• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Kereta Dah Kena Curi

Kereta Dah Kena Curi

By Hazmin Hamudin | 15 December 2017 | 25 Comments

Kereta-Kena-Curi

A’ah. Betul la tu tajuk yang korang baca tu. Tapi bukan kereta aku, kereta wife aku. Lebih dua minggu dah kereta wife aku kena curi dengan malaun mana tah. Kuang ajar betul. Kalau dapat memang siap aku bogelkan ikat dekat pokok. Haha. ‘Kalau’ dapat la cerita dia. Kalau nak dicerita dan diluahkan perasaan marah ni, boleh jadi tunggang terbalik blog ni nanti. Nampak tak aku tengah marah ni? Dia ingat beli kereta ni macam beli ikan bilis pakai timbang agaknya. Gambar tu tempat wife aku letak kereta dia masa hilang tu. Kereta Proton Wira lama je kot. Apa kejam sangat la kau ni penyangak.

Dah la kereta yang hilang tu kereta kesayangan wife aku. Ye la, kereta arwah ayah dia. Turun ke dia pulak. Mana tak sayang. Ada nilai sentimental dekat situ walaupun kereta tu tak secanggih dan semahal kereta orang lain. Nilai sentimental mana boleh dijual beli ya tak?. Mana nak cari? Makan hari jugak la menangis je bila teringat kereta tu. Sebak jugak la aku tengok. Mana tak nya, tengah makanpun boleh mengalir air mata dia. Tak ke haru oi.

Sekarang ni nak berulang alik pergi kerja pun dah susah. Gara-gara lahanat yang buat kerja tak tau berapa orang ni. Aku bagi wife guna kereta aku. Takkan nak tengok dia naik teksi pulak. Gila laki kejam ke apa. Haha. Nak pergi kerja satu kereta pun tak boleh jugak. Tempat kerja tak sama jalan. Masuk kerja pun tak sama masa. Nampak tak kesusahan di situ. Nak mengeluh sangatpun tak boleh. Kena redha dengan ujian Allah.

Nasib baiklah LRT dekat je dengan rumah aku. Sejak kerajaan dah extend LRT laluan Sri Petaling ni sehingga ke Putra Height, senang la sikit aku nak pergi kerja naik LRT. Ada la pilihan nak naik dari stesen Kinrara BK5, Alam Sutera atau IOI Mall. Tapi paling dekat Kinrara BK5 la. Bab ni aku berterima kasih la dekat kerajaan. Yela, benda baik kita puji la. Takkan nampak yang tak elok je. Bab baik korang pejam mata pulak. Hal politik ni aku malas nak ambik port sangat. Masing-masing dengan fahaman masing-masing. Janji aku senang nak pergi kerja dah. Tambang mahal ke murah ke, tu belakang cerita.

Lepas ni kena la buat kira-kira balik macam mana nak beli kereta lain. Habis lari semua perancangan. Sabar jela. ‘Patah kaki’ kejap. Ada sebab kenapa Allah beri ujian macam ni. Siapa tahu akan datang akan dapat yang lagi baik. Siapa ada pengalaman kereta kena curi? Mana tahu ada sesuatu yang boleh cerita. Sebelum ni dengar cerita kereta orang lain kena curi, sekarang jadi dekat diri sendiri. Fuh, nikmat beb pengalaman dia.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Erwin Pratama 30 August 2018 at 12:17 AM

    Semoga pencurinya segera ditangkap.

    Reply
  • Nunu Eera 23 January 2018 at 10:17 AM

    Kete rosak pn da patah kaki. ni kan pulak hilangkn..
    hurrrmmm..

    Reply
  • zara 18 January 2018 at 2:49 PM

    Moga digantikan yang lebih baik 🙂

    Reply
  • titan 24 December 2017 at 4:52 AM

    okeh.
    hilang kereta atau motor.
    memang pedih tu weh.
    tak apalah.
    mana tahu..dalam masa terdekat Allah nak bagi ko kereta baru ke..anak baru..rezeki bertambah ke..naik pangkat ke..menang hadiah cabutan bertuah ferrari baru ke..bini baru ke..
    kita tak tahu.
    reda dan pasrah ajelah..
    hoho..

    Reply
  • Khairul Zamri 21 December 2017 at 7:18 AM

    Macam-macam orang hari benda yang tak mahal pun dia nak rembat juga, semoga ada ganti yang lebih baik lepas ni

    Reply
  • Bahrain 18 December 2017 at 12:01 PM

    perkembangan sekarang macam mana? Masih belum jumpa lagi ke keretanya? Aduh!.. takut pula baca.. krang motor ak plak nanti kena rembat.. naya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 12:32 PM

      Masih tak jumpa bro. Rasanya dah selamat jadi spare part dah kereta tu.

