• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Macam Mana Nak Dapat Semangat Untuk Bekerja ?

Macam Mana Nak Dapat Semangat Untuk Bekerja ?

By Hazmin Hamudin | 28 February 2011 | 6 Comments

Bila datang je hari Isnin, semua orang mengeluh… Terasa sangat lemah dan perasaan malas mula la menjalar dekat segenap badan ni. Mula la terasa lama sangat masa ni berjalan sebab dalam kepala semua dok fikir bila la nak sampai hari Jumaat ni kan. Memang la lama, lagi lima hari tu nak hari Jumaat. Bila dah Jumaat pulak semua bersorak riang sebab keesokan harinya dah cuti hujung minggu.

Aku pun tak terkecuali juga dengan perasaan yang macam tu ataupun dipanggil Monday Blues oleh sesetengah orang. Mana tak malasnya, aku dah seminggu tak masuk ofis sebab pergi bengkel audit dalaman dekat Cherating selama tiga hari. Lepas tu kerja luar dua hari pulak. Memang seminggu tak masuk ofis la. Seronok memang la seronok sebab segala tekanan dan timbunan kerja yang banyak di ofis dapat dilupakan buat seketika… Erm… Buat seketika ye… Sekarang dah masuk ofis balik memang terasa tekanan dan sangat malas untuk bekerja.

Antara sebab kurangnya minat untuk bekerja adalah kerana pengalaman dan kemahiran kerja yang kurang, berlaku konflik dengan rakan sekerja, potensi yang tidak kena pada tempat, suasana persekitaran yang tidak merangsang dan juga kesukaran untuk pergi dan balik ke tempat kerja.

Oleh itu kepuasan untuk bekerja akan hadir dan dapat dikecapi jika kita dapat menggunakan sepenuh potensi yang ada dalam diri. Sentiasa melakukan yang terbaik. Seeloknya untuk mengatasi masalah kurang motivasi ini kita hendaklah mencari ruang dan waktu untuk merehatkan minda dan membuat perancangan yang baru untuk lebih bersemangat ke tempat kerja. Seharusnya kita harus merenung kembali tujuaan dan matlamat kita bekerja kerana setiap kerja ada matlamat dan tujuaan untuk membantu orang lain yang boleh memotivasikan diri kita sendiri.

Aku pun kadang-kadang hilang jugak semangat nak pergi kerja ni sebab jarak ke tempat kerja dengan rumah yang jauh. Berulang-alik pulak guna pengangkutan awam yang sentiasa sesak dan adakalanya lambat. Memang boleh menjatuhkan semangat dan motivasi aku untuk pergi kerja. Konflik dengan rakan sekerja tu memang la takda lagi buat masa ni aku rasa. Cuma hubungan sesama majikan tu aku rasa tersangatlah penting untuk memberi semangat. Kalau bos setiap masa asyik nak marah dan sentiasa memberi tekanan kepada staf, kesannya untuk jangka panjang memang la akan dirasai. Bukan aku saja yang rasa, tapi semua staf dekat unit aku ni memang tertekan setiap masa dengan perangai dan cara pengarah bahagian melayan semua staf.

Kesimpulannya, kita haruslah mencari jalan dan melihat balik apa sahaja cara yang boleh memotivasikan diri ke tempat kerja. Memang tiada siapa yang suka untuk bekerja dengan keadaan yang tertekan dan hubungan majikan dan pekerja juga haruslah dijaga dengan baik.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • farhan 28 February 2011 at 3:40 PM

    menarik tips dlm tulisan ni…..btul2 kalau ade masalah dgn kerja,bos,pekerja2 lain. tu atau tak suka kerja tu…baik cuba cari kerja lain…

    Reply
  • Hazmin 28 February 2011 at 5:17 AM

    @Nurul Afifah
    Betul juga tu..Tapi kalau kena tekan je memang tension juga 🙂

    Reply
  • Nurul Afifah 28 February 2011 at 2:17 AM

    tu la org kata kita ken but ape yg kita ske..kalau dah ske..bile2 keje pon xape~ 🙂

    Reply
  • Hazmin 28 February 2011 at 1:49 AM

    @Izamir Ridzwan
    Betul tu IR…kita kena cintakan kerja kita..tapi tu yg dalam lingkungan kawalan kita la..Kalau di luar kawalan tu tak boleh nak buat apa la.

    Reply
  • Izamir Ridzwan 28 February 2011 at 1:37 AM

    1 jer tips.. cinta akan kerja kita

    Reply
Trackbacks
  • Nak Semangat Dalam Bekerja - Pondok Kecil 21 May 2013 at 9:52 AM

    […] sahaja majikan. Persekitaran sekeliling juga mempengaruhi semangat untuk bekerja. Persekitaran yang selesa dan terhindar dari pencemaran bau boleh meningkatkan semangat kerja. Kita […]

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kesian Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin

Rahsia Intim Buah-Buahan

By Hazmin Hamudin

Keputusan Malaysia vs Lubnan (Lebanon) Kelayakan Olimpik | 23 Jun 2011

By Hazmin Hamudin

Tak Pernah Jemu Makan Dekat Sini

By Hazmin Hamudin

Hadiah Hari Lahir Untuk Aku

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in