seminggu menjawab peperiksaan, keputusan bagi peperiksaan ni sudah dikeluarkan dan boleh disemak oleh semua calan. Masa aku pergi Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 hari tu, Pegawai SPA cakap keputusan akan dikeluarkan dalam masa seminggu ke dua minggu paling lewatpun. Ini betul-betul laju.
Berdebar jugak la nak semak keputusan peperiksaan ni memandangkan aku tak sempat nak jawab Bahagian B dengan jayanya. Laju je aku terus semak keputusan dengan klik pada pautan yang diberi.
Alhamdulillah. Syukur sangat lepas tengok mesej yang terpampang pada skrin.
Tahniah anda BERJAYA. Anda akan dipanggil temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Macam tu la bunyi mesej yang aku dapat. Aku pun tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan pada masa tu. Serius, macam tak percaya pun ada juga. Dalam hati memang seronok sangat la dengan keputusan yang aku dapat ni. Nak menjeritpun ada. Tapi aku tahan. Karang terlebih excited pun tak boleh juga. Ada lagi satu halangan terakhir yang aku kena lalui.
Eh.. Untuk pengambilan Penguasa Kastam ni tiada ujian fizikal ke? Ya, memang tiada ujian fizikal untuk pengambilan kali ni. Itu apa yang dimaklumkan semasa aku hadiri Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Memang rugi kalau aku tak jawab betul-betul peperiksaan ni. Lepas dah lulus peperiksaan terus hadiri temuduga tanpa ada ujian fizikal.
Mengikut statistik oleh SPA, seramai 56,546 orang telah menduduki peperiksaan dan seramai 6,236 (11.02%) calon telah diperakukan lulus. Boleh tahan juga ramai untuk merebut jawatan yang tak seberapa banyak tu. Memang sengit persaingan nanti ni.
Dalam bergembira ni sebenarnya terdapat juga calon yang menghadapi masalah teknikal semasa menjawab peperiksaan pada 6 September 2014 yang lepas. Alhamdulillah aku sendiri tidak menghadapi masalah teknikal langsung semasa menjawab peperiksaan pada hari tersebut. Memang lancar sepanjang menjawab soalan. Yang dihadapi hanyalah masalah tak tahu nak jawab soalan je. Hehe. Terima kasih lah dekat Cyber Cafe yang menyediakan perkhidmatan internet yang laju dan sistem komputer yang power.
Bagi calon yang menghadapi masalah teknikal tu, SPA memberi peluang kedua pada hari ini 10 September 2014 untuk menjawab semula soalan, jam 8.00 malam sehingga 10.55 malam. Tapi sebelum tu kenalah buat aduan dulu dekat SPA.
Untuk yang berjaya lulus peperiksaan hari tu, aku nak ucapkan tahniah juga. Bukan senang nak lepas sehingga ke peringkat ni. Semoga berjaya untuk peringkat temuduga pula.
SPA9
APPLY JWTAN KOKOSONGAN POLIS SPA POLIS
assalamualaikum.. so macam mana result temuduga?
Dukacita
Sy dpt simpanan lantikan… harapan la nampaknya… so, sy pun tengah berdukacita ni… uuwwwaaa…
Ok la tu awk dapat simpanan. Ada harapan lagi tu kan.
Wah. tahniah.
Selamat anda berhasil dalam peperiksaan SPA
Semoga berhasil juga untuk sesi selanjutnya 🙂
Tahniah!!
dan semoga berjaya dalam sesi temuduga ye 😀
Harapan saya, dengan pelbagai tapisan dan saringan yang nampak rumit itu, pihak Kastam dapatlah calon yang jujur dan telus dan tak kelabu mata bila uruskan transaksi ribu-ribu ringgit. Sekian, terima kasih. 😀
Tahniah bro…good luck untuk interview nanti
Adehhh, jiran kawe kastam. Boleh inform dia lah 😀
Macam terbaik je ni bro. Kihkih.
tahniah bro, akak dah stop
apply gomen ni, alhamdulillah kerja skrg sngat puashati benefitnya
Tahniah bro. Lepas berhempas pulas study akhirnya berjaya. Kawan aku pun ada gak yang ambik exam haritu. Berjaya jugak. Sekarang dah jadi cikgu, masih lagi rebut peluang ambik exam. Kesian gak kat mereka yang tak terpilih sebab ada orang2 macam tu.
Alhamdulillah…tahniah bro, aku pun tumpang gembira dengan berita baik ni…semoga berjaya untuk menempuh stage yang seterusnya… 😀
tahniah min. lepas ni gaji besar la dia.
Alhamdulillah, tahniah diucapkan.
congratz u berjaya at the 1st stage…untungla xde masalah teknikal ye..kita ni punyala susah nk masuk…bila dh masuk jawapan byk xboleh save…last2 failed(plus xreti jwb hik3)…hehe..tp alhamdulillah second exam pass…so sama2 kita usaha utk interview nanti k..gudlux..
tahniah sebab lulus exam, lepas ni saya doakan lulus temuduga pulak
Tahniah…ruginya JM x apply..semoga berjaya dalam interbiu jgak
Tahniah…semoga berjaya dalam temuduga dan seterusnya melepasi tapisan-tapisan selanjutnya…
Tahniah bro. Selamat menghadapi halangan seterusnya.
tahniah bro kerana berjaya, lepas ni kena prepare temuduga plak
tahniah min.
tahniah..tahniah… saya x berjaya pon..huhu
nak try malam ni…
Tanniah bro. 🙂
Tahniah yer.. tumpang happy juga. 🙂
ramai juga kawan2 yang komplen pasal peperiksaan on9 nih.
byk faktor jugak yang boleh menggangu kelancaran peperiksaan on9 nih kan~
Good luck yer untuk temuduga nanti..:)
alhamdulillah n tahniah… moga berjaya dlm interview nnti… kt opis akak nih pun ada beberapa org yg amik peksa n gagal tp takpe blh cube lg n lg kan…
Betul ek takde ujian fizikal? hehehe..macam x caya..but alhamdulillah lulus. one step to go! hehe. good luck encik!