      Reply
  • Raihanah 18 December 2017 at 8:37 AM

    nauzubillah tak pernah ada pengalaman camni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 12:31 PM

      Itulah. Bukan semua orang dapat merasa pengalaman istimewa macam ni kan

      Reply
  • kisahsidairy 18 December 2017 at 8:11 AM

    kena curi?senang je kan malaun tu buat kerja..apa pun,moga wife tabah..yelah..kereta kesayangan,walau bukan kesayangan pun,dah hak kita,bila dicuri,haruslah marah dan sedih.Mungkin Allah swt ada perancangan baik untuk awak dan family..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 12:30 PM

      Itulah. Kena banyakkan bersabar jela. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlakukan.

      Reply
  • Padin 17 December 2017 at 9:47 PM

    aii lebih kurang sama je kisah kita ni bro bab ‘patah kaki’ tu..
    cuma keta wife aku bukan kena curi.. tapi declare total loss.. eksiden..
    aduhai…

    macam2 dugaan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 8:07 AM

      Fuh, situasi yang berbeza tapi beri kesan yang sama ni. Harap bro bertabah juga.

      Reply
  • Naziman Azlye 17 December 2017 at 6:49 PM

    Secara peribadi saya sendiri tidak pernah kehilangan kereta, tetapi rasa peritnya bila orang lain jahat ni sebab saya sendiri pun buat bisnes sewa kereta sebelum ni.

    Antara yang saya belajar masa bisnes sewa kereta ni, kereta memang perlu ada sistem GPS tracker walaupun kereta persendirian. Bahaya. Bila baca entri tuan, makin saya rasa perlunya GPS tracker tu.

    Apapun, saya doakan yang terbaik untuk tuan dan keluarga. Harap boleh jumpa balik kereta tu dalam keadaan baik. Ada hikmah disebalik masalah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 8:02 AM

      Itulah. kadang2 dah cegah macam mana pun, nak hilang, hilang jugak kereta tu. Tapi termenung kejap la fikir. Terima kasih tuan.

      Reply
  • Rapunzeel Cikilolo 17 December 2017 at 5:55 PM

    hal kereta hilang takleh buat main weyh.

    udah report polis belom? walaupun report polis nampak mcm lambat diberkas, tp sekurang2nya kita ni dah bagi data pada mereka supaya mereka alert benda alah ni.

    dulu, masa suami aku bertukang di kawasan sana aku pon naik lrt juga nak ke meeting ke mana.

    memang memudahkan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 7:59 AM

      Sudah semestinya dah report polis. Report kena cepat kalau kes2 mcm ni. Takut disalah guna pulak kereta tu. Management kondo pun kena inform biar semua alert.

      Reply
  • ajumohit 16 December 2017 at 3:17 PM

    geramnya dengar, memang kalau jumpa pencuri tu bukan setakat ikat kat pokok, tumbuk muka dia eloknya kan, dugaan 2017, ada hikmahnya ni dik, semoga murah rezeki suami isteri

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2017 at 3:39 PM

      Kalau ikutkan memang nak tumbuk sekali. Tapi tu la. Tak jumpa pulak siapa yang curi. Hehe.

      Reply
  • akubiomed 15 December 2017 at 9:16 PM

    Tumpang simpati dengan apa yang berlaku. 🙁

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2017 at 3:38 PM

      Terima kasih bro.

      Reply
  • JMR 15 December 2017 at 5:53 PM

    pencuri ni dah tak kira lama ke baru, janji boleh rembat.. memang lahanat la kan..semoga kereta wife bro berjaya dijumpai..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2017 at 3:38 PM

      Itulah pasal. Asal boleh rembat je diorang ni. Tq bro.

      Reply
  • sabree hussin 15 December 2017 at 4:10 PM

    Saya tak ada pulak pengalaman kereta kena curi, tapi pernah kena, ada orang masuk dalam kereta, curi barang-barang dalam kereta, (GPS dengan smart tag kena rembat) dan yang peliknya, tak ada tanda-tanda kereta tu kena pecah masuk.

    Seolah-olah macam orang yang masuk tu ada kunci pendua pulak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2017 at 3:37 PM

      Pencuri-pencuri ni memang hebat je bro. Selalu macam tu la. Kita tak sangka boleh hilang, tau-tau hilang pulak. Ada je cara diorang ni.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sedih

By Hazmin Hamudin

Perlawanan Malaysia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012

By Hazmin Hamudin

Hazmin Dan Zulaikha ?

By Hazmin Hamudin

Pencemaran Di Tangga Pejabat

By Hazmin Hamudin

Haram Tidak Bayar Pinjaman PTPTN

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in