Ada jugak rupanya insan yang perasan akan kehilangan aku dalam dunia blog ni. Cewah.. Kehilangan katanya. Haha. Tenggelam timbul jugak aku menulis blog ni. Biasalah kalau blogger separuh masa macam aku ni. Manalah boleh nak fokus sepenuhnya dekat blog. Mesti ada tergelincir jugak.
Hampir dua minggu jugaklah blog aku ni menyepi dari sebarang kemaskini yang terbaru. Bukan tiada cerita yang hendak diceritakan di blog, tapi lebih kepada masalah kekangan masa yang aku ada. Bahan untuk aku tulis di blog banyak je sebenarnya.
Minggu lepas hampir seminggu jugaklah aku pergi berkursus di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Minggu sebelumnya jugak aku berkursus di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Kedua-duanya kursus bahasa inggeris. Jangan suruh aku cakap inggeris lepas ni. Hahaha.
Nampak tak dua minggu berturut-turut aku pergi kursus. Jadi dah faham la kenapa aku tak update blogkan.
Lagi satu aku rasa masalah utama aku tak update blog sebab aku takda laptop seperti kebanyakkan blogger lain. Bagi aku laptop ni keperluan utama untuk jadi seorang blogger yang boleh update blog setiap hari tak kira di manapun berada. Tapi dengan syarat kena ada talian internet ataupun WiFi di kawasan sekitarnya.
Harap lepas ni akan kembali normal macam biasa. Lemau jugaklah dah dua minggu tak update blog ni. Kena panaskan enjin balik untuk dapat momentum.
salam hazmin..
lama tak ke udara….ingatkan dah ke laut…hehehe
Salam kak, itulah. Lama tak bersiaran. Hehe. Agak sibuk. Bila lama tak bersiaran, mood pun takda dah.
patutlah sunyi jer..hehe..takpe bro..slow2 =)
lama kursus kahwin bro nih.
2 minggu kursus memang boleh muak juga tu
selamat kembali menulis dan bercerita
takpe bro..paham..paham..hehehe..tapi aku nak tanya skit..kenapa dalam bloglist aku, nama ko dia tak update eh???last update 2 years ago..aku dah try remove and masuk balik but still sama gak…hehehe
Regards,
-Strider-
Sibuk bener dengan tugasan hakiki. ๐
Asyrof akan bersiaran di RTM ..
InsyaAllah .. ๐
haaaa baru nak tanya mana ilang… toyoyo jer. hehehe wahh berkursus, how do u do.
akhirnya update juga blog kan, wahh seronoknya kursus 2 minggu makan sedap ๐
Biasalah..bila dah lama tutup kedai, rasa malas pula nak dibuka semula. Saya juga dulu pernah berhenti menulis +- 5 bulan, tapi akhirnya menulis balik….
Haah lah Bro… Memang dah lama menyepi… Terasa rindu pula nak baca coretan Bro…
Biasalah HH, Kekangan masa dan tanggungjawab kerja kan…SA kekadang bz giler…sampai nak balas kunjungan pun payah….
Welcome back. Hehe
Betul-betul hentam kursus sampai 2 minggu straight. Nak masuk dalam SKT la katakan. Hehe.
ptt lama menyepi…
xpe mmg tue la adat blogger part time..update bila free wlpn idea melambak2..hee
welcome back ๐
hei hei hei, welcome back. aku pun perasan kau dah lama tak update blog. setiap hari masa blog-walking, blog kau masih dok topik lama lagi.
aku pun tak suka sangat nak update blog bebila masa dan di mana sahaja. rasa macam tak dapat nak beri concentration pada benda yang kita buat. blogging for fun, sudah la. kan?
guna ipad pun ok gak bro..lebih mudah di bawa ke sana sini
dulu, niat mula-mula beli laptop sbb nak giat menulis. tapi, konon jelah.. tak berapa nak komited. menulis kemana, semangat kemana..
Itulah. Risau jugak jadi macam tu. tapi dah pernah cuba bwak laptop ofis pergi outstation, semangat nak update tu ada lagi. Hehe.