Kes letupan bom di Tumpat Kelantan ni tiba-tiba buat aku nak update pulak blog ni. Kalau sebelum ni heboh dengan kejadian tembak-menembak di sana-sini, sekarang ni lagi maju pulak penjenayah sebab guna bom. Syukurlah Malaysia masih aman. Eh.
Berikut adalah fakta kes yang aku dapat mengenai kejadian tersebut:
A) FAKTA KES :
1. Pengadu : Rf 84216 Zaibullah bin Ismail
Caw Gerakan IPD Tumpat2. Mangsa : Mohd Yusrizal bim Mat Zai
Kpt : 810618-03-5649 (32 thn)
Almt : Kg Kenor 18000 Kuala Krai, Kelantan
Kerja : Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai
Status: Berkahwin ank seorang (perempuan, 4bln)3. Tempat kejadian: hadapan rumah No 127 Blok M Rumah JPN Kok Seraya, Tumpat, Kelantan
B) KETERANGAN KES :
Pada 11/8/2013 jm lebih kurang 1100hrs semasa pengadu bertugas di bilik gerakan ipd terima panggilan dari 999 mengenai kejadian letupan gas di taman seri periok chabang empat tumpat. Dan 1 mangsa cedera. Pengadu buat repot pertama.C) HASIL SIASATAN AWAL :
1. Menurut saksi mangsa keluar dari rumah ibu mertua utk melihat suatu benda atas kereta Naza Citra WNS 8721 (warna gold). Tiba2 dengar letupan kuat dan dapati mangsa terbaring atas jalan mengalami kecederaan teruk dan dapati meninggal dunia.2. Mangsa alami kecederaan putus dua belah tangan dan perut terburai.
3. Tiada saksi yg lihat kejadian.
4. Telah maklum unit Forensik, unit bom dan unit K9 untuk tindakan.
5. OCCI hadir di tempat kejadian.
Takziah aku ucapkan untuk keluarga mangsa yang terlibat. Dalam sibuk orang lain meraikan Aidilfitri, mereka kehilangan ahli keluarga pulak. Tak tahu apa motif kejadian ni. Memang sangat kejam la sampai guna bom untuk membunuh. Semakin hari semakin parah pulak aku tengok jenayah di Malaysia ni.
Semoga kes ni dapat diselesaikan dengan cepat. Lagipun anggota keselamatan kita dikatakan yang terbaik di dunia. Harap penjenayah yang terlibat segera dapat ditangkap.
Aku sendiri sebagai rakyat pantai timur…takut nak cari pasal ngan org.. coz sebelah je selantai thai..bom buatan sendiri or pistol buatan sendiri senang je nak dapat mcm barang mainan….. takziah pada keluarga mangsa
semoga dalang yang terlibat dapat di tangkap dan dijatuhkan hukuman berat…kesian keluarga arwah..hilang tempat bergantung..
semoga yang terlibat di hadap ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yg setimpal…
Takziah kepada keluarga mangsa. Tertanya-tanya macam ada batasan pihak berkuasa untuk bertindak adakah disebabkan pemansuhan undang-undang, kekurangan anggota atau pun kepakaran?
eh, baru balik dari tumpat. tapi dia tumpat area lain..
Eh.. Nasib awk selamat. Hehe.
Bahaya betul dekat Malaysia ni… Ada kes letupan dengan Bom… Kes Tembak menembak… Dan lain-lain….
Itulah.. Boleh menimbulkan kerisauan jugak kepada rakyat kalau tak ambil tindakan segera